Beyond Rubik’s Cube-Meraikan 40 tahun Cube Rubik

Ernő Rubik and RedKB/Photo by rubiks.com
Ernő Rubik and RedKB/Photo by rubiks.com

 

FortunaMedia.com |Beyond Rubik’s Cube-Meraikan 40 tahun Cube Rubik

Celebrating 40 years with Beyond Rubik’s Cube.

Pada April 25th 2014 adalah pembukaan Gala Cube Beyond Rubik di Liberty Science Center merupakan muzium terbesar di New Jersey,USA. (pameran khusus untuk semua perkara Rubik). Senarai tetamu termasuk Ernő Rubik (Pencipta Cube Rubik), János Ader (Presiden Hungary), Robert Wong (Ketua Pegawai Kreatif – Google), bersama-sama dengan ‘speed cuber’  Antony Brooks dan YouTube personaliti RedKB.[1]

The original cube design/by rubiks.com/history
The original cube design/by rubiks.com/history

 

 

Dan pada hari ini Anda yang guna enjin carian Google akan melihat paparan google doodle mainan Rubik Cube-Kiub Rubik di beranda pencariannya.Logo doodle ini adalah untuk turut meraikan hari ulang tahun Kiub Rubik ke-40.

History section:

Kiub Rubik ialah sebuah mainan teka-teki mekanik yang dicipta pada tahun 1974 oleh Ernő Rubik, pengarca-pemahat dan profesor senibina Hungary.Kiub Rubik terbuat dari plastik dan terdiri atas 26 bagian kecil yang berputar pada poros yang terlihat. Setiap sisi dari kiub ini memiliki sembilan permukaan yang terdiri dari enam warna yang berbeda. Ketika terselesaikan/terpecahkan, setiap sisi dari kiub ini memiliki satu warna dan warna yang berbeda dengan sisi lainnya[2]

 

Variasi Kiub Rubik (dari kiri ke kanan: Dendam Rubik, Kiub Rubik, Kiub Profesor, & Kiub Poket)Image by wikipedia.org/
Variasi Kiub Rubik (dari kiri ke kanan: Dendam Rubik, Kiub Rubik, Kiub Profesor, & Kiub Poket)Image by wikipedia.org/

Kiub plastik ini juga boleh didapati dalam empat versi: “Kuib Poket” (2×2×2) , “Kiub Piawai (3×3×3), “Dendam Rubik” (4×4×4), dan “Kiub Profesor” (5×5×5). Sebuah syarikat yang lain sedang mencipta kiub-kiub sehingga peringkat 11×11×11 yang masih dapat dimainkan dengan pantas,  berbanding dengan kiub-kiub Rubik yang tidak sesuai untuk dimainkan selain daripada peringkat 3×3×3 kerana mudah pecah, sebagaimana yang dinasihati oleh pereka syarikat asal.

Versi 3×3×3 yang asal meraikan hari ulang tahun ke-25nya pada tahun 2005 dengan sebuah kiub edisi khas dalam kotak peragaan. Ia menonjolkan sekeping pelekat logo “Kiub Rubik 1980-2005” di pusat sisi yang putih (yang digantikan dengan permukaan reflektif), dan tidak memberikan buku penyelesaian 1976. Pada asalnya digelar “Kiub Magik” oleh perekanya, kiub ini dinamai semula sebagai “Kiub Rubik” pada tahun 1980 dan disebarkan ke seluruh dunia pada Mei tahun yang sama. Kiub tersebut memenangi anugerah khas Spiel des Jahres untuk Teka-teki Terbaik dan dikatakan merupakan mainan terlaris di dunia, dengan sekitar 250 juta buah Kiub Rubik dan kiub-kiub tiruan dijual di seluruh dunia.

The first Magic Cubes/Image by rubiks.com/history
The first Magic Cubes/Image by rubiks.com/history


Konsep,Perkembangan dan Kemasyhuran

Ernő Rubik, seorang pengarca-pemahat dan profesor senibina kelahiran Hungary yang berminat akan bidang geometri serta bentuk tiga dimensi. Ernő memperoleh paten Hungary, HU170062, untuk kiub tersebut pada tahun 1975, tetapi tidak memohon sebarang paten antarbangsa. Kelompok-kelompok ujian kiub pertama dikeluarkan pada lewat 1977 untuk dijual di kedai-kedai mainan Budapest.

Kiub ini menjadi semakin popular di seluruh Hungary melalui komunikasi percakapan. Pada bulan September 1979, persefahaman dicapai oleh syarikat Ideal Toys untuk mengeluarkan Kiub Magik pada peringkat antarabangsa. Kiub ini menarik banyak perhatian dalam pameran-pameran mainan di London, New York, Nuremberg, dan Paris pada awal 1980.

Penjualan di kedai-kedai mainan Barat dihentikan sebentar supaya reka bentuknya dapat dikeluarkan menepati piawai keselamatan dan spesifikasi pembungkusan barat. Versi kiub yang lebih ringan dicipta, dan syarikat Ideal Toys memutuskan untuk menamainya semula. Nama-nama berpotensi seperti “Simpul Gordium” dan “Emas Inca” dipertimbangkan tetapi akhirnya, syarikat tersebut memutuskan nama “Kiub Rubik”, dan kelompok pertama dieksport dari Hungary pada Mei 1980.

Mengambil kesempatan atas kekurangan Kiub Rubik di pasaran, banyak barangan tiruan yang murah beleluasa. Pada tahun 1984, Ideal Toys kalah dalam tuntutan mahkahmahnya terhadap apa yang dikatakan pelanggaran paten oleh Larry Nichols yang memiliki paten US3655201. Terutoshi Ishigi memperoleh paten Jepun, JP55‒8192, untuk mekanisme yang hampir serupa semasa paten Rubik sedang diproses, tetapi Ishigi secara umumnya diberikan penghargaan untuk rekaan semula yang tersendiri.

Pada kemuncak kepopularan mainan teka-teki ini, helai-helai peletak berwarna yang berasingan telah dijual supaya pemain-pemain yang kecewa atau tidak sabar dapat memulihkan mainan teka-teki mereka kepada rupa yang asal.

 

Tarikan antarabangsa dan pencapaian eksport Kiub Rubik telah dicadangkan sebagai merupakan salah satu faktor penyumbang dalam reformasi dan pembebasan ekonomi Hungari antara tahun-tahun 1981 dan 1985 yang akhirnya menyebabkan peralihan daripada komunisme kepada kapitalisme. . Dari segi kewangan, Kiub Rubik amat berjaya sehingga menjadikan Ernő Rubik sebagai elit swasta berjaya yang pertama di sebuah negara komunis.

 

Nama “Kiub Rubik” adalah sama dalam banyak bahasa, kecuali bahasa Ibrani dan bahasa Hungary. Dalam bahasa Ibrani, kiub ini dipanggil “Kiub Hungary”, manakala dalam bahasa Hungary, ia dipanggil “Kiub Magik” (Bűvös kocka).

Isnin 19 Rejab 1435 / 19 Mei 2014
_____________________________

Source;

[1] rubiks.com/blog
[2] ms.wikipedia.org/Kiub_Rubik
Author by Wilhelmina.tumblr.com/

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s