120 Kereta Mewah Anti Peluru Setahun


Kadar harga jualan bagi pengubahsuaian kereta ditetapkan antara RM165,000 dan RM220,000 bergantung kepada jenis dan spesifikasi pengeluar kenderaan

Rabu 8 Jamadilakhir 1435 / 9 April 2014

FortunaMedia.com |120 Kereta Mewah Anti Peluru Setahun.


Kuala Lumpur, IMS Magna Armoring Malaysia Sdn Bhd mengumumkan sasaran untuk mengeluar dan mengubah suai 120 kenderaan mewah kalis peluru, dalam jangka masa setahun.


IMS Magna Motoring menyasarkan kadar pengeluaran sebanyak 10 kenderaan sebulan, dengan kemampuan untuk mengubah suai pelbagai jenis kenderaan, terutama kereta buatan Eropah, yang mempunyai kadar kapasiti enjin minimum 3000cc dan ke atas.

Pengerusi IMS Magna Motoring (M) Sdn Bhd, Datuk Md. Jali Lateh ketika ditemui media hari ini berkata IMS Magna Armoring berjaya mengeluarkan kereta mewah kalis peluru pertama buatan tempatan sepenuhnya atas permintaan ramai, termasuk daripada kerajaan.

“Kami begitu komited untuk membangunkan teknologi keselamatan bagi kenderaan mewah kalis peluru, didorong kejadian jenayah pembunuhan bersenjata yang berlaku dalam negara kita mutakhir ini,” katanya pada majlis pelancaran kereta mewah kalis peluru pertama Malaysia, di premis IMS Magna Armoring di sini.

Syarikat ini mengguna pakai sepenuhnya tenaga mahir tempatan dalam semua kerja pengubahsuaian kereta.

IMS Magna Armoring menyasarkan pelanggan dalam kalangan tokoh korporat, syarikat kawalan keselamatan bagi kenderaan Cash-In Transit (CIT) serta pegawai kerajaan sebagai pelanggan berpotensi untuk meningkatkan lagi kadar pertumbuhan jualan syarikat tahun ini.

Kadar harga jualan bagi pengubahsuaian kereta ditetapkan antara RM165,000 dan RM220,000 bergantung kepada jenis dan spesifikasi pengeluar kenderaan.

Ketua Pegawai Operasi IMS Magna Armoring, Howe Chin berkata pengubahsuaian yang dilakukan tidak akan menjejaskan jaminan pengeluar kereta serta bahagian kereta yang lain.

“Penambahan sebanyak 250 kilogram ke atas berat keseluruhan kereta tidak memerlukan sebarang bentuk penggantian dan modifikasi terhadap bahagian-bahagian lain seperti sistem brek dan suspensi,” katanya.

Menurut Chin, bentuk luaran dan dalaman kenderaan tidak akan memperlihatkan perbezaan ketara walaupun telah diubah suai menjadi kenderaan kalis peluru.

Ketua Komunikasi Korporat Malaysia Filipina Du Pont Malaysia, Azham Zahid pula berkata kadar penggunaan minyak bagi kereta tersebut tidak meningkat drastik kerana bahan utama, kevlar, ringan serta mempunyai ketahanan yang tinggi dalam memberikan perlindungan optimum kepada penumpang serta pemandu.

“Secara purata, Kevlar yang digunakan pada sesebuah kereta adalah seberat 45 kilogram, dan ini dapat mengekalkan prestasi dan kadar penggunaan minyak kereta seperti sebelumnya,” katanya

_________________

Sumber; BERNAMA /TRP.com
Shared and Editor by Wilhelmina

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s