#TIPS:7 Khasiat dan Manfaat Buah Pisang

*Khasiat pisang sudah tentu boleh membekalkan tenaga-energi. Pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian(senyawa) kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula alami iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa. Gula alami ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar[Image by Google]*

FortunaMedia.com |#TIPS:7-Khasiat dan Manfaat Buah Pisang,

Sudah pasti kita yang tinggal di gugusan kepulauan Nusantara ini mengenali dan tahu apa itu buah pisang bukan?
Seringkali kita melihatnya hanya sekilas saja ternyata buah ini memiliki khasiat yang banyak untuk kesihatan tubuh kita.Mungkin kerana selama ini kita telah terpedaya oleh promosi buah-buahan impot dari negara-negara  Barat.

Yang lebih malangnya ada masyarakat kita yang merendah-rendahkan pemakanan buah pisang adalah identik dengan makanan monyet.

 

Alhamdulillah persepsi tersebut sudah berkurangan.Itulah sebabnya permintaan bekalan buah pisang dikedai-pasaraya kini mula meningkat.Dan membuat harga buah pisang sudah mula agak mahal di pasaran.

-Buah pisang kaki, bentuk buah ini mirip buah tomato,dan rasa isi buahnya sedikit seperti rasa buah epal atau buah pear[Image by al-the-one.blogspot.com]


Tahukah Anda buah pisang adalah satu-satunya buah-buahan yang sangat digemari masyarakat Barat,kerana berkhasiat.Contohnya pegusti WWC Hulk Hogan akan selalu memasukkan sebiji pisang dalam setiap diet minuman jus buah-buahannya  .Anda boleh saksikan di You Tube tentangnya.

 

Buah pisang adalah salah satu komoditi para petani di negara-negara gugusan kepulauan Nusantara ini.Tanaman buah pisang ini sangat mudah ditanam dan tumbuh tanpa perlu penjagaan khusus bagi petani tradisional.Biasanya di tanam di kawasan pesawahan dan juga kebun kebun di kampung-kampung.

Buah pisang mempunyai buah yang rasanya manis terkadang bercampur masam ini.tercatat ada mempunyai lebih duapuluh-20-jenis pisang ,yang biasa  dikenali masyarakat bandar-bandar besar sebagian saja seperti “pisang nipah,pisang nangka,pisang raja,pisang tanduk” ,kerana banyak dijual dimerata ceruk warung-kedai sebagai makanan gorengan yaitu ‘goreng pisang’ atau ‘pisang goreng’

 

Namun ‘pisang talang,kapas,susu,berangan,embun,pisang kaki,rastali,lidi dan.pisang merah. pisang ambon,pisang putri,dan banyak lagi.kurang biasa kita dengar, terutama bagi mereka yang tinggal di bandar.

 

Pisang Merah yang juga dikenali sebagai pisang Red Dacca di Australia,dinegara kita banyak dijumpai di Sabah dan Sarawak yang dikenali dengan nama Pisang Raja Udang,Pisang Tembaga .Pisang Merah Baik untuk Diet,Penyakit Jantung & Diabetes.
[Image by billyinfo.blogspot.com]

Seperti aneka buah-buahan lainnya, buah pisang juga memiliki khasiat atau manfaat saat dimakan. Banyak di antara kita yang mempercayai bahwa buah ini memiliki berbagai khasiat tersembunyi didalamnya. Maka dari itulah, untuk memperjelas berbagai khasiat buah pisang, di sini saya akan mengungkapkan berbagai khasiat buah yang satu ini. Berikut ini khasiat buah pisang yang tak pernah Anda duga ;


1. Menurunkan berat badan secara alami. Bagi anda yang bermasalah dengan berat badan, maka rutin memakan buah ini dapat membantu menurunkan berat badan yang anda miliki. Ini disebabkan, buah ini mengandungi jumlah kalori yang relatif kecil.

2. Menyeimbangkan jumlah cairan dalam tubuh. Tubuh memerlukan jumlah cairan yang cukup untuk menunjang semua prestasi organ dalam tubuh. Oleh kerana itulah, kandungan kalium pada pisang sangat penting untuk membantu menyeimbangkan jumlah cairan dalam tubuh tersebut.

3. Mudah terserang penyakit seperti flu, batuk dan lain-lainnya…? Mulailah makan buah pisang. Kandungan vitamin C pada buah ini membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh yang anda miliki.

4. Ingin tulang yang sehat…?. Mengkonsumsi buah pisang secara rutin dapat membantu menyehatkan tulang anda. Ini disebabkan, buah ini merupakan salah satu buah yang mengandungi mangan(manganese) yang cukup tinggi.

5. Meningkatkan energi yang diperlukan tubuh secara segera. Saat aktiviti harian meningkat, makanlah buah pisang. Ini bertujuan agar tubuh tidak cepat letih maupun lelah di padatnya aktiviti atau pekerjaan anda.

6. Memperlancar sistem pencernaan pada tubuh anda. Mengkonsumsi buah ini secara rutin dapat membantu prestasi sistem pencernaan anda lebih baik lagi. Sehingga berbagai nutrisi dari makanan yang anda konsumsi dapat di serap dan digunakan oleh tubuh secara optimal pula.

7. Sebagai obat sembelit yang alami. Buah pisang dapat membantu memperlancar buang air besar anda. Maka dari itulah,makanlah buah pisang untuk menghindari mengerasnya feces sebagai gejala awal sembelit.

Penutup,

Untuk info tambahan .yang perlu diingat sungguhpun pisang sedap dimakan dan baik untuk kesihatan serta membantu merawat penyakit tertentu bagaimanapun tidak elok dimakan secara berlebihan oleh pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang agak tinggi.

Juga menurut Ketua Diatetik dan Pemakanan Khasiat, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad, beliau berkata  seperti yang kita fahami, semua pisang boleh dimakan, bagaimanapun ada berapa jenis pisang yang tidak boleh dimakan iaitu pisang pisang hutan kerana banyak biji atau pisang muda.

 


        “Ada pisang yang boleh dimakan mentah dan ada juga tidak boleh dimakan mentah antaranya pisang tanduk, pisang nangka,pisang abu, pisang lidi dan pisang kapas,” katanya


Demikianlah tips kesehatan  7 khasiat dan manfaat buah pisang  yang cukup baik untuk kita ketahui, apalagi buah yang satu ini mudah kita temui di sekitar kita. Harganya yang terjangkau namun sihat untuk di konsumsi.

Khamis 23 Jamadilakhir 1435 / 24 April 2014
_____________________
Info Rujukan :

intips-kesehatan/islampos
radiorosak90.com/pelbagaisumber,

Written by Wilhelmina.tumblr.com,

 


2 comments

    • Pisang Merah ini hanya ada di sabah/Sarawak..dan di semenanjung tak pernah jumpa lagi..dan kebetulan saya tinggal disemenanjung..maaf ya.tak dapat bantu..Saudari tinggal dimana?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s