Google Adwords Kini Dengan Keyword Bahasa Melayu

Photo by google.com.my/adwords
Photo by google.com.my/adwords

FortunaMedia.com|Google Adwords Kini Dengan Keyword Bahasa Melayu

Kendala besar selama ini bagi blogger-blogger Malaysia jadi publisher iklan Google Adsense(GA),untuk menambah income pasif saat mereka berblogging adalah Google Adsense tidak iktiraf bahasa Melayu-Malaysia sebagai bahasa penulisan konten blog-blog mereka.

Aneh bukan,! Kenapa pihak Google Adsense tidak iktiraf bahasa Melayu.Sedangkan bahasa Indonesia diiktiraf ^^

Setelah saya telusuri semua info.dengan berkat pengalaman saya sendiri yang terkendala untuk bermain Google Adsense-dengan jawaban Google Adsense secara harfiah “Malay language is not recognized for Google Adsense”

(!) Tetapi maaf! Kegagalan saya jadi publisher Google Adsense’ bukan semata persoalan bahasa melayu saja.Ada beberapa sebab lain seperti teknik SEO,konten artikel dan lainnya.Cuma sekadar luahan rasa,memang jawaban berkali-kali email Google Adsense kepada saya khusus soal bahasa melayu yang saya guna diblog saya.

(^^) Dan saya pernah berprasangka prejudis pada Singapura,kerana Google untuk para pengguna Malaysia adalah beribu-pejabat di Singapura.Apakah ada kaitan Singapura tentang persoalan bahasa melayu ini?

Namun saya punya harapan agar pihak Google segera iktiraf bahasa melayu untuk para publisher blogger Malaysia.InsyaaAllah

Google Adwords keyword bahasa melayu,

Alhamdulillah doa saya dan sahabat blogger melayu di Malaysia selama ini diperkenankan Allah SWT. Dengan pihak Google kini memberi peluang kepada publisher dan Advertiser guna platform pengiklanan berbayar dalam talian Google yang dikenali sebagai Adwords untuk menggunakan  kata kunci bahasa Melayu.

Ketua Pemasaran Google Malaysia, Matthew Zaheen memberitahu,memandangkan sebanyak 40 juta orang adalah penutur asal bahasa Melayu. itu tidak termasuk lebih 220 juta penduduk dunia yang turut menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Justeru, katanya, langkah terbaru Google tersebut adalah selari dengan realiti lebih 60 peratus populasi warganegara yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

“AdWords dalam bahasa Melayu boleh membantu meluaskan lagi capaian perniagaan mereka di kalangan mereka (pelanggan) yang selesa menggunakan bahasa pengantar tersebut di dalam talian,” jelas Matthew Zaheen kepada wartawan di Hotel G, (Thursday, June 5, 2014).

Dianggarkan, terdapat 700,000 perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia, tetapi, kira-kira 15 peratus sahaja yang berada dalam talian maya harian.
Menurut Matthew Zaheen, hampir 20 juta daripada keseluruhan 29 juta rakyat Malaysia adalah pengguna internet.

Ditambah dengan lebih 35 peratus penembusan telefon pintar kini, katanya lagi, terdapat potensi yang hebat bagi perniagaan yang bertindak bagi menangani jurang ini.

“Salah satu motivasi utama untuk kami menjadikan AdWords boleh didapati dalam bahasa Melayu adalah untuk membantu perniagaan kecil dan sederhana mengembangkan capaian dan menjadikan mereka lebih mudah dicari melalui pengiklanan dalam talian.

“Kami berharap lebih banyak perniagaan kecil dan sederhana datang ke dalam talian dan memasarkan perniagaan mereka di dalam talian,” jelas Matthew Zaheen lagi.

(!)  Motivasi pencetus semangat kerja keras  para blogger Malaysia untuk berjaya menembusi Google Adsense dalam bahasa Melayu.InsyaaAllah.

_______________

Thank’s to;
google.com.my/adwords.

Author by Wilhelmina.tumblr.com/

Jika anda fikir artikel ini berguna,share dengan rakan dan keluarga anda dengan mengklik pautan di bawah. Terima kasih!


Hendak dulang diberi dulang,Dulang berisi sagu mentah; Hendak pulang kuberi pulang,Tinggalkan jejak barang sepatah
.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s