Analisis;Unity Government (UG)PAS dan Muhyiddin dalam isu pelaksanaan Hukum Hudud

             Muhyiddin nampak khusuk mendengar bicara Tuan Guru/Image Archive-NSTP

FortunaMedia.com |Analisis;Unity Government (UG)PAS dan Muhyiddin dalam isu pelaksanaan Hukum Hudud

Ketika rakyat Malaysia tertumpu perhatian kepada kunjungan presiden Amerika Obama ke Malaysia .Dan stesyen TV-TVswasta dan kerajaan menyiarkan pelbagai acara sempena kunjungan Obama tersebut,saya merasa pelik tiba-tiba stesyen TV dan akhbar khususnya akhbar Berita Harian-NSTP menyiarkan kunjungan TPM.Muhyiddin ke Kelantan dan singgah melawat Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di kediamannya di Pulau Melaka.

 

Apakah Muhyiddin tidak berminat dengan kunjungan Obama itu disebabkan PM.Najib meletakkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin sebagai protokol pendamping menyambut kedatangan Obam ke Kuala Lumpur(?)


Untuk info penulisan yang lebih akurat lalu saya search ke Archive NSTP-http://www.nib.my/cross-search.

Rupanya Muhyiddin ada tugas rasmi ke Kelantan ini beritanya;

  • NSTP
    KOTA BHARU 27 April 2014]~.
    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri ~[Muhyiddin]~ Yassin meluangkan masa membuat lawatan ke atas Mantan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediamannya di Pulau Melaka sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur selepas merasmikan penutupan Minggu Saham Amanah Malaysia 2014 MSAM2014 di Dewan Utama, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong, Kelantan.
    NSTP/Fathil Asri.

Najib Razak berhak untuk merasa curiga

Jika hanya untuk merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia 2014 tersebut, kenapa harus Muhyiddin yang rasmikan(?)Bukankah ramai pegawai-pegawai di Permodalan Nasional berhad[PNB] yang layak buat kerja demikian,diketika pemimpin-pemimpin Umno/BN lainnya berusaha tampil buat sibuk-walau sekadar tunjuk muka diacara-acara-dalam rangka lawatan Obama itu.

 

Didalam suasana demikian yang riuh-rendah,sudah tentu bagi pemerhati politik yang tajam minda pemerhatiannya,akan menilai peristiwa kunjungan Muhyiddin yang secara tiba-tiba itu sesuatu yang ada ‘nilai-nilai politiknya’ bukan hanya sekadar kunjungan muhibbah silaturrahim pemimpin tertinggi Umno ini.


Sehingga pemerhati politik Malaysia ‘Mohd Sayuti Omar’ yang saya segani kerana tajam “mata hatinya” dalam meneropong setiap gerak denyut nadi politik di Malaysia,beliau menulis diblognya;msomelayu.blogspot.com/ dengan mengulas;

 

“Najib Razak berhak untuk merasa curiga dengan kedatangan tidak diundang Muhyiddin Yassin ke Pulau Melaka untuk bertemu Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat minggu lepas. Sekiranya pemergian Muhyiddin itu diluar pengetahuan Najib, wajar sekali untuk Najib memanggil Muhyiddin dan bertanya apakah maksud dan tujuan pertemuan itu. Kerana pertemuan berserampang dua mata itu sedikit sebanyak seakan membelakangi Najib. Walaupun ia dalam terang tetapi maksudnya seakan terselindung kepada Najib.

Pencemaran kaki pertama kali Muhyiddin ke Pulau Melaka sejak timbalan perdana menteri itu dilahirkan di dunia agak memelikkan. Apa lagi sebelum ini Muhyiddin dilihat pemimpin Umno lebih sadis mengkritik Nik Aziz berbanding dengan Najib.

Najib tidak pernah sampai membuat tuduhan Nik Aziz sebagai orang yang menyesatkan Pas dengan fatwa-fatwa songsangnya. Tetapi Muhyiddin di zaman marahnya ada mengeluarkan kata-kata demikian; “Pas sesat kerana fatwa Nik Aziz”.

Sewaktu Nik Aziz terlantar sakit di hospital, Najib sudi melawat Tokguru, sebaliknya bayangan Muhyiddin langsung tidak kelihatan. Apakah matlamat sebenar Muhyiddin di sebalik kunjungan secara tiba-tiba itu?

Disini selanjutnya kita memahami bahwa memang ada tujuan serampang dua mata dengan nilai-nilai politik yang akan menguntungkan masa depan hirarki politik Muhyiddin bersama sang The Godfather Malaysia yang sudah tak sabar-sabar lagi menunggu tahun 2016 masa akhir jawatan Pardana Menteri Najib Razak.

Di Malaysia ini sangat mudah sekali kita menduga jebakan sepak terajang para politikus Malaysia,dalam setiap rencana yang akan mereka lakukan.contoh mudah;

Baru-baru ini hari-hari siang malam stesyen TVswasta/RTM yang cenderung kepada Barisan Nasional menghebohkan tentang catuan air di Selangor dengan misi memburuk-burukan pemerintahan Pakatan Rakyat.Terbukti dibelakang tabir pencatuan air ini adalah arahan manipulasi politik oleh pemimpin Umno yang menerajui Perbadanan Air Negara.Dan banyak lagi contoh lain jika anda rajin memerhatinya.

Demikian juga sebelum kunjungan Muhyiddin ke Kelantan ini.Siang malam-berhari-hari stesyen TVswasta/RTM menyiarkan bantahan tentang Hudud yang akan dilaksanakan di Kelantan.Sehingga Tun Mahathir sendiri secara pribadi tanpa rasa takut akan laknat Allah Ta’ala secara lantang menghina pelaksanaan Hukum Hudud tersebut.

Begitulah Mahathir dalam sekte politik machiavelli-nya akan membuat rakyat Malaysia akan bersengketa,berpolemik disetiap lontaran dakyah politiknya.sementara itu sebenarnya ia adalah sebuah muslihat memperdaya rakyat Malaysia  akan terleka dengan perdebatan.perbalahan sesama sendiri.

Jadi kesimpulannya kunjungan Muhyiddin ke Kelantan ada kena-mengena dengan permainan politik untuk memanfaatkan pelaksanaan Hukum Hudud yang memang menjadi idaman dan kehendak majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam secara amnya.dan di Kelantan khususnya.

Perlu diingat selepas kunjungan Muhyiddin beberapa pemimpin pemuda Umno bersua dan barpakat dengan pimpinan pemuda PAS Kelantan untuk menggalang kerjasama  agar Hukum Hudud dapat dilaksanakan di Kelantan.Samada gerak kerja ini atas persetujuan pihak atasan kedua-dua parti ini wallahua’lam.

Cuma yang jelas kini berhembus kencang khabar burung tentang isu adanya pihak gagasan Unity Government (UG) yang sudah lama berdiam diri kini bergerak seperti ‘gerakan bawah tanah’ untuk memanfaatkan kasus Hudud ini demi kepentingan mereka-puak Unity Government (UG)-untuk merebut imbuhan peluang mendapat jawatan setaraf menteri kabinet sekiranya projek hukum hudud yang kini dibantu oleh Umno berjaya dilaksanakan.

Selama ini memang sudah terbukti seperti di Selangor beberapa tahun dahulu gagasan Unity Government (UG) ini hanya untuk kepentingan pribadi untuk sebuah jawatan tinggi.Persoalan agama dan parti akan tunggang-langgang terbalik bukan jadi masalah kepada mereka.

Muktamadnya pihak Unity Government (UG) ini yang cenderung cara berpolitiknya seperti ala Parti Kesejahteraan Indonesia-PKS yang berjuang mempertahankan Undang-undang Syariah Islam  dibuat bukan atas tanggungjawab agama tetapi kerana kepentingan diri dan mahukan kedudukan. Ia juga boleh dianggap sebagai hukum hudud digadai untuk mencapai kedudukan. Hal ini tidak mustahil kerana gagasan Unity Government (UG) yang diusahakan satu masa dahulu ia juga bertolak atas kepentingan diri dimana ia dilaksanakan kerana dijanjikan jawatan menteri.

Pihak pimpinan tertinggi PAS di Kelantan  perlu menilai segala “progress in political discussions” ini untuk  pelaksanaan Hudud di Kelantan berdasarkan nilai-nilai Islam yang mulia itu.bukan ditunggangi politiking sekuler yang menjijikkan.

Kita  bermohon kepada Allah SWT agar terlindung dari musibah perbalahan yang akan membuat negara huru-hara bukan kerana menentang Hudud.tetapi persengketaan politik antara sesama Islam yang dirongrong oleh gagasan jahat pihak Unity Government (UG) tersebut.
Sudah tentu Muhyiddin yang sedang memasang jarum untuk melalaikan #PM.Najib Razak menerusi Pas (hudud) atas nasihat Mahathir sendiri, akan bertepuk tangan kerana telah dapat memperdaya pimpinan Parti PAS akhirnya.Wallahua’lam.

Ahad 4 Rejab 1435 / 4 Mei 2014.
__________________

Author by Wilhelmina.tumblr.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s