Nippon Ship Naniwa Maru-1 Dirompak dekat Pulau Ketam


Kapal Naniwa Maru 1 dalam pelayaran dari Singapura ke Myanmar sebelum dirompak berhampiran Tanjung Rhu, Klang, awal pagi semalam/foto by.bharian.com.

FortunaMedia.com|Nippon Ship Naniwa Maru-1 Dirompak dekat Pulau Ketam

PELABUHAN KLANG,Malaysia: Lima lelaki, dua bersenjatakan pistol seorang lagi parang, merompak sebuah kapal Jepun sebelum melarikan sejumlah wang tunai, peralatan radio dan memindahkan dua juta liter minyak diesel ke dalam dua buah kapal tanker berhampiran Pulau Ketam awal pagi Selasa(22/4/2014)

Pegawai Pemerintah Polis Marin Pelabuhan Klang, DSP Norzaid Muhammad Said berkata kejadian berlaku pada pukul 1 pagi pada jarak 16 batu nautika dari Pulau Ketam di sini.

Menurut sumber, semua suspek kemudian melarikan diri bersama tiga anak kapal yang dipercayai turut bersubahat dalam kejadian rompakan itu.

“Sebaik selesai melakukan rompakan kapten kapal, pegawai pertama dan ketua jurutera turut dipercayai melarikan diri bersama suspek perompak.

“Tiada kecederaan dilaporkan dialami oleh anak kapal lain dalam kejadian itu,” katanya.

Kapal bermuatan lima juta liter itu dalam perjalanan ke Myanmar dan berlepas dari Singapura pada 21 April.

Beliau berkata lima lelaki terbabit bertindak mengikat 18 kru termasuk kapten kapal sebelum memindahkan diesel itu.

“Difahamkan proses pemindahan mengambil masa antara tujuh hingga lapan jam dan selepas itu kesemua suspek meninggalkan kapal berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Norzaid berkata selepas berjaya melepaskan diri, kapten kapal kemudian menghubungi pembekal minyak diesel itu di Singapura, bagi memaklumkan kejadian berkenaan.

Katanya pembekal itu membuat laporan di Balai Polis di Johor Baharu sebelum pihak polis di situ memaklumkan kepada Polis Marin di Pelabuhan Klang.

“Pihak kami kemudian dihantar ke lokasi kejadian dan menemui kapal Jepun berkenaan di Pulau Angsa. Kapal itu dibawa pulang ke Pelabuhan Utara di sini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Rompakan kapal tangki mungkin melibatkan ‘orang dalam’

Polis tidak menolak kemungkinan terdapatnya penglibatan kru kapal dalam kejadian rompakan minyak diesel berjumlah tiga juta liter bernilai RM8 juta dari sebuah kapal tangki di Pulau Ketam, semalam.

Timbalan Komandan Operasi/Risik Polis Marin Bukit Aman, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata kemungkinan ini timbul apabila dalam kejadian tersebut perompak turut melarikan tiga kru kapal tangki Naniwa Maru yang juga merupakan kru penting dalam pengendalian dan selok-belok kapal tersebut.

“Selepas pemunggahan minyak itu dilakukan, perompak turut melarikan kapten kapal, pembantu kapten dan ketua jurutera,” katanya dalam satu sidang media yang dilakukan diatas kapal Polis Marin di Pulau Ketam,

Rabu 22 Jamadilakhir 1435 / 23 April 2014.
___________________________
Sumber;
astroawani.com/
bharian.com.
Editor by Wilhelmina.tumblr.com,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s