Rakyat Dipaksa Bayar GST! Menteri BN pula Membazir Sakan

Monyet Monyet Sarkas di Parlimen kita..Image by aku-tak-peduli.blogspot.com

FortunaMedia.com |Rakyat Dipaksa Bayar GST,! Menteri BN pula Membazir Sakan..

Para Politikus Borjouis bersekutu. Orang-orang kiri kongkalikong dengan cukong. Intelektual kiri sibuk masturbasi di subuh hari. Tepat ketika embun luruh dari daun kasturi, Tikus Merah keluar dari longkang-longkang gelap dan kotor. Ada wabah Tikus pengkhianat seperti Tikus Botak di Malaysia.!

                                         Ada wabah Tikus pengkhianat seperti Tikus Botak di Malaysia.!

TIDAK akan luput dari ingatan saya,bagaimana anggota Parlimen DAP Lim Kit Siang waktu itu bertikam lidah dengan ahli parlimen BN diwaktu era Mahathir tahun 90an selama lebih kurang seminggu untuk membahas permintaan syarikat Konsortium Bas Mini untuk menaikkan tambang Basmini sebanyak 10sen(dari 50sen naik ke 60sen).Walau akhirnya kerajaan setuju dengan tambang baru tersebut.

Moral story; Bukan mudah diera itu hendak menaikkan sebarang tarif atau harga barangan yang membebankan rakyat waktu itu.!

Ahli-ahli Parlimen BN hanya menjadikan Parlimen sarkas

Betapa kini keputusan meluluskan RUU GST di Parlimen itu hanya selepas 2 hari berdebat ,  pihak kerajaan berjaya mengetengahkan kebaikan GST, kerajaan BN menang undi berbelah bagi 118 menyokong dan 81 menentang.

Sebelum mengundi, pihak pembangkang telah mengeluarkan sepanduk untuk  menunjukkan tanda tak setuju.


Bagi Pensyarah Universiti Industri Selangor (UNISEL), Prof Madya Dr Mohd Fuad Salleh dalam satu wacana GST dan TPPA di MPAJ pada 12 April lalu menekankan betapa keputusan meluluskan RUU GST di Parlimen itu menunjukkan kerajaan langsung tidak mahu memikirkan beban yang dihadapi rakyat ketika ini. Malah bagi Dr Fuad, kehadiran anggota Parlimen BN untuk ‘menyerang’ dan membuat kacau di parlimen hingga perbahasan RUU GST tidak dapat berjalan dengan baik menggambarkan bertapa ahli-ahli Parlimen BN hanya menjadikan Parlimen sarkas untuk mereka membodohkan rakyat.

“Saya amat kesal, bagaimana mereka ini langsung tidak memikirkan untuk membela rakyat.Malah mereka ini hanya menjadi pengacau, langsung tiada kualiti dan tidak memperlihatkan daya intelek yang tinggi selaku wakil rakyat,” katanya dalam wacana tersebut.

Rang Undang-undang GST yang telah lulus akan dilaksanakan pada April 2015, dan rakyat akan masuk kepada fasa baharu dalam rejim ekonomi jahat BN yang tidak akan bersimpati lagi dengan poket kosong rakyat.

Setiap isi kantong rakyat semuanya telah tertulis dan diaktakan bahawa 6 peratus daripadanya adalah milik kerajaan dan kroni yang akan membina sistem pungutan GST.

Pelbagai usaha berbentuk promosi yang menelan belanja ratusan juta telah diperhabis demi memberi kefahaman kepada semua betapa GST itu kononnya tidak membebankan rakyat.
Lagu GST dicipta dimainkan di televisyen dan corong radio, papan billboard diwarnai dengan kebaikan GST, pelbagai poster dilekat di bermacam tempat awam termasuk dalam LRT dan Tren, dan pelbagai lagi kaedah promosi dengan tujuan untuk menghasut rakyat menerima GST.

Seperti kata Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Ridzuan bahawa promosi GST besar-besaran itu tidak mampu mengambus rencana pentadbiran sebuah kerajaan yang sangat lemah dan menghabiskan wang rakyat.

Laporan audit setiap tahun juga tidak menampakkan perubahan positif. Dilaporkan lima kementerian iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri akan dipanggil dengan 121 kes pula berkemungkinan berdepan tindakan.

Persoalannya, adakah setiap kali kes sedemikian dibawa ke muka pengadilan, apakah menteri, timbalan menteri atau perdana menteri sendiri akan dihadapkan kepada siasatan seterusnya diheret ke mahkamah?

Ikan bilis sahaja didakwa,

Setiap tahun kita hanya mendengar mereka yang bergelar pegawai, kerani dan pengarah kecil jabatan kerajaan yang diheret ke mahkamah, sementara kes-kes melibatkan menteri semuanya akan berakhir dengan menteri bebas tuduhan rasuah, mahupun penyelewengan.

Perkembangan terbaru yang menggemparkan parlimen baru-baru ini menjelaskan konsep wasattiyyah yang dilaung oleh Perdana Menteri adalah songsang.

“Kita sering dengar pembaziran isteri PM, kali ini hasil pendedahan seorang cikgu, dapat diketahui bagaimana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluarganya pula beraksi melampias wang rakyat di Dubai, Emeriah Arab Bersatu, kata Edy Noor dalam satu pendedahannya kepada Harakah 14 April lalu.

Edy Noor lantas merujuk kepada jadual perjalanan TPM merangkap Menteri Pendidikan di Dubai dari 8-13 April 2014, urusan rasmi hanya sekitar 3-4 jam sahaja iaitu pada 9 April 2014.

Apakah baki empat hari lagi dihabiskan di atas padang golf di Dubai?

Dalam jadual yang sama, tertera perkataan ‘private program’ dan ‘free program’ pada tarikh 10, 11 dan 12 April sebelum kepulangan Muhyiddin ke Malaysia pada 13 April.

“Apakah segala perbelanjaan, penginapan, tiket-tiket penerbangan delegasi TPM dan keluarganya selama 6 hari dan 5 malam di bumi bertuah UAE terpaksa ditanggung oleh duit rakyat?” soal Edy Noor lagi.

Apa yang didedahkan itu merupakan contoh suatu pembaziran yang telah disusun dan dihalalkan kerajaan yang memerintah.

Modus operandi pergi ke luar negara untuk urusan rasmi, sambil bercuti sakan. Ini bukan hanya berlaku di kalangan PM dan TPM, tetapi ia berlaku di kalangan semua menteri, menjadi satu kemestian, menjadi satu acara wajib tahunan.

Di atas pembaziran yang melampau, di atas ketirisan yang tidak berkesudahan, bagaimana rakyat mahu menyerahkan wang baki poketnya untuk membayar cukai GST?

Benar, sememangnya GST adalah cukai yang telus dan efisyen, tetapi apa yang rakyat Malaysia perlukan hari ini ialah kerajaan yang telus dan efisyen.


Jika kerajaan tetap bertegas melaksanakan GST, maka saranan SAMM dan seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat bahawa rakyat juga perlu bertegas untuk menyambutnya di jalan raya, pada tanggal Hari Buruh 1 Mei 2014.

Khamis 23 Jamadilakhir 1435 / 24 April 2014.
________________________

Pustaka;

ManifestoTikusMerah/.wargamarhaen.blogspot.com

Written by Wilhelmina.tumblr.com,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s