Malaysia Miliki 5,000 bilion’mp’air bawah tanah


Malaysia dianggarkan mempunyai kira-kira 5,000 bilion meter padu simpanan air bawah tanah.

 

FortunaMedia.com |Malaysia Miliki 5,000 bilion meter padu simpanan air bawah tanah

KUALA LUMPUR, Malaysia dianggarkan mempunyai kira-kira 5,000 bilion meter padu simpanan air bawah tanah yang belum diusik, kata Pengarah Institut Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Air, Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Dr Abdull Rahim Mohd Yusoff.

Beliau berkata jumlah itu berdasarkan kajian yang pernah dilakukan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) pada 1982.

“Namun sehingga kini, hanya tiga peratus sahaja daripada sumber itu yang digunakan,” katanya.

Beliau berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga pernah membuat kajian pada 2011 yang mendapati tujuh peratus atau 64 bilion meter padu air daripada hujan tahunan yang turun akan tersimpan di bawah tanah.

“Sehubungan itu saya rasa kita perlu mengguna pakai air bawah tanah kita yang mempunyai potensi sangat besar untuk menangani krisis air di beberapa negeri seperti yang sedang dialami sekarang,” katanya.

Abdull Rahim berkata air di bawah tanah adalah selamat untuk digunakan malah lebih berkualiti daripada air yang terdapat di atas permukaan.

Abdull Rahim menyarankan sekiranya sumber air bawah tanah tidak mahu dijadikan sebagai sumber utama air negara, ia boleh dijadikan sebagai rizab air bagi menangani krisis bekalan air pada musim kemarau.

Katanya setakat ini hanya negeri Kelantan yang didapati menggunakan air bawah tanah dengan melebihi kapasiti 50 peratus.

Ketua Jabatan Teknikal dan Perancangan Pembangunan Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Wan Mohd Zamri Wan Ismail berkata pihaknya menggunakan air bawah tanah menerusi kaedah telaga jejari yang setiap telaga mampu menyumbang antara lima hingga 30 juta liter air sehari.

“Hingga kini hampir 75 peratus penduduk Kelantan yang menerima bekalan air bersih mendapatnya daripada air bawah tanah,” katanya.
Sabtu 11 Jamadilakhir 1435 / 12 April 2014
_____________
Sumber: BERNAMA/TRP.com

Shared by Wilhelmina.tumblr.com.

 

Advertisements

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s