3 Pengkhianat Negara Tidak Layak Pulang


Irwan Fahmi Ideris berkata tiga orang pemegang pasport British Overseas Citizens (BOC) yang diterima pulang kerajaan Malaysia merupakan pengkhianat negara. – Gambar MalayMailOnline


Jumaat 10 Jamadilakhir 1435 / 11 April 2014

FortunaMedia.com |3 Pengkhianat Negara Tidak Layak Pulang

Kuala Lumpur,Tiga orang pemegang pasport British Overseas Citizens (BOC) yang diterima pulang kerajaan Malaysia merupakan pengkhianat negara.

Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Irwan Fahmi Ideris berkata, mereka juga tidak layak diberi sebarang kemudahan.

“Kepimpinan Wira memandang serius berkenaan isu 1000 orang yang didakwa ‘tiada bernegara’ dari Malaysia yang tinggal di United Kingdom.

“Kami berasa tidak wajar mereka diberi kemudahan walaupun Pas Residen kerana terbukti mereka telah khianat kepada negara,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau mendesak supaya Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertimbangkan semula kelulusan tersebut kerana ianya tidak memberi sebarang keuntungan kepada negara.

Terdahulu Ahmad Zahid menyatakan hanya tiga orang pemegang pasport BOC yang diterima pulang dan bukannya 1000 orang seperti yang didakwa ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik.

Menurut Zahid, mereka hanya diberikan Pas Residen dan bukannya diberikan taraf warganegara kerana seseorang bekas warganegara memerlukan sekurang-kurangnya 17 tahun untuk mendapatkan semula taraf kewarganegaraan Malaysia.

“Tempoh yang ditetapkan ini adalah intipati penting dalam menguruskan kepulangan bekas warganegara bagi memastikan mereka menumpahkan taat setia kepada negara ini dan tidak sewenang-wenangnya mengulangi lagi perbuatan melepaskan kewarganegaraan seperti yang dilakukan sebelum ini,” katanya.

Pada 2003, kira-kira 1000 warganegara Malaysia berketurunan Cina dilaporkan telah bertindak mengoyak pasport mereka dengan tujuan untuk mendapat kewarganegaraan Britain.

Kerajaan United Kingdom pada 4 Julai 2002 meminda British Nationality Act 1981 (BNA 1981) di mana pemegang pasport BOC dari Malaysia hanya boleh dipertimbangkan untuk diberikan taraf kewarganegaraan United Kingdom sekiranya mereka tersebut bukanlah lagi seorang warganegara Malaysia dan telah melepaskan atau dilucutkan kewarganegaraan Malaysia pada atau sebelum 4 Julai 2002.

______________
Written by SM Amin
Shared  by Romy Mahakam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s