#Krisis Politik Terengganu;Politikus Cengeng Merajuk Diri

“Hidup ibarat putaran roda,sesekali berada diatas dan adakalanya berada dibawah”

FortunaMedia.com|#Krisis Politik Terengganu;Politikus Cengeng Merajuk Diri

KUALA TERENGGANU, — Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said.

Ahmad Razif, 49, mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah di Kuala Terengganu, pada 9.18 Isnin malam [1]

Ahmad Razif, lulusan Sarjana Sains dalam Bimbingan dan Kaunseling Universiti Putra Malaysia, pernah menyandang jawatan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia.

Beliau juga menjadi Ketua Penerangan UMNO Terengganu pada penggal lepas.

Beliau menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir selepas memenangi pilihan raya umum ke-12 pada 2008 dan mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum 2013.

Ahmad Said keluar Umno,

Ahmad Said atau kebelakangan ini lebih dikenali sebagai panggilan Mat Said Gardenia (kerana tindakannya ‘mencuri’ roti Gardenia dari lori untuk diberi kepada mangsa banjir tahun lepas-2013) ini mula dilantik sebagai Menteri Besar selepas PRU12 pada tahun 2008.

Desas-desus penyingkiran Mat Said dari jawatan tersebut sudah semakin hangat diperkatakan di negeri tersebut sejak minggu lepas lagi, dengan penggantinya pun sudah dikenal pasti iaitu ADUN Seberang Takir, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman.

  Datuk Seri Ahmad Said ketika dihubungi Malaysiakini awal pagi ini mengesahkan beliau bersama ADUN Ajil Ghazali Taib mengisytihar keluar Umno dan menjadi ADUN Bebas.[2]


Ahmad yang juga ADUN Kijal berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan pertukarannya selepas majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.


“Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kenduri kahwin pada 17 Mei dan mohon tukar  selesai kenduri.


“PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya,” katanya bagi menjawab soalan mengapa beliau bertindak keluar daripada Umno dan menjadi ADUN Bebas.




Ditanya mengapa mengheret soal perkahwinan anaknya sehingga berbuat demikian, Ahmad berkata:


“Saya ada prinsip. Anak saya nak kenduri, kalau boleh bagi kenduri selesai. Tapi jadi begini. Saya tidak ada masalah, saya boleh terima (pertukaran MB),” katanya.


Menurutnya lagi, Ahmad berkata beberapa ADUN lagi dijangka akan mengambil langkah yang sama sepertinya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut jumlah dan siapa yang terlibat untuk berbuat demikian.

“Insya-Allah ada lagi,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi.

Isnin 13 Rejab 1435 / 13 Mei 2014.
______________________________

Sumber;

[1] Berita Bernama.
[2] Malaysiakini.com/

Editor by Wilhelmina.tumblr.com/

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s