Analisis PKR Kajang:Apa lagi Cina mau?


-Wajah-wajah keriangan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kemenangan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di PRK Kajang-

 

Isnin 22 Jamadilawal 1435 / 24 Mac 2014

 

FortunaMedia.com |Analisis Sekilas PKR Kajang:Apa lagi Cina mau?MCA kalah Umno bagai cacing kepanasan!

KAJANG 23 MAC: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kejayaannya mengekalkan kerusi DUN N25 Kajang bukti keberkesanan strategi ‘Langkah Kajang’ dan sokongan pengundi muda.

 

Menurutnya, kemenangannya hari ini “lebih manis” kerana majoriti disumbangkan oleh pengundi muda daripada saluran 5, 6 dan 7.
“Sudah tentu ia (Langkah Kajang) berkesan kerana kita lihat pengundi muda telah memberikan kita keyakinan yang menjadikan ‘Langkah Kajang’ berjaya. Saya bersyukur kerana kemenangan ini begitu manis sekali,” kata Wan Azizah pada sidang media di pusat pengiraan undi, malam ini.

 

Wan Azizah juga berkata, jenteranya mendapati sokongan meningkat di kalangan pengundi muda Melayu, yang menurutnya menunjukkan trend positif.
Faktor itu juga menyumbang kepada kemenangan KEADILAN di peti undi Sungai Sekamat dan Taman Delima yang sebelum ini merupakan kubu kuat Umno, katanya.

Tanggapan media pro-BN
———————————–

 

Apa yang kita nampak dengan kekalahan calon MCA di PRK ini ,pihak Umno/BN langsung tidak menunjukkan rasa sporting demokrasi yang ‘mereka’ laungkan selama ini ,dimana tiada langsung disiarkan kemenangan calon dari Pakatan rakyat ini di stesyen TV-pro kerajaan/swasta-hanya ada tulisan kecil yang bergerak laju dibagian bawah skrin TV tersebut [1]

 

Dan lagi  yang menarik perhatian saya sewaktu siaran berita waktu perdana-pukul 8.00 malam.sebelum keputusan undian pilihanraya kecil ini.tentang wajah sugul ketua pengarah SPR yang mengumumkan  peratus keluar mengundi rendah, iaitu 72% atau kira-kira 28,314 yang keluar mengundi berbanding dengan pilihan raya umum lalu sebanyak 88.4% atau 38,680 pengundi.

Beliau nampak sangat diwajahnya suatu kegelisahan.waktu itu saya sudah menduga-duga apakah calon BN akan kalah lagi?

Namun walau bagaimanapun sesuatu yang menggembirakan PKR peratus undi diraih PKR berdasarkan jumlah keluar mengundi meningkat sebanyak 61% berbanding 58% yakni sebanyak 3%.

Dan sebab berkurangnya pengundi di PRK Kajang ini keluar mengundi ini,bagi kita  boleh ditamsilkan kepada tanggapan dari pelbagai sudut.

Dari sisi positifnya berkemungkinan para pengundi ‘atas pagar’ yang umumnya tinggal dan menetap di Kajang ini adalah penduduk yang berasal dari negeri-negeri seperti Negeri Sembilan atau negeri dari Utara-Timur atau juga dari selatan yaitu Negeri Johor telah berangkat pulang kampung sebelum PRK ini sempena cuti sekolah yang bermula Isnin -24/3 ini.
Dan perlu diketahui  terdapat 40% pengundi atas pagar di DUN Kajang ini.

Dan dari analisis ringkas ini saya juga beranggapan lain ,mungkin ada pengundi berprasangka positif dan berkeyakinan tinggi yang  membuat mereka tidak merasa perlu untuk ikut mengundi kerana sudah mengira Wan Azizah pasti akan menang.

Bagi orang Melayu yang tegar dengan Umno mungkin tidak selera untuk berpilihan raya apabila BN meletakkan calon dari MCA. Ada permintaan dan desakan agar Umno diberi peluang meletak calonnya. Bagi memberi mesej kepada MCA bahawa kerusi itu sesekali harus diberikan kepada mereka, maka itu mereka bertindak tidak keluar mengundi untuk mengajar MCA. sepeti kenyataan tokoh umno dibawah ini:[2]

 

Sebagai kesimpulan untuk analisis saya yang serba ringkas dan segera ini, kemenangan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjelaskan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat masih kekal dan begitu memberangkan sekali . malahan ada peningkatan dari kalangan pengundi Melayu. Sementara orang Cina pula tidak melihat perubahan pucuk pimpinan dalam MCA boleh membawa sesuatu pembaharuan buat mereka. Hasrat Wan Azizah untuk berihat dalam politik tampaknya bersambung semula dengan kemenangan[3]

 

Dan akhirul kalam sebagai penutup,saya secara pribadi mengucapkan jutaan terimakasih atas sokongan “pengundi-pengundi muda” dari kalangan masyarakat melayu keturunan melayu Minangkabau dan melayu Mandailing yang selama ini generasi pendahulu  sangat terkenal sokongannya tanpa berbelahbagi pada umno/bn.

Perubahan lanskap politik di PRK Kajang ini semoga membawa kebaikan dan limpahan rahmat dari Allah SWT kepada negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya.InsyaAllah.

______________________
Pustaka;
[1] ibid
[2] manjongmari.blogspot.com
[3] msomelayu.blogspot.com
dan pelbagai sumber.

Written and Editor  by Wilhelmina

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s