Insiden MAS#MH192;Tayar pecah punca patah balik

(Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama krew MAS)

FortunaMedia.com |Insiden MAS#MH192;Tayar pecah punca patah balik,

KUALA LUMPUR,Pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Bangalore, India terpaksa berpatah balik ke airport-KLIA awal pagi ini kerana satu daripada tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanannya pecah semasa berlepas.

Pesawat MAS No;Penerbangan #MH192 selamat mendarat di KLIA awal pagi ini,

Pengurus Perhubungan Media MAS, Khairunnisak Dzun Nurin berkata juruterbang telah dimaklumkan oleh Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur bahawa serpihan tayar ditemui di landasan dan dengan segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi (OCC) MAS pada pukul 10.25 malam.

“Oleh kerana keselamatan adalah amat penting bagi Malaysia Airlines, pesawat itu telah diarahkan berpatah balik ke KLIA.

Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) digerakkan sebaik sahaja juruterbang diarahkan berpatah balik ke KLIA oleh OCC,” katanya dalam satu kenyataan media, Isnin.

Kesemua penumpang akan ditempatkan di hotel-hotel berhampiran dan penerbangan MH192 dijadualkan semula berlepas dari KLIA pada pukul 3.30 petang ini dan dijadualkan tiba di Bangalore pada pukul 5 petang hari yang sama, katanya.

Beliau berkata, kesemua 159 penumpang dan tujuh anak kapal telah keluar dari pesawat itu.

Penerbangan MAS MH192 berlepas dari KLIA pada pukul 10.09 Ahad malam ke Bangalore dan mengesan gear mendarat sebelah kanannya tidak berfungsi, menyebabkan ia berpatah balik untuk melakukan pendaratan kecemasan di KLIA pada pukul 1.56 pagi Isnin.

Pesawat itu diterbangkan oleh Kapten Nor Adam Azmi bersama dengan pembantu juruterbang Prakash Kumar.

Isnin 19 Jamadilakhir 1435 / 21 April 2014
_________________________

Sumber: BERNAMA/TRP.com,

Editor by Wilhelmina.tumblr.com,

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s