Projek Mega Kroni BN-MRT Corp;Terowong RM340 juta!


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad

FortunaMedia.com|Projek Mega Kroni BN-MRT Corp;Terowong RM340 juta!

KITA sebagai rakyat Malaysia  saban hari didedahkan dengan pelbagai ketirisan, pembaziran, rasuah dan perilaku tidak amanah dalam pentadbiran kerajaan.
Sementara umum mengetahui bahawa kerajaan sering menanggung kerugian dari setiap keputusan kurang bijak dalam memberi tender, akhirnya kos tambahan bernilai ratusan juta ringgit terpaksa dikeluarkan.
Antaranya adalah akibat dari kelewatan kontraktor menyiapkan projek, bangunan tidak siap dan bangunan rosak atau runtuh, yang menyebabkan wang rakyat terus mengalir di saluran yang tidak sepatutnya.


Berlaku mendapan di Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur dipercayai hasil kerja-kerja mengorek terowong yang sedang giat di jalankan oleh pihak MRT Corporation/Foto by:omakkau.blogspot.com

Kes terbaru yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad berhubungan projek mega pembinaan terowong pejalan kaki menghubungkan Muzium Negara dengan KL Sentral oleh syarikat kroni BN-MRT Corp.

Beliau, pada sidang media di pejabatnya hari ini memberitahu selain kos yang tinggi iaitu RM340 juta, ia turut mengundang risiko keselamatan.

 

“Saya mahu pihak kerajaan tampil memberi penjelasan kenapa memilih untuk membina terowong yang risiko keselamatan amat tinggi.

“Saya mahu penjelasan yang munasabah dan bukannya penjelasan politik,” katanya.

 

Khalid berkata, beliau difahamkan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Azhar Abdul Hamid ada mencabar beliau sebagai bukan pakar dalam bidang berkenaan.

“Ia saya akui saya bukan pakar, Azhar hanya berani cabar dalam mesyuarat sahaja tetapi tidak di luar, walaupun kenyataan tak disiarkan tetapi maklumat itu saya perolehi.

“Persoalan saya mudah sahaja, kenapa pilih bina terowong sedangkan membina jejantas adalah lebih murah iaitu RM50 juta sahaja, malah risiko keselamatan amat rendah.

“Selain itu juga orang akan nampak jejantas tersebut, bila kita bina dengan kemudahan yang terbaik, terowong apa yang kita nampak sebab ia berada di bawah tanah,” katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad juga menggesa pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar tampil memberi cadangan dan penjelasan  berhubungan pembinaan terowong pejalan kaki menghubungkan Muzium Negara dengan KL Sentral oleh MRT Corp.tersebut

MENDAPAN DI JALAN BUKIT BINTANG, KUALA LUMPUR GARA-GARA KERJA MENGOREK TEROWONG OLEH PIHAK MRT CORPORATION..

Sementara itu bersamaan hari ini (Rabu 23/4) “blogger Omakkau”melaporkan  berlakunya mendapan di Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur dipercayai hasil kerja-kerja mengorek terowong yang sedang giat di jalankan oleh pihak MRT Corporation yang cuba di sembunyikan dari pengetahuan umum yang menyumbang kepada kesesakan yang amat teruk jalan sekitar Bukit Bintang ditambah buruk ketika waktu puncak.

Beberapa jalan terpaksa di tutup.

Aliran trafik ke Bukit Bintang, Jalan Tun Razak dan sekitarnya sesak teruk berikutan penutupan jalan sepanjang 500 meter di Bukit Bintang  antara Chulan Square dan Menara World Wide bagi kerja-kerja membaiki jalan yang rosak sejak pukul 9 pagi tadi.

Kerosakan itu dipercayai berpunca daripada tanah mendap berikutan kerja-kerja pembinaan projek MRT di kawasan tersebut.

MENDAPAN DI JALAN BUKIT BINTANG

Rabu 22 Jamadilakhir 1435 / 23 April 2014.
_____________________

Sumber;
wargamarhaen.blogspot.com/

omakkau.blogspot.com
Editor by Wilhelmina.tumblr.com,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s