LaporanAudit 2013:4Syarikat gagal serah kutip sewa PPR Johor

Selasa 7 Jamadilakhir 1435 / 8 April 2014

FortunaMedia.com |Laporan Audit 2013: 4-Syarikat Swasta gagal serah kutipan sewa PPR kepada Kerajaan Johor.

Johor Baharu, Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 mendedahkan empat syarikat yang dilantik untuk mengurus dan mengutip sewa rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) lewat menyerahkan kutipan sehingga kerajaan negeri Johor terpaksa menanggung kerugian.

Laporan yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini (7 April2014) itu menyatakan syarikat terbabit lewat berbuat demikian antara dua dan 22 bulan.

“Sejumlah RM3.57 juta tunggakan bayaran balik kutipan hasil sewa rumah PPR bagi 2011 hingga April 2013 masih belum dibayar oleh syarikat swasta kepada kerajaan negeri.

“Mengikut semakan audit, bagi 2011 sehingga April 2013, syarikat swasta sepatutnya membayar balik kutipan hasil sewa rumah kepada kerajaan negeri berjumlah RM9.55 juta, tetapi mereka hanya membayar balik sejumlah RM5.98 juta atau 62.6 peratus,” kata laporan itu.

Laporan audit itu menyatakan kelewatan penyerahan kutipan sewa tersebut disebabkan tiada unit yang dipertanggungjawab memantau syarikat swasta yang menguruskan PPR terbabit.

Laporan itu turut menyatakan tunggakan sewa rumah PPR dan rumah pangsa awam yang diurus oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (SUK) Perumahan bagi tempoh 2011 hingga April 2013 meningkat RM21.07 juta hingga RM22.88 juta berbanding RM19.45 juta setakat Disember 2008.

Ketua Audit Negara turut menyentuh kelewatan menyewakan tiga blok rumah pangsa PPR Kempas Permai, Tampoi dan lima blok Rumah Pangsa Setia Indah, Setia Indah yang menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menanggung kos pembaikan tinggi gara-gara kerosakan dan kehilangan peralatan akibat vandalisme.

Sehingga Julai 2013, Pejabat SUK Perumahan menguruskan 10,254 unit rumah sewa di enam PPR dan tujuh kawasan rumah pangsa awam yang kesemuanya terletak di daerah Johor Baharu, Batu Pahat, Segamat dan Kluang.

Bagi menambah baik pengurusan PPR, Ketua Audit Negara mengesyorkan agar Pejabat SUK Perumahan membuat pemeriksaan terperinci semasa proses pengambilalihan sesuatu projek PPR daripada pemaju bagi memastikan projek siap dengan sempurna, berkeadaan baik dan selamat diduduki.

Pejabat SUK Perumahan juga harus menyegerakan kerja membaik pulih PPR Kempas Permai serta Rumah Pangsa Setia Indah bagi mendapatkan Sijil Layak Menduduki (CFO).

Laporan itu juga mengesyorkan kerajaan negeri menyediakan skim bayaran secara ansuran untuk mengutip tunggakan sewa bagi meringankan beban penyewa serta menjejaki bekas penyewa bagi menuntut sewa tertunggak.

Kerajaan negeri juga harus mengambil tindakan tegas terhadap syarikat swasta yang terbabit bagi memastikan mereka mematuhi perjanjian selain menuntut semula bayaran tertunggak.

Turut ditegur ialah pengurusan taman permainan kanak-kanak dan gelanggang permainan di bawah Majlis Perbandaran Johor Baharu Tengah (MPJBT) dan Majlis Perbandaran Muar (MPM) yang kurang memuaskan.

Antara masalah yang dikesan ialah tidak diselenggara dengan sempurna selain ada kawasan taman permainan diceroboh dengan aktiviti penanaman sayur oleh penduduk serta menjadi tempat pembuangan dan pembakaran sampah.

________________
Pustaka; bm.therakyatpost.com
 Editor by Romy Mahakam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s