Zulkifli@Perkasa VS Khairy Jamaluddin@Menteri BN


Menteri Belia dan Sukan, KhairyJamaluddin Abu Bakar

 

FortunaMedia.com |Zulkifli@Perkasa@Dear Menantu Pak Lah “Please do not be a moron minister”

Kuala Lumpur, Isu di antara Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Naib Presiden Perkasa Zulkifli Noordin tidak terhenti setakat itu malah Zulkifli hari ini tampil memberi kenyataan balas menerusi laman sosial Twitternya

 

 

Susulan kenyataan Khairy terhadap Zulkifli Noordin baru-baru ini yang menerima kritikan daripada KJ kerana menganggap kematian Penasihat DAP, Karpal Singh menguntungkan kerajaan Kelantan yang ingin melaksanakan hokum hudud.

 

Malah Zulkifli dengan lantang terus mempersoalkan kewibawaan KJ sebagai menteri.

 

Dalam tweet terbarunya, Zulkifli memuatnaik status: ” Saya tidak mahu melayan menantu Pak Lah kerana saya bersimpati dengan Datuk Seri Najib. Jadi saya akan menjawab hanya sekali supaya mereka semua boleh tidur dengan aman,”katanya.

 

“@Dear Mnantu Pak Lah: Tolong jangan jadi seorang menteri yang dungu. Kami tidak memerlukan satu lagi Anwar di negara ini Ok Yop,” katanya, membidas kenyataan Khairy semalam.

 

Tidak menunggu lama untuk membalas balik kenyataan itu, Khairy meminta Zulkifli untuk terus berdepan dengan beliau. Jadilah seorang lelaki. Dan menjadi manusia yang baik.

 

Isu itu tercetus beberapa jam selepas kematian Karpal yang menyebabkan Zulkifli memuatnaik status yang dianggap tidak menghormati kematian pemimpin pembangkang itu.

 

“Dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan Umno, Allah telah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya!” tulisnya.

 

Kenyataan itu mendapat perhatian Khairy yang menganggap ia keterlaluan dengan melibatkan politik dengan kematian seseorang.

 

“Diam. Betul, hanya diam,” Khairy yang membalas dengan menggunakan Twitter beliau @Khairykj.

Jumaat 17 Jamadilakhir 1435 / 18 April 2014
____________________

Written by Sarah M.Khir/TRP.com
Editor by  Wilhelmina.tumblr.com,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s