#Tragedi MH370;Laporan Awal MH370 banyak persoalan dari jawapan

Medan – Sebuah pesawat Cessna disergap pesawat tempur TNI AU saat melintas di wilayah Sumatera Utara. Pesawat dipaksa turun. Sang pilot diamankan (Khamis, 10/04/2014)
(Foto: Khairul Ikhwan/detikcom)

Di negara jiran kita Indonesia ini, yang menceroboh hanyalah sebuah pesawat Cessna yang dipandu oleh seorang warga asing yang tidak dikenali..
Tapi demi menjaga kedaulatan ruang udara mereka, mereka tak peduli asal ceroboh saja terus dipintas dah diarahkan mendarat..
Tapi di negara kita tercinta Malaysia ini(?) Pesawat komersial yang begitu besar yang dikatakan tidak dikenali pada awalnya, boleh dibiarkan melintas Semenanjung dengan bersahaja.

FortunaMedia.com |#Tragedi MH370;Laporan Awal MH370 banyak persoalan dari jawapan


Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman. Laporan awal mengenai kehilangan pesawat MH370 mendedahkan tiada komunikasi antara tentera dan DCA walapun kedua-duanya berkongsi kemudahan kawalan trafik di Subang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Mei, 2014.

Lebih banyak persoalan ditimbulkan tentang kehilangan misteri penerbangan MH370 lapan minggu lalu, terutamanya respons daripada pihak berkuasa berkenaan – Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan tentera – selepas pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) hilang bersama 239 orang.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga merupakan pemangku Menteri Pengangkutan mengeluarkan laporan awal malam tadi, laporan sama dihantar kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) minggu lalu.


Pesawat tersebut disergap dua pesawat tempur F-16 TNI AU saat terbang di perairan Sibolga, kawasan Pantai Barat Sumatera Utara. Diduga, pesawat ini masuk ke wilayah Indonesia kerana cuaca buruk dalam perjalanan dari New Zealand  ke Malaysia (detikNews)

Ia termasuk butiran kargo yang dibawa dan  rakaman perbualan di antara juruterbang penerbangan itu dan pusat kawalan trafik udara apabila ia hilang pada 8 Mac semasa dalam perjalanan ke Beijing.

Akan tetapi ia turut mendedahkan jurang yang menyebabkan penerbangan MH370 menjadi “misteri penerbangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini”.
Pesawat itu masih belum ditemui walaupun misi pencarian, bermula di Laut China Selatan dan diperluaskan ke selatan Lautan Hindi, sudah menelan belanja berbilion dolar.
Selain itu, laporan tersebut menunjukkan tiada komunikasi di antara # dan tentera, sesuatu yang pelik memandangkan kedua-duanya berkongsi kemudahan kawalan trafik udara di lapangan terbang di Subang.

Di antara persoalannya adalah:

1.(?) Mengapa DCA atau Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur tidak memberitahu tentera Malaysia pesawat MAS itu hilang selepas menerima maklumat daripada pusat kawalan trafik udara Ho Chi Minh?
Ia memaklumkan kepada Singapura dan pusat kawalan trafik udara lain dan juga mengaktifkan pusat penyelarasan operasi menyelamat, tetapi tidak menyebut tentera dimaklumkan.

2.(?) Mengapa terdapat jurang empat jam sebelum memulakan misi mencari dan menyelamat? Apakah ia kerana menunggu Malaysia Airlines mengesahkan pesawat itu benar-benar hilang.


(?).Bukankah masa suntuk untuk mencari pesawat itu. Apakah pihak berkuasa tahu pada ketika itu Boieng 777-200ER mempunyai minyak yang cukup untuk penerbangan selama tujuh jam? Bukankah itu sudah mengenal pasti kawasan pencarian!

3.(?) Mengapa terdapat kekeliruan ia berada dalam ruang udara Cambodia! Apakah misteri tersebut pernah diselesaikan? Apakah terdapat masalah dalam sistem pemantauan MAS atau hanya unjuran laluan penerbangan walaupun pusat kawalan trafik udara Ho Chi Minh mengatakan bukan laluan penerbangan.

4.(?) Mengapa operator radar tentera mengkategorikan pesawat, kini dipercayai MH370, sebagai pesawat bukan ancaman apabila ia terbang ke arah barat pada pagi Sabtu!
Sumber industri penerbangan berkata sangat sedikit pesawat terbang di laluan itu, terutama di sebelah barat, pada bila-bila masa pada hari tersebut.

5.(?) Adakah pihak pengendali radar tentera merujuk DCA atau pusat kawalan udara awam sebelum memutuskan pesawat misteri itu bukan merupakan ancaman? Adakah ia menghubungi juruterbang pesawat berkenaan!

6.(?) Mengapa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menafi tetapi kemudian mengesahkan laporan pesawat itu mematah balik di ruang udara, sedangkan kenyataan Hishammuddin semalam jelas menunjukkan pihak berkuasa menyedari pesawat itu melakukan pusingan!

“Seperti dinyatakan sebelum ini, radar tentera Malaysia ada mengesan sebuah pesawat yang berpatah balik, dari arah barat, merentasi Semenanjung Malaysia pada pagi 8 Mac.
“Pesawat itu dikategorikan sebagai tidak membahayakan oleh operator radar dan dengan itu tiada tindakan diambil pada ketika itu.

“Rakaman data radar itu disemak semula pada kira-kira 8.30 pagi, 8 Mac.
“Maklumat itu dihantar ke bilik operasi Tentera Udara pada kira-kira 9 pagi.
“Susulan perbincangan lanjut setelah dirujuk kepada pegawai tertinggi, pihak tentera memaklumkannya kepada Pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada kira-kira 10.30 pagi tentang kemungkinan pesawat itu berpatah balik.

“Menteri kemudian memaklumkannya kepada Perdana Menteri, yang segera mengarahkan supaya operasi mencari dan menyelamat dijalankan di Selat Melaka, berserta operasi di Laut China Selatan yang bermula lebih awal pada hari sama,” menurut kenyataan itu.

Oleh,itu mengapa kerajaan menafikan kemungkinan pesawat berpatah balik?
Adakah ia menunggu pengesahan pesawat itu penerbangan MH370?

Laporan lima muka surat semalam tidak memberikan butiran ini dengan terperinci.
Badan penyiaran antarabangsa CNN semalam membandingkan laporan awal MH370 dengan laporan awal sepanjang 128 muka surat berkenaan nahas Air France 447.
“Laporan berkenaan, dikeluarkan agensi keselamatan penerbangan Perancis hanya sebulan selepas kehilangan pesawat itu pada 2009, memberikan maklumat terperinci mengenai komunikasi di antara beberapa pusat kawalan udara,” lapor CNN.

 

Penerbangan 447 ditemui setahun kemudian di Lautan Atlantik, dan nahas tersebut mengorbankan kesemua 228 orang.
CNN juga membandingkan laporan awal disediakan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mengenai letupan enjin pesawat Qantas pada 2010, iaitu mengandungi 40 muka surat berserta rajah dan carta.
“Saya faham pihak berkuasa mempunyai tugas yang lebih penting dalam mencari pesawat dari menulis sebuah laporan panjang,” kata pakar penerbangan CNN Richard Quest semalam, “tetapi laporan ini terlalu ringkas.”

Putrajaya bersetuju mengeluarkan laporan berkenaan selepas kritikan ia hanya memberikan senaskhah kepada ICAO, sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, dan bukan kepada keluarga 239 penumpang dan anak kapal pesawat tersebut.

Jumaat 2 Rejab 1435 / 2 Mei 2014
______________________________

Source :wargamarhaen.blogspot.com
College Source;The Malaysian Insider,
Editor by  Wilhelmina.tumblr.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s