Persiaran IJM Jelutong akan dinamakan “Karpal Singh”

Persiaran IJM, sebuah taman di tepi laut di Jelutong akan dinamakan Karpal Singh sebagai tanda penghormatan kepada pengerusi DAP itu.

FortunaMedia.com |Persiaran IJM Jelutong akan dinamakan “Karpal Singh”

George Town,Persiaran IJM, Sungai Pulau Pinang akan dinamakan Karpal Singh bersempena pemergiannya.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada sidang media di kediaman Karpal di Jalan Utama, hari ini.

Orang ramai yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh di Dewan Seri Pinang, pada Ahad 20/4/2014,

 

Beliau berkata, Persiaran IJM, sebuah taman di tepi laut di Jelutong akan dinamakan Karpal Singh sebagai tanda penghormatan kepada pengerusi DAP yang pertama itu.

“Saya akan mencadangkan perkara itu dalam mesyuarat negeri akan datang ,” katanya.

Lim kemudiannya menyerahkan peta persiaran tersebut kepada isteri Karpal. Gurmit Kaur menyatakan rasa terima kasihnya terhadap kerajaan negeri atas pengiktirafan pengebumian suaminya.

“Dalam tempoh yang sukar ini, saya merakamkan ucapan terima kasih saya terhadap kerajaan negeri kerana menyalurkan bantuan menyeluruh dalam pengebumian Karpal.

“Saya cukup terharu apabila bendera Pulau Pinang dikibarkan separuh tiang untuk memberi penghormatan kepada suami tercinta di Dewan Seri Pinang”katanya.

“Pengiktirafan ini membanggakan saya serta seluruh keluarga,”katanya yang turut melahirkan rasa terima kasih kepada rakan-rakan, keluarga dan orang ramai yang mendoakan kesejahteraannya.

Sabtu 18 Jamadilakhir 1435 / 19 April 2014
_____________________

Oleh : Zalinah Noordin/TRPost.com

Shared by Wilhelmina.tumblr.com,

2 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s