#TIPS;5 Rahasia Kejayaan Blog Jana Jutaan,US$

refinery29.com
refinery29.com

FortunaMedia.com|#TIPS;5 Rahasia Kejayaan Blog Jana Jutaan,US$ 

 

Mungkin secara tak sengaja sewaktu Anda blogwalking,atau tersesat ketika berlanglang-buana di alam maya.Anda terjumpa website-blog ini, bernama refinery29.com.Tentu sebagian kita pada mulanya akan merasa blog ini tak begitu menarik untuk dikunjungi.Kerana jika diterjemahkan nama blog tersebut “refinery” secara harfiah ke bahasa kita maknanya adalah ‘kilang minyak-sulingan atau kilang penapisan’

 

Namun Anda akan terperanjat dengan keunikan website sukses di New York-USA ini.Blog ini kontennya langsung tak ada hubungan dengan hal kilang minyak atau kilang penapisan apapun.Justru  adalah sebuah website yang mengandungi konten  fesyen dan trendy gaya hidup terkini-Lifestyle.
Dan yang membuat saya benar-benar kagum adalah  pengasas blog ini adalah dua lelaki sejati
iaitu Justin Stefano dan Von Borries

Mereka berdua bukan berjiwa feminis atau berwatak waria-maknyah dan sebagainya.Justru lelaki yang berjiwa besar,fokus  serta handal dan berkebolehan dalam penulisan ilmiah atau ‘content’ blog.

 

Pengasas blog Justin Stefano dan von Borries/Foto by wangcyber.com
Pengasas blog Justin Stefano dan Von Borries/Foto by wangcyber.com

 

Menurut laporan blog WC.com sehingga 2013, pembaca blog tersebut telah mencecah 8.5 juta pelawat sebulan, malah ada yang menganggarkan mungkin lebih daripada itu!

 Kisah kejayaan Justin Stefano dan von Borries  membina Refinery29 menjadi sebuah blog trendy telah menjadi satu lagi kisah kejayaan anak muda di New York, Website ini telah menjana pendapatan mengagumkan sejak 3-4 tahun yang lalu dan pendapatan dari iklan yang telah naik 4 kali ganda berbanding 4 tahun lepas. Bagaimanapun, syarikat itu pernah melakukan kesilapan kerana menyertai perniagaan E-Commerce, yang tidak memberikan pulangan diharapkan. Justru blog itu kini sudah bernilai US$ 100 juta, iaitu bersamaan dengan RM327 juta dalam ringgit Malaysia.

Untik Anda blogger newbie atau juga yang dah senior namun ingin menerokai alam penulisan berlainan serta bidang baru yang akan menjana pendapatan blog Anda,Ada 5 resepi kejayaan yang boleh dipelajari daripada kisah kejayaan pengasasnya, iaitu Justin Stefano dan Von Borries.

#1.Untuk Meneroka Pasaran Baru,Anda Perlu Bina Kredibiliti

 Mereka bukanlah mengharapkan sesuatu yang hebat-hebat.Ketika bermula untuk membangunkan Refinery29, Justru mereka turun ke lapangan untuk  mencari ilmu dan nasihat, Untuk itu mereka telah menemui beberapa orang tokoh dalam industri fesyen, seperti pereka fesyen dan peruncit semisal Steven Alan, yang akhirnya tertarik untuk jadi pelabur pertama. Mereka menghabiskan waktu berjam-jam untuk mencari butik-butik persendirian di sekitar New York demi mempelajari dan memahami selok-belok bidang yang akan mereka rangkumkan dalam blog mereka.

Malah, menurut seorang professor dalam pemasaran fesyen di Parsons The New School For Design, “mereka bermula sebagai pelajar-pelajar saya 2 – 3 tahun lepas. Kini (keadaan berubah di mana) seorang pelajar fesyen adalah ketinggalan jika tidak mengenali mereka.” Sampai begitu tahap yang telah mereka capai.

#2.Biar Langkah Bermula Slowly Namun Steady

 Pengasas Refinery29 ini bermula dengan tenang dan tidak terburu-buru untuk meningkat naik nama blog mereka. Menurut mereka, langkah untuk bermula adalah kerja keras, pelanggan, fokus dan masa. “Jika bermula terlalu pantas sedari awal, dibimbangi amat sukar untuk bertahan,” ujar Massoumi pengasas ZocDoc.

Tetapi, untuk kekal dengan ‘cara perlahan’, para pengasas perlu mempunyai satu misi dan ‘satu kepala’ dengan cara tersebut. Refinery29 telah kehilangan salah seorang rakan kongsinya, Jonathan Forgang, setelah hanya 3 bulan bersama. Justru dengan ikatan persahabatan saling percaya-mempercayai dan kesetiaan, hingga kini Stefano dan von Borries masih bekerja bergandingan dan masih bercuti bersama. “Dunia usahawan ini bagaikan sebuah perkahwinan,” ujar Massoumi lagi.

 

#3. Anda Perlu Tahu Apa Yang Anda Tidak Boleh Buat

Langkah percubaan mereka telah berjaya menjana pendapatan dengan pengiklanan dan e-commerce.Namun percubaan mereka untuk meningkatan pendapatan blog dengan melibatkan diri dalam kontrak perniagaan dengan pelbagai inisiatif, akhirnya menemui kegagalan. Apabila sesuatu itu sudah kelihatan untuk tidak berjaya, sudah sampai masanya untuk ia ditarik balik.

Media digital nampaknya lebih mudah dan memberikan pulangan kepada mereka berbanding cara yang lain. Pengajarannya, kembali kepada asal apabila sesuatu yang baru apabila dicuba, terkadang ada yang berakhir dengan kegagalan.

 

#4.Anda Perlu Tahu Apa Yang Mampu Dilakukan Dengan Terbaik

Biasanya dalam tutorial-SEO blogging yang kita baca ,kerap ditekankan soal perlunya meningkatkan view pelawat yang tinggi bagi satu-satu artikel dan blog.Namun cara pengasas Refinery29 lebih kepada memperbanyak konten-kandungan artikel termasuk berupa video,dan fokus kepada kualiti konten.Akhirnya pendapatan pengiklanan mereka naik dua kali ganda.

Untuk lebih berjaya menjadi sebuah media pengiklanan,Anda perlu ada kekuatan tunjangan lain untuk menjayakan blog Anda,seperti Refinery29,mereka  mempunyai ramai penulis berkaliber yang turut sama menyumbang kepada konten-artikel blog mereka.

 

#5.Perlu Waktu dan Situasi Yang Tepat Untuk Bermula Melangkah 

Tiada teknik dan trik SEO-Tutorial secara khusus membincangkan  bila waktu dan situasi serta tempat yang sesuai dan seharusnya Anda akan bermula melangkah melancarkan blog Anda.

Namun langkah bijak pengasas dan para pelabur Refinery29 patut kita contohi,bermula dengan langkah slowly namun steady dan fokus pada spesifik konten artikel blognya.

Mereka menasihati agar terus kekal fokus pada apa yang terbaik kita semua mampu lakukan.

Anda bayangkan bahawa lanskap pada masa kini didunia internet begitu pantas sekali.Website-blog pesaing dalam bidang media fesyen adalah terlalu banyak seperti BuzzFeed, PolicyMic dan Bustle.com.Jauh berbeza berbanding New York pada tahun 2005. Sekarang,  Jika mereka terlambat melancarkan blog mereka, sudah pasti mereka dikalahkan dengan situasi atau pesaing masa kini.

Demikianlah artikel #TIPS;5 Rahasia Kejayaan Blog Jana Jutaan,US$. Semoga bermanfaat untuk kita semua dan para blogger mahupun usahawan online yang membaca artikel ini, Terimakasih.

Dan jangan lupa baca  tips blogging berkaitan disini :

Ahad 18 Rejab 1435 / 18 Mei 2014
_____________________

Source; Refinery29.com

Collage Source;WC.Crew.com.

Author by Wilhelmina.tumblr.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s