Tarif Elektrik Naik;”Hendak ku nangis tiada lagi airmata”

Sesungguhnya dah tak ada lagi benda yang boleh dinaikkan,! Maka dengan segala hormatnya tarif letrik akan dinaikan lagi demi kesejahteraan rakyat Malaysia;)P
Sesungguhnya dah tak ada lagi benda yang boleh dinaikkan,! Maka dengan segala hormatnya tarif letrik akan dinaikan lagi demi kesejahteraan rakyat Malaysia;)p

 

FortunaMedia.com|Tarif Elektrik Naik;”Hendak ku nangis tiada lagi airmata”

Saat saya akan menulis artikel ini,saya teringat sebuah lagu melayu lama,tapi lupa siapa penyanyinya.Lebih kurang lyriknya “Hendak ku nangis tiada lagi airmata” Kenapa saya sampai begitu?.

 

Apa tidaknya makin bumi berputar,makin ligat otak para penguasa/pemimpin Umno/BN untuk menambah beban hidup rakyat Malaysia dengan pelaksanaan GST,kenaikan harga barangan dan tarif pelbagai perkhidmatan.

 

Itulah yang mengingatkan saya pada lyrik lagu tersebut..“sudah kering airmata rakyat marhaen untuk ditumpahkan”.

Hanya mampu berserah pasrah pada Allah SWT,sebagai jalan orang beriman.!

 

 

Anda lihat dan pertimbangkan sendiri berita mengejut malam ini bahwa kerajaan terpaksa menaikkan tarif elektrik kerana hendak melindungi TNB daripada kerugian.

 

 Moral storynya .Cakap siapa yang akan kita pegang atau percayai lagi di Malaysia ini.Cakap PM kah? Cakap Mentri kah?.atau Cakap Pengerusi TNB?

Apabila kita ingat-ingat kembali ,kenaikan tarif elektrik sudah beberapa kali (banyak kali) dinaikkan semenjak Tun Mahathir meletak jawatan?

Ada yang secara diam-diam dan ada yang diumumkan kenaikan tarifnya…

Kenapa PM.Najib memberi alasan kenaikan tarif elektrik untuk menyelamatkan TNB dan masa depan 34.900 pekerjanya.Apa rasionalnya?!

 

Mari kita semak laporan Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie,yang dilaporkan akhbar Berita Harian pada 2013/10/31 – 18:59:12 PM

http://www.bharian.com.my/articles/TNBcatatuntungbersihRM4_61bilionbagitahunkewangan2013/Article/

TNB catat untung bersih RM4.61 bilion bagi tahun kewangan 2013

 

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi berjumlah RM4.61 bilion bagi tahun kewangan (TK) berakhir 31 Ogos, 2013 daripada RM4.41 bilion tahun sebelumnya ekoran pengukuhan ringgit, permintaan yang lebih tinggi bagi elektrik dan harga arang batu yang lebih rendah.
Pendapatan bagi tahun ini melonjak kepada RM37.13 bilion berbanding RM35.84 bilion tahun lepas dan ini mencerminkan pertumbuhan permintaan bagi unit elektrik sebanyak 3.8 peratus di Semenanjung Malaysia dalam tahun kewangan ini.
Perbelanjaan kendalian meningkat sebanyak 1.8 peratus daripada tahun sebelumnya.

Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie, berkata pola pertumbuhan permintaan elektrik di Semenanjung Malaysia menjejaki pertumbuhan keluaran dalam negara kasar negara ini.

“Dalam jangka sederhana, kami terus menjangkakan pertumbuhan permintaan elektrik yang teguh, seiringan dengan pertumbuhan ekonomi yang diunjurkan oleh sektor komersial,” katanya semasa mengumumkan keputusan suku keempat hari ini.

Bagi tahun kewangan 2013, TNB mengumumkan dividen keseluruhan berjumlah 25 sen bagi setiap saham biasa.

Penjimatan kos penjanaan tenaga elektrik sebahagian besarnya adalah hasil daripada penurunan harga purata arang batu sebanyak 19.3 peratus kepada US$83.6 setan metrik dalam tahun kewangan ini berbanding US$103.6 se-tan metrik dalam tahun kewangan lepas. – BERNAMA

Sabtu 17 Rejab 1435 / 17 Mei 2014
_____________________
Author by Wilhelmina.tumblr.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s