#PrayForMH370:Punca sebenar keluarga Kapten Zaharie bersembunyi

Mila-AF5 dan Pilot Zaharie Ahmad Shah.


Isnin 22 Jamadilawal 1435 / 24 Mac 2014



FortunaMedia.com|#PrayForMH370:Punca sebenar keluarga Kapten Zaharie bersembunyi

Keluarga Kapten Zaharie Ahmad Shah bertindak mencari perlindungan tempat berlindung, luar dari kawasan rumah mereka dalam usaha untuk keluar dari ribut spekulasi yang melanda juruterbang itu.

(Kapten Zaharie Ahmad Shah bersama cucunya)

“Keluarga Zaharie lebih suka mengelak daripada spekulasi daripada bercakap. Kini, mereka tahu siapa kawan sebenar mereka.”

Menurut rakannya, keputusan isteri dan anak-anak Zaharie untuk bersembunyi adalah satu cara untuk mengelak daripada diburu oleh media, seperti apa yang berlaku kepada keluarga pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid di mana stesen TV tempatan telah berkumpul di hadapan rumahnya.

“Pada saat-saat membimbangkan seperti ini, ahli keluarga mahu berkumpul untuk sokongan emosi, bukan menangkis soalan daripada media.”

Kecuali satu temu bual awal dengan cucu saudara lelaki beliau di Youtube yang memberikan satu penghormatan untuk juruterbang itu dan curahan sokongan dalam talian untuk anak perempuannya Aisyah, tiada sebarang kenyataan dibuat selain itu.

Katanya, keluarga itu sangat memberikan kerjasama terhadap permintaan yang dibuat oleh pihak berkuasa, kerana mereka tidak mempunyai apa-apa yang hendak disembunyikan.

Walaupun sesetengah saudara-maranya merasakan keluarga Zaharie harus tampil secara terbuka untuk menjelaskan spekulasi yang menggambarkan beliau sebagai seorang aktivis politik, mereka tahu mereka perlu menghormati keinginan mereka yang mahukan privasi, katanya.

Saudara-mara beliau juga menegaskan bahawa Zaharie bukan seorang ekstremis, tidak seperti apa yang dikatakan oleh media mengenai beliau.

Tiada satu pun spekulasi yang dapat meyakinkan mereka bahawa beliau mungkin telah melakukan sesuatu yang menyebabkan kehilangan MH370.

Beliau juga kerap menghubungi Aisyah yang telah menamatkan pengajiannya dalam bidang seni bina di Melbourne, Australia.

Anak perempuannya itu telah memberitahu seorang rakannya di Australia sebelum kembali ke Kuala Lumpur bahawa semua spekulasi itu seolah-olah membunuh keluarganya.

Aisyah telah mengambil cuti untuk bersama dengan keluarga yang tinggal di lokasi yang berbeza dari rumah mereka di Shah Alam.

Bagi ahli keluarga Fariq, mereka tidak mahu ditemubual sehingga pesawat itu dijumpai. – mStar

____________

Editor by Wilhelmina

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s