#PRK Kajang;Kredibiliti calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun terus tercalar


Lam Yoke Saw, seorang ibu yang empat anaknya terpaksa belajar di sekolah dalam Kabin-sbb sekolah anaknya SJKC Damansara dipaksa tutup dan dipindah ke Tropicana.

Selasa 16 Jamadilawal 1435/18 Mac 2014

FortunaMedia.com |#PRK Kajang;Kredibiliti calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun  terus tercalar

PERCAYAKAH atau ingatkah  Anda ada sebuah sekolah yang pelajarnya belajar didalam kabin selama lapan tahun (bukan lapan hari atau lapan bulan).?

Mungkin ada yang mengingati dan mungkin saja sudah lupa,!

Peristiwa ini berlaku kerana “korban kemajuan” sekitar pada tahun 2001,sebuah sekolah Cina di daerah Damansara, yaitu SJKC Damansara Petaling Jaya  yang dipindah ke Tropicana juga di Petaling Jaya berdekatan Kuala Lumpur  sebelum ia dibuka semula pada 2009 dengan nama SKJC Chung Hwa-dengan perjuangan amat getir dan penuh kontroversi.

Penutupan secara paksa ini dilakukan semasa Parti MCA/BN  berkuasa di Selangor dan wakil rakyat nya waktu era itu  adalah Datin Paduka Chew Mei Fun yang tanpa rasa malu dan bersalah terhadap kominity Cina Petaling Jaya Utara-Selangor kini bertanding pula atas tiket MCA/BN di PRK Kajang.

Penutupan sekolah jenis kebangsaan Cina itu.kerana dikawasan tersebut akan dibangun kondominium mewah,Namun perjuangan komuniti Cina khususnya ibubapa dan penjaga pelajar disekolah untuk membuka kembali sekolah it tersebut berjaya dengan tumbangnya BN di Selangor khususnya Parti MCA maka isu sekolah dapat diselesaikan melalui Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor kini.

Saya tidak akan maafkan Mei Fun – ibu pelajar

Kredibiliti calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun nampaknya terus tercalar dengan isu kegagalan beliau mempertahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Damansara ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

Lam Yoke Saw, seorang ibu yang empat anaknya belajar di sekolah itu meluahkan, beliau sangat kecewa dengan Mei Fun yang juga Naib Presiden MCA itu.

Beliau yang hadir pada sidang media PKR bersama seorang anaknya hari ini di Kajang berkata, Chew Mei Fun hanya pandai bercakap tetapi tidak boleh membela masyarakat.

“Saya pengundi dia dahulu. Ketika itu saya cuba nak jumpa dia nak bincang, tapi dia lari.
“Saya sangat kecewa. Orang Cina memang tidak dapat maafkan dia,” kata beliau.


Biarpun dikunci, mereka tetap bertahan dengan belajar dalam kabin yang ditempatkan di sebuah kuil berdekatan.

“Lapan tahun anak-anak kami belajar di kabin.
“Bukan sahaja tidak mempertahankan sekolah asal itu, tapi dia (Mei Fun) langsung tidak peduli, tak datang tengok kami,” katanya.

Lebih mengecewakan kata beliau, perpindahan dibuat tanpa mendengar pandangan penduduk Kampung Baharu Seri Damansara.

“Saya harap penduduk Kajang boleh buka mata terang-terang. Pilih calon betul-betul boleh harap bukan yang pandai cakap sahaja,” kata beliau.

Isu penutupan SJKC Damansara yang dipindah ke Tropicana berlaku pada tahun 2001 sebelum ia dibuka semula pada 2009 dengan nama SKJC Chung Hwa.
Pada waktu itu kerajaan pusat ingin mengambil tanah di tapak sekolah tersebut bagi pembinaan kondomium mewah.
Bagaimanapun, ia dibantah penduduk dan NGO di kawasan tersebut yang mahu sekolah itu dikekalkan

Turut hadir pada sidang media tersebut, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian, Penasihat SJKC Damansara asal iaitu Bock Kei Hee dan bekas Adun Kajang Cikgu Lee Kim Sin.

____________________________
Written and Editor by Wilhelmina

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s