Audit 2013:Harga ikan dalam kontrak tidak munasabah


(Jabatan Audit Negara berpendapat harga bahan makanan basah seperti ikan dalam senarai kontrak di beberapa hospital adalah tidak munasabah kerana lebih tinggi antara 34.4 peratus hingga 100 peratus berbanding harga pasaran)

Selasa 7 Jamadilakhir 1435 / 8 April 2014

FortunaMedia.com |Audit 2013: Harga ikan dalam kontrak dibeberapa hospital tidak munasabah

Kuala Lumpur, Jabatan Audit Negara berpendapat harga bahan makanan basah seperti ikan dalam senarai kontrak di beberapa hospital adalah tidak munasabah kerana lebih tinggi antara 34.4 peratus hingga 100 peratus berbanding harga pasaran

Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013, siri 1 dibentangkan di Dewan Rakyat di sini hari ini, keadaan itu menyebabkan kerajaan tidak mendapat ‘nilai untuk wang’ kerana terpaksa membayar harga lebih tingi berbanding pasaran.

Turut dilampirkan perbandingan senarai harga iaitu harga bagi sekilogram ikan siakap untuk kontrak baharu 2012-2014 di Hospital Sultanah Aminah, Johor adalah RM21 berbanding harga pasaran RM14.50 manakala sekilogram sotong bernilai RM16 (pasaran RM9.50).

Semakan di Hospital Kuala Lumpur mendapati harga sekilogram ikan bawal berdasarkan kontrak adalah RM21.50 (pasaran RM16), ikan kerapu RM19.50 (pasaran RM12), ikan nyior RM18 (pasaran RM10) dan ikan keli RM11 (pasaran RM5.50).

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disyorkan merancang perolehan dengan teliti serta memantau harga bahan makanan berbanding harga pasaran supaya kerajaan mendapat ‘nilai terbaik untuk wang’ terhadap setiap perolehan.

KKM menerusi maklum balas yang disertakan dalam laporan audit itu, menjelaskan harga ikan dinyatakan dalam kontrak dua hospital itu telah mengambil kira kos pengangkutan dan kenaikan harga ikan di pasaran.

Selain itu, tinjauan kajian kepuasan pelanggan melibatkan 200 responden mendapati 86 responden (43 peratus) berpendapat menu disediakan tidak dipelbagaikan pada setiap waktu hidangan, dan antara komen diberikan adalah jenis ikan yang sama dan masakan tidak dipelbagaikan.

Kementerian bagaimanapun menjelaskan bahawa jenis ikan yang dihidangkan dalam setiap menu adalah tidak penting kerana mempunyai kandungan makro nutrien hampir sama.

KKM juga bersetuju dengan pendapat laporan audit supaya proses uji rasa makanan perlu dilaksanakan bagi menentukan mutu makanan.

Laporan sama juga mendapati antara kelemahan yang perlu diperbaiki KKM adalah pengurusan aset yang tidak teratur ekoran terdapat aset bernilai RM0.13 juta tidak digunakan.

Antaranya ialah ‘alat pemerah santan kelapa’, ‘pengisar daging elektrik’, ‘pemotong ayam’, ‘pengisar cilir’ dan ‘cerek 23L’ di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Kedah; ‘alat pemprosesan sayuran’ di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan lapan unit ‘alat pemanas pinggan’ di Hospital Umum Kuching (HUK), Sarawak.

KKM dalam maklum balas 18 Dis 2013 dan 14 Feb lalu menyatakan HSAH telah menawarkan peralatan yang tidak digunakan kepada hospital lain yang berminat pada 26 Nov lalu, manakala HUK membuat permohonan pelupusan bagi sembilan unit ‘alat pemanas pinggan’ yang tidak digunakan pada 18 Nov lalu sementara HKL mula menggunakan peralatan itu bermula Oktober 2013.

___________________

Resource ; therakyatpost.com
Shared by Romy Mahakam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s