From Selat Tebrau to Iskandar Malaysia “Hanya tanah kubur dan angin sahaja yang tidak dijual lagi”


         “Harga Hartanah Rumah Johor Naik 40% (Purata) Sejak 2006. 80% Aset di Iskandar Malaysia Milik Orang Asing

 

Sabtu 4 Jamadilakhir 1435 / 5 April 2014.

 

 

FortunaMedia.com |From Selat Tebrau to Iskandar Malaysia “Hanya tanah kubur dan angin sahaja yang tidak dijual lagi”

Sebelum ini, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) pernah mencetus kontroversi yang apabila mengatakan rakyat Johor lebih miskin daripada rakyat Kelantan (DI SINI).

 

Semuanya disebabkan masalah pemilikan hartanah dikalangan rakyat di Johor terutamanya membabitkan kawasan di sekitar Wilayah Pembangunan Iskandar dan Wilayah Ekonomi Johor Selatan. Itu dahulu…..

 

Sekarang ia telah dikenali dengan Iskandar Malaysia : 

  1. meliputi 2217 km persegi
  2. tiga kali lebih besar daripada Singapura dan dua kali saiz HongKong


Hartanah Iskandar Malaysia Johor : Pemaju, Pemain Hartanah VS Rakyat Johor!

Dan yang menarik perhatian kita apabila melihatkan kenyataan terbaru daripada KGV International Property Consultant mengenai perkembangan terbaru hartanah di Iskandar Malaysia.
  • Harga hartanah rumah di Iskandar Malaysia Johor telah meningkat sebanyak 40 peratus setiap tahun (secara purata) sejak tahun 2006.
  • Trend kenaikan hartanah (harga rumah) bermula pada tahun 2009 lagi
  • Lonjakan mendadak pula ibarat “pelancaran roket Soyuz ke angkasa” melibatkan nilai hartanah di Iskandar Malaysia Johor telah berlaku sejak tahun 2011
  • Harga pangsapuri mewah telah mula berjaya memecahkan harga siling pada RM500 sekaki persegi dan naik ke RM700 setiap kaki persegi
  • Hakikatnya, setakat ini 80% aset di Iskandar Malaysia adalah kepunyaan warga Asing 

 

 

Pastinya berita kenaikan harga hartanah kediaman di Johor menjadi satu kemanisan di halwa telinga kalangan pemaju & pemain hartanah. Tetapi tidak kepada rakyat Johor yang masih tercari-cari kediaman & memiliki hartanah sendiri di sekitar Iskandar Malaysia, Johor.

 

Sejatinya, “tahniah” kami ucapkan kepada rakyat Singapura kerana berjaya memiliki hartanah di negeri Johor. Jikalau di Singapura ada masalah kekurangan tanah sehingga menyebabkan kerajaan Singapura bertegas sehingga menyebabkan pemilikan hartanah di sana diperketatkan. Tetapi itu bukan masalah besar kepada rakyat Singapura dek kerana ada alternatif selain daripada itu.

Terima kasih juga kepada kerajaan Malaysia & Johor yang berbesar hati membuka ruang dan peluang untuk mereka beli rumah dan melabur pasaran hartanah di Johor. Dengan kelebihan….
  1. Gaji mereka 4x dan 5 kali lebih tinggi daripada pendapatan rakyat Malaysia
  2. Ditambah dengan bantuan pertukaran mata wang asing yang dua kali ganda setengah lebih daripada matawang Malaysia

Pelaburan Hartanah di Iskandar Malaysia Johor VS Thailand?

Bukanlah satu masalah besar untuk rakyat Singapore melabur di Iskandar Malaysia, Johor.
Kalau di Malaysia expatariat dilihat mudah untuk memiliki hartanah di Malaysia termasuklah di Iskandar Malaysia Johor tetapi TIDAK di Thailand walaupun expatariat juga agak ramai di Thailand. bezanya di sini, kerajaan Thailand :
  1. cuma benarkan expatariat sewa atau beli kondominimum sahaja.
  2. Jikalau rumah, memang expatariat tidak dibenarkan beli.
  3. kecuali expatariat itu kahwin dengan orang Thailand
  4. Tetapi nama rumah / tanah mesti atas nama orang Thailand sahaja yang dibenarkan

 

 

Malaysia My Second Home

Malaysia? Ohhh Malaysiana !?Kerajaan berbesar hati untuk tawarkan MM2H (Malaysia My Second Home) (KLIK SINI BUTIRANNYA) kepada orang asing. Itu sebablah ramai berebut untuk mengambil kemudahan pakej MM2H ini, walaupun hakikatnya ia gunakan rumah tersebut sebagai kediaman hujung minggu sahaja.

 

Lokasi rumah di Horizon Hills, East Ledang, Leisure Farm Resort, Medini menjadi “lokasi permainan” orang Singapore melabur di Iskandar Malaysia. Pembelian 3, 4 buah rumah sekaligus perkara biasa. Realitinya projek-projek di Nusajaya sasaran pasarannya adalah melibatkan rakyat Singapore. 

Perbedaan Indonesia dengan Malaysia menjaga tanah pusaka leluhurnya,!

Kalau di Indonesia,sejatinya rasuah sudah meng-akar umbi dan keluasan wilayahnya yang jutaan kilometer.
Namun soal menjaga dan mewarisi tanah-pusaka nenek moyang mereka tidak sewenang-wenangnya menjual atau memberi hak milik kepada warga asing

Expatariat dan warga asing hanya layak untuk mengguna pakai hartanah di Indonesia selama tempoh 30 tahun sahaja. Tiada hak milki kekal (freehold). Kalau mahu sambung semula andaikata dapat, boleh pohon lagi 25 tahun. Tidak mudah. Inilah “layanan” negara Indonesia kepada warga asing.

 

Disebabkan ketatnya undang2 hartanah Indonesia,itulah sebabnya warga Singapore angkat kaki dan ‘gulung tikar’ di Pulau Batam-Riau  Di era Suharto tahun 80an mereka berambisi akan dapat menakluki Batam-seperti yang mereka lakukan di Johor kini.

Dibandingkan di Vietnam pula?  Warga asing langsung tidak diberikan peluang untuk memilki hartanah, hanya dibenarkan sewa sahaja.

Bagaimana pula di Malaysia? Warga asing dapat memiliki kereta yang jauh lebih murah daripada rakyat sendiri dan memiliki hartanah dengan kekayaan yang dimilki mereka serta kelebihan pertukaran mata wang asing.

 

 

Setelah beberapa lama gelombang hartanah yang semakin membimbangkan rakyat Johor sendiri,Tiba2 ada inisiatif doraemon oleh MentriBesar Johor Baru ini:

Kerajaan Johor Kenakan Kadar Cukai Hartanah Baharu?

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor akan mengenakan kadar cukai baharu yang lebih tinggi kepada kira-kira 130,000 pegangan asing yang memiliki hartanah di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.Beliau berkata kadar cukai baharu yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat itu berbeza dengan kadar yang dikenakan kepada penduduk tempatan.

Mungkin Menteri Besar Johor ni terpengaruh kartun Doraemon atau Pinnochio ?Hahahaaa ..maaf bos! Sekadar hanya mampu  menaikkan cukai pintu? Terus-terang kita katakan selamba sahaja orang Singapura membayarnya. Adakah cadangan seperti ini yang mampu lontarkan setakat ini? Tiada lagikah cadangan yang lebih agresif daripada ini?

 

Tidak mustahil, tidak lama  lagi Johor Baru bakal menjadi tempat tinggal dan kediaman untuk rakyat Singapura. Trend sekarang, orang Singapura tinggal di Johor Bahru, rumah mereka di Singapura disewakan kepada expartariat.

Akhirnya, apa yang berlaku sekarang harga rumah di Johor Bahru melambung-lambung tinggi disebabkan permintaan daripada kelompok mereka ini. Natijahnya, warga Malaysia terutamanya orang Melayu Johor tidak mampu beli hartanah di sana sebaliknya sedikit demi sedikit Johor Baru bakal jadi tempat tinggal warga Singapura.

  Seterusnya  Bernama  melaporkan :

“Sudah tiba masanya kerajaan negeri memberi perhatian kepada pegangan asing di negeri ini kerana rakyat kita di negara luar juga dikenakan kadar cukai yang berbeza. Jadi saya rasa untuk permulaannya kita kenakan kadar berbeza bagi cukai harta,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Zon Permas, di sini hari ini.

Mohamed Khaled yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Permas berkata, beliau yakin rakyat Johor akan bersetuju dengan keputusan tersebut kerana ia akan memberi keuntungan kepada mereka manakala warga asing pula perlu belajar bersyukur kerana memiliki harta di negeri ini. – Bernama

Hakikatnya rumah-rumah di Johor amat murah bagi orang Singapura. Pemandu teksi di Singapura pun boleh milki hartanah bernilai RM400,000 di Johor Bahru.

Mengambil kira faktor :

– Pendapatan perkapita rakyat Singapura lebih 4 kali ganda berbanding rakyat Malaysia sendiri umumnya dan rakyat Johor amnya
– Keduanya, adalah disebabkan kadar tukaran matawang Singapura agak tinggi sekitar 2 kali lebih berbanding Malaysia
– Dan akhirnya, undang-undang pemilikan hartanah di Malaysia kepada warga asing masih lagi lemah dan longgar

 

Kita menyeru Wahai,!  para Pemimpin,Politikus,Penguasa kerajaan tempatan , Kapitalis hartanah borjouis yang berada di barisan hadapan dan juga kalangan yang berkepentingan dan berpengaruh yang berselindung di belakang mereka ini, Sadarlah jangan biarkan bangsa sendiri merempat dek kerana sibuk mengejar pembangunan dan keuntungan yang maksima semata.

 

Jangan hanya pandai berdegar-degar di kaca televisyen dan di media arus perdana ,kononnya mahu memperjuangkan bangsa Melayu amnya dan rakyat Malaysia umumnya tetapi hakikatnya di belakang, bersama-sama menyokong membina rumah mahal dan menjual serta menggadai kepada warga asing.

Baru-baru antara rakan wartawan kami ada pergi ke pejabat jualan pemaju yang terkenal di sana. Dipenuhi dengan warga Singapura sahaja.

 

Yang dibimbangkan pada masa akan datang, jika tak ditangani dengan mekanisme yang lebih baik Johor pasti akan jadi seperti Palestin saja suatu hari nanti. Tidak mustahil.!

Dahulunya…[contoh mudah] asalnya tanah Palestin luas, orang-orang kaya Yahudi membeli sedikit demi sedikit tanah dari orang Palestin akhirnya bila Yahudi kuat, mereka merampas begitu sahaja baki tanah Palestin yang tinggal.

Kebanyakan rumah di Johor berharga RM400,000 ke atas yang mana mampu dibeli oleh golongan gaji lebih daripada RM7,000 sebulan sahaja. Jadi kepada Menteri Besar Johor, tolong bagi statistik berapa ramai rakyat di Johor terutamanya Melayu yang bergaji sedemikian rupa?

 

1.Sepatutnya warga asing tidak boleh beli hartanah freehold
2.Pajakan hanya tempoh yang singkat sahaja
3.Nilai hartanah yang boleh dibeli warga asing hanyalah pada kadar jutaan ringgit sahaja
4.Dan dikenakan RPGT berkali ganda berbanding rakyat tempatan

Sekarang ini terdapat projek komersial dan perumahan yang bertaraf antarabangsa di sekitar Danga Bay.

Pelan asal yang diluluskan dicadangkan di masjid dibina di tengah-tengah kawasan komersial berkelas mewah ala-ala Masjid Kotaraya.

Tetapi akhirnya, ada suara-suara yang berpengaruh meminta mengeluarkan pelan pembinaan masjid tersebut dengan alasan kawasan tersebut disasarkan untuk warga Singapura yang boleh menyebabkan jalan sesak ketika Hari Jumaat terutamanya.

Inilah satu insiden yang menunjukkan di sini pelabur Singapura cukup dihormati di Malaysia.

Jenaka konyol  yang paling populer di Johor selama ini apa dia?

‘Hanya tanah kubur dan angin sahaja yang tidak dijual lagi,!


Belum masuk lagi bab kisah jual beli pasir kepada Singapura sehingga kelihatan Selat Tebrau semakin lama semakin sempit. Bagaimana boleh jadi begini? Apakah Johor Baru Malaysia ini diperintah oleh komunis? Cina? Yahudi? Warga asing?

Tanggapi artikel ini tanpa prejudis,!

_____________________
Sumber;
pelbagai info.
Shared and Editor by Wilhelmina

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s