“GST dah mai..!”

Isnin 29 Jamadilawal 1435 / 31 Mac 2014.

FortunaMedia.com|“GST dah mai..!”

KUALA LUMPUR, Baru semalam Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan hasrat untuk membeli peralatan ketenteraan baru, pagi ini pula Ahli Parlimen dikejutkan dengan kemunculan rang undang-undang cukai barang dan perkhidmatan (GST) di atas meja mereka

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong yang berkongsi gambar rang undang-undang itu di laman sosial Facebooknya menyifatkan itu perkara yang sudah lama dinanti-nantikan Barisan Nasional (BN).

“GST sudah mai!” tulisnya di Facebook dengan loghat utara.

Steven turut menerangkan bahawa beliau akan membantah rang undang-undang itu kecuali jika Kerajaan Persekutuan menepati lima syarat:

a) Gaji minima dilaksanakan dengan jayanya di seluruh negara.

b) Sekurang-kurangnya 50% tenaga kerja membayar cukai pendapatan dan 50% syarikat membayar cukai korporat.

c) Mengurangkan nisbah perbelanjaan mengurus kepada perbelanjaan membangun menjadi 60:40 berbanding kadar nisbah semasa 80:20 melalui peningkatan kecekapan.

d) Mengembalikan ketirisan RM28 bilion setahun seperti yang dilaporkan Ketua Audit Negara.

e) Kutipan GST wajar dikongsi dengan kerajaan negeri secara 50-50 berdasarkan sumbangan negeri melalui proses statutori.

GST dijangka akan dilaksanakan mulai 1 April 2015. Kerajaan setakat ini memperuntukkan RM17 juta untuk tujuan publisiti cukai baru terbabit sahaja.

Ini diikuti RM98 juta bagi sistem perkomputeran GST yang dibangunkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, selain RM150 juta penyediaan perisian perakaunan bersubsidi kepada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS), serta geran latihan kepada peniaga yang diuruskan Kementerian Kewangan pula membabitkan kos RM100 juta.

Rang undang-undang yang dibentangkan kerajaan hari ini tidak pula menyebut kadar cukai baru itu, tetapi hanya menyatakan bahawa Menteri Kewangan boleh menetap dan mengubah kadar cukai terhadap barangan dan perkhidmatan.

______________________
Sumber; Roketkini.com
Shared by Wilhelmina

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s