Welcome Obama,!Kawalan Keselamatan Peringkat Tertinggi Jelang Ketibaan


Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) sekali lagi mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, 18 April bagi menyatakan bantahan atas kedatangan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pada penghujung April ini

FortunaMedia.com |Welcome Obama,!Kawalan Keselamatan Peringkat Tertinggi Jelang Ketibaan

KUALA LUMPUR: Bersedialah dengan kawalan keselamatan peringkat tertinggi menjelang ketibaan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama di ibu negara pada Sabtu ini.


Ilham Anas duplikat Obama dari Indonesia semasa merasmikan sebuah restoran burger di Kuala Lumpur/Foto by broframestone.com.

Menjadi tradisi apabila pemimpin tertinggi AS itu berada di luar negara, tahap keselamatan sama ada di jalan raya mahupun ruang udara sering dititik-beratkan.

Selain kehadiran polis, beberapa jalan utama di ibu negara akan ditutup dengan ‘zon larangan terbang’ dikuatkuasakan menjelang ketibaan Obama di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, petang Sabtu.

Setiap orang mengunci mulut mengenai setiap pergerakan Obama di sini.

Seorang pegawai Kedutaan AS memberikan respons dengan berkata: ‘Untuk memberitahu Anda, saya perlu membunuh Anda.”

Perkhidmatan Rahsia AS telah berada di negara ini sejak beberapa bulan lalu, bagi ‘melindungi’ laluan, hotel dan lokasi yang akan ditujui Obama.

Pesawat kargo tentera AS telah mula menghantar peralatan logistik untuk lawatan Obama termasuk kenderaan sokongan dan trak sarat dengan kepingan kaca kalis peluru untuk melindungi cermin hotel yang menempatkan presiden itu.

Lawatan Obama ke Malaysia merupakan yang pertama dilakukan Presiden AS dalam tempoh 48 tahun lalu selepas kunjungan terakhir oleh Lyndon B. Jonhson pada 1966.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan langkah keselamatan di ruang utama akan diperketatkan.

Beliau berkata, jabatan itu sudah berada dalam keadaan sedia.

“Saya tidak boleh beritahu anda lebih banyak mengenainya kerana ia akan melanggar etika,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.


Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh  berkata, polis sudah bersedia sepenuhnya dalam aspek keselamatan.

“Kami mempunyai pasukan yang mencukupi dan akan bekerjasama dengan agensi lain bagi memastikan segalanya berjalan lancar,” katanya.

Presiden AS ke-44 itu akan dibawa menggunakan kereta berperisai, Cadillac One yang dilengkapi dengan semua ciri-ciri keselamatan.

Suasana sepanjang kunjungan Obama di Malaysia pernah dirasai di Tokyo, dimana kira-kira 16,000 anggota polis dikerahkan untuk mengawal keselamatan Obama yang berkunjung ke negara matahari terbit itu hampir dua dekad lalu.

Obama kini berada di Jepun dan akan berangkat ke Seoul sebelum memulakan lawatan ke Malaysia, Sabtu ini.

Media tempatan melaporkan, satu pertiga anggota polis ditugaskan semasa lawatan dua hari Obama ke Jepun yang bermula pada Rabu.

Khamis 23 Jamadilakhir 1435 / 24 April 2014.
______________________
Sumber;Agensi
Editor by Wilhelmina.tumblr.com,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s