Laporan Audit 2013:Elaun OT diKlinik-1M RM1.39j

Selasa 7 Jamadilakhir 1435 / 8 April 2014

FortunaMedia.com |LaporanAudit 2013: Elaun lebih masa RM1.39j sebab kurang penjawat tetap di Klinik-1Malaysia.

Kuala Lumpur, Kekurangan penjawat tetap di Klinik 1Malaysia (K1M) mengakibatkan bayaran elaun lebih masa berjumlah RM1.39 juta dicatatkan untuk tempoh 2011 hingga 2013.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013, perkara itu berpunca daripada kakitangan yang “dipinjam” daripada Klinik Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Negeri.

Laporan itu turut menyebut 19 daripada 25 buah klinik tidak menyediakan laporan dan tempoh masa menunggu bagi pesakit tidak dapat ditentukan.

Malah, terdapat K1M yang usang terletak di kawasan penduduk kurang padat tanpa akses pengangkutan awam.

Perjanjian sewaan juga mengalami kelewatan selama 12 hingga 26 bulan bagi lima premis K1M di Sarawak walaupun klinik itu telah beroperasi dan sewa telah dibayar.

Laporan itu juga menyebut perjanjian sewaan bagi K1M di Gadek, Melaka yang telah ditandatangani oleh Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan) walaupun jawatan timbalan tidak dibenarkan oleh Menteri Kesihatan.

Pemantauan K1M oleh pasukan audit teknikal juga tidak dijalankan seperti yang dijadualkan.

Namun begitu, laporan itu memuji pengurusan keseluruhan K1M dan berkata ia adalah “baik”.

Laporan itu turut mengemukakan cadangan bagi mengatasi isu yang dibangkitkan seperti permohonan segera bagi jawatan tetap di K1M, mempercepatkan perjanjian sewa dan memastikan pemantauan K1M berkesan oleh pasukan audit teknikal.

K1M menawarkan rawatan penyakit dengan menggunakan ujian makmal yang mudah dan menstabilkan pesakit sebelum dirujuk ke hospital berdekatan.

______________
Written by Rajina Dhillion
Shared by Romy Mahakam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s