78 Guru Akan Ditukar Kerana Cenderung Politik


Tian Chua (kiri) mendakwa sesetengah guru, termasuk isteri kapada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa juga ditukarkan pada September tahun lalu oleh Pejabat Pelajaran Daerah Bachok, Kelantan.

Rabu 8 Jamadilakhir 1435 / 9 April 2014

 

FortunaMedia.com |78 Guru Akan Ditukar Kerana Cenderung Politik

Kuala Lumpur, Pakatan Rakyat mendakwa 10 guru di Kelantan ditukarkan pada tahun lalu kerana kecenderungan politik mereka dan meminta Kementerian Pelajaran menyiasat kes berkenaan.

Mereka juga mendakwa 78 guru lagi akan ditukar pada 16 april 2014 ini atas alasan yang sama.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata sesetengah guru, termasuk isteri kapada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa juga ditukarkan pada September tahun lalu oleh Pejabat Pelajaran Daerah Bachok.

Tian Chua mendakwa, guru-guru tersebut ditukarkan ke tempat lain ekoran tidak memberi sokongan kepada Umno, sebaliknya menyokong PAS.

“Alasan ini tidak masuk akal sama sekali. Politik tidak ada kena-mengena dengan sistem pendidikan.

“Jika berterusan begini, sistem pendidikan akan terbantut demi kepentingan politik,” kata Tian Chua kepada wartawan sejurus menerima memorandom daripada Solidariti Anak Muda Malaysia di lobi Parlimen, petang semalam(8 April 2014).

_______________

Penulis:
Editor ; Romy Mahakam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s