#Mat Said’Chetong’ Terbilang di Darul Imang

Sosok Pahlawan Hang Cetong Tranungkite
Sosok Pahlawan Hang Chetong Tranungkite

FortunaMedia.com |#Mat Said’Chetong’ Terbilang di Darul Imang


Begitulah wajah Parti Nasionalis Sekuler Umno kini.Jiwa Patriotik dan Nasionalis unggulnya yang dibangga-banggakan itu kini hanya akan tinggal mithos dan akan jadi alkisah lagenda untuk didodoikan kepada anak-cucu bangsa melayu di Malaysia ini sebelum waktu tidurnya.

Akan dituturkan nantinya oleh generasi kemudian hari bahwa parti tunjang melayu pada suatu ketika dahulu ini pernah  dipersendakan oleh ahli-ahlinya yang bergelar pemimpin melayu beragama Islam.

Peristiwa tersebut terjadi di sebuah negeri yang kaya dengan khazanah buminya seperti petrolium dan lain hasil-mahsul buminya yang belum diterokai lagi ,Terletak dipantai timur kepulauan Semenanjung bernama negeri Terengganu DarulIman.

Alkisahnya adalah para ahli-ahli-anggota partinya yang bergelar pemimpin terbukti sanggup menghina kredibiliti Umno sebagai wadah perjuangan anak-bangsa dahulunya hingga dipermainkan dan dipersendakan.

Justru untuk sebuah kekuasaan bukan untuk memimpin sebuah negeri menuju ‘negeri baldatun warabbun ghafur’ Tetapi adalah sebuah kekuasaan untuk kepentingan pribadi serta memperkaya diri dan keluarga, kroni serta kuncu-kuncunya  jauh sekali untuk rakyat negeri yang masih dihimpit kemeralatan hidup disebuah negeri yang kaya-raya hasil buminya,

Akhirnya, Parti Nasinalis Umno hanya menjadi bahan lawak-jenaka orang ramai dikedai-warung kopi,dimedia-media sosial internet dan juga jadi bahan gelak-gurauan di ruang kolum-pojok surat kabar baik yang berbahasa melayu dan bahasa-bahasa lainnya di Malaysia.[1]

Rakyat Terengganu diperbodoh-bodohkan.


Episod sebabak krisis politik Terengganu tersebut boleh anda baca kembali disini:

Krisis-Politik-Terengganupolitikus-cengeng-merajuk-diri/

Episod cengeng  Mat Said mantan mentri besar negeri petrodolar ini yang memang berwajah cengeng terkadang mimik-mimik mukanya membuat orang akan ketawa sebelum beliau membuat leluconnya.

Namun dalam drama sebabak beberapa hari lalu beliau sempat membuat para pemimpin Umno sebahagian dari bahan gurauan leluconnya.  Menggertak PM Najib kononnya untuk tunjuk beliau ‘cetong’ terbilang di Darul Imang.  Awalnya gertakan beliau betul-betul membuatkan Najib terkejut.  Gelabah juga Najib dibuatnya, nasib baik ada kuasa yang dipegangnya boleh menggertak Mat Said dan anak-anak buahnya untuk melutut kembali kepada parti keris telanjang tidak bersarung  yang akan jadi lagenda anak-cucu bangsa melayu Malaysia nantinya.

 
  Di Berita perdana TV-TV swasta dan RTM wajah Mat Said seperti biasa. Kontrol macho istilah anak remaja kini  Riak lucu sedikit dan menyerlah  unsur-unsur kebodohannya. Namun memperlihatkan kepuasan hatinya dapat mempersendakan parti nasionalis melayu tersebut.

“Mat Said rujuk kembali kepada Umno” begitulah tajuk beritanya.  Setelah melihat dunia sekitarnya semakin kelam kerana  beberapa rakan seperjuangannya yang sebelumnya telah berjanji sumpah setia padanya ternyata telah membelotnya dengan mengisytiharkan kembali kepangkuan parti nasionalis sekuler umno   Mat Said mula berasa keseorangan dan membuat beliau kebingungan terkontang-kanting, maka tanpa memperdulikan prinsip dan maruah yang kononnya dipertahankan sewaktu beliau mengumumkan keluar parti kelmarin, Mat Said dengan wajah selamba mengumumkan kembali bersama parti nasionalis sekuler Umno.  Umno lah parti yang akan menjamin kelangsungan politik masa depannya dan jaminan harta kekayaannya tidak diganggu-gugat kerana tingkah-lakunya tempoh hari.

Kenapa saya menyinggung soal harta kekayaannya.Kita rakyat Malaysia sudah maklum adanya. di Terengganu sebuah negeri yang unik dimana hasil royalti minyak yang diperolehi dari petronas dikuasai oleh Menteri Besarnya. Itu sebab mengapa sesiapa juga jadi MB Terengganu, ia akan menjadi super kaya-raya. siap boleh pergi dan taja orang lain pergi ke benua Antartika dan beli dan bela anak singa contohnya. Sungguh aneh wang royalti beratus juta ringgit ini diterima semenjak UMNO BN perintah negeri Terengganu tidak pernah diaudit! [2]


Saya masih ingat sewaktu menjelang PRU ke12 .pakar-pakar ekonomi pro Pakatan Rakyat mendedahkan bahwasanya wang royalti beratus juta ringgit ini.jika dibagi samarata secara telus,jujur.setiap ketua keluarga rakyat Terengganu akan layak menerima hasil royalti itu sebanyak RM.800(lapan ratus ringgit).Bayangkanlah!

Proses pemujaan dan convince terus dilakukan.Antara mana yang betul dan sahih Mat Said atau Najib yang minta maaf itu hanya persoalan rutin biasa agenda politiking streotype parti nasionalis sekuler Umno sejak dulu hingga kini.

Akhirnya setelah keseorangan Ahmad Said terkontang-konting. Dengan cara dan bahasa yang berpantun-pantun Ahmad Said merayu menangis di hadapan Najib agar dia diterima semula sebagai Adun Umno. Mungkin beliau akan berkata, “tak boleh jadi Hang Tuah pun tak apa, asalkan boleh jadi Hang Chetong.[3]

Mujurlah PAS dan Pakatan tidak gopoh dan tidak melatah sepanjang episod Terengganu ini berlaku. Tidak seperti UMNO di dalam episod Perak dahulu. Bak kata Dr Azman Ibrahim di harakahdaily “PAS tidak menangguk di air keruh tetapi ‘cerdiknya’ Mat Said and The Gang, keruhkan air kemudian tangguk sendiri.”[4]

Khamis 15 Rejab 1435 / 15 Mei 2014
_________________________

Pustaka;Rujukan,

[1] ibid,
[2/4] greenboc.blogspot.com/

[3] mso,blogspot.com/
Author by Wilhelmina.tumblr.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s