“Topless Friday Beach Party” dibatal

Gambar menunjukkan orang ramai sedang menari di dalam kolam renang di Barcelona. – Gambar Reuters

Rabu 8 Jamadilakhir 1435 / 9 April 2014

FortunaMedia.com |“Topless Friday Beach Party” dibatal.

Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan penganjuran “Topless Friday Beach Party” yang dirancang diadakan pada Jumaat ini.

Menurut Malay Mail Online, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah membatalkan parti itu dan meminta DBKL menggunakan semua kuasa untuk memastikan parti berkenaan tidak diadakan.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Datuk Harun berkata parti berkenaan sepatutnya tidak diadakan di negara ini kerana bimbang anak-anak muda akan terpengaruh dengan budaya liar, terutama yang beragama Islam.

“Parti yang tidak bermoral seperti itu akan memusnahkan keimanan rakyat,”katanya.

Penganjur juga diberi peringatan supaya tidak menganjur parti liar seperti itu pada masa akan datang.

“Mereka perlu menghormati budaya rakyat tempatan,”katanya.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin melalui akuan Twitternya turut memberitahu bahawa parti berkenaan sudah dibatalkan.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasruddin Hassan menggesa DBKL mengambil tindakan membasmi premis yang menganjurkan parti liar di ibu kota yang diadakan hampir setiap malam.

“Parti berkenaan selalunya dilindungi oleh sindiket mafia, menjadikan mereka susah untuk dihidu polis,” katanya.

***

‘The Pool’ nafi anjur parti

Pihak pengurusan The Pool kemaren(8 April 2014) menafikan menganjur parti kontroversi, “Topless Beach Party” pada Jumaat ini, dan berkata pengurusannya tidak ada kaitan dengan acara berkenaan

Pihak pengurusan The Pool hari ini menafikan menganjur parti kontroversi, “Topless Beach Party” pada Jumaat ini, dan berkata pengurusannya tidak ada kaitan dengan acara berkenaan.

Menurut Malay Mail Online, jurucakap The Pool tidak pernah merancang untuk menganjurkan parti tersebut di Kuala Lumpur.

“Kami tidak pernah menganjurkan parti separa bogel dan kami tidak akan melakukan perkara sedemikian di Malaysia,” tambahnya.

Jurucakap tersebut berkata pihaknya tidak pernah memuat naik poster di Facebook The Pool tetapi pihaknya menerima banyak panggilan telefon sejurus poster iklan parti berkenaan wujud dalam media sosial.

“Kami sedang cuba menyelesaikan isu ini, ingin mencari siapa dalang di sebalik pengedaran poster ini,” katanya sambil menambah reputasi syarikatnya telah musnah.

status_M_140408Terdahulu, PAS mendesak pihak berkuasa untuk membatalkan parti liar itu lantaran pemuda Umno mendakwa parti berkenaan sudah dibatalkan ekoran arahan daripada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ini turut disahkan oleh Setiausaha Sulit Menterinya, Mohd Rafi Alli Hassan bahawa satu arahan telah diberikan kepada pihak DBKL untuk hentikan parti tersebut

__________
Sumber;
Penulis: MICHAEL MURTY/Bernama
Shared and Editor by Romy Mahakam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s