#Babi Jumbo dikendarai Petani Cina kemana-mana


Lelaki China ini telah mengendarai babi selama 30 tahun. dailymail.co.uk ©2014 Merdeka.com

Ahad 14 Jamadilawal 1435/16 Mac 2014
Written by Wilhelmina

FortunaMedia.com |#Babi Jumbo dikendarai Petani Cina kemana-mana

Salam Sahabat- Petang ini ingin beralih mood sedikit dengan memposting artikel yang berlainan dari mood #MH370-kerana lebih seminggu  blog ini  dipenuhi dengan cerita misteri #MH370 saja- Tentu membosankan pembaca setia blog ini,semoga tidak ya..?!
Sejatinya  tujuan asal saya menulis entry itu sekadar termampu untuk membantu pihak berkuasa atau hanya mungkin sekadar share info berita semasa gitu..
 
Kembali ke laptop-(maaf Indri Lidiawati  tag mu saya bajak ^_^)

Sebahagian orang mungkin mendengar kalimat ‘babi’ saja sudah merupakan suatu yang menggelikan,jijik dan sebagainya apatah lagi bertembung dengan binatang ini samada kebetulan berada diatas kenderaan yang membawa kedestinasinya.

Memang diakui pihak yang menekuni bisnis “binatang” ini samada secara hidup- seperti  dipamerkan di kedai-restoran, kurang mengambil perhatian akan ‘bau kurang  nyaman’ binatang ini  terkadang menebar aroma busuk menyengat hidung.

Saya beberapa kali pergi kekawasan Cina Town- Jalan Petaling Kuala Lumpur kerana sesuatu  urusan, terpaksa ‘menghidu asap” dari aroma yang kurang menyenangkan dikawasan tersebut kerana ramainya para peniaga Cina  yang menjual “daging salai-bakar babi” secara terbuka  dengan sistem membakar secara tradisi lama hingga asap akibat pembakaran itu boleh terhidu dari jarak beberapa puluh meter

Ironinya kawasan jalan Petaling adalah pusat tumpuan pelancong asing dari pelbagai negara bahkan dari negara -negara yang pelancongnya beragama Islam.

Perlu kita ambil perhatian dan menyeru  pihak berkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur-DBKL  dan Kementrian Pelancongan Malaysia sempena #Tahun Melawat Malaysia 2014″ agar memberi peringatan kepada para peniaga “daging salai-bakar babi” ini bahwa bukan semua non muslim meng-konsumsi daging binatang ini..

Sewajarnya pihak berkuasa yang bertanggungjawab perihal ini untuk mengingatkan para peniaga Cina ini agar memindahkan pembakaran “daging salai babi’ kekawasan dalam atau dapur kedai/restoran.

Dan penulis juga melihat aktiviti pembakaran “daging salai babi” secara terbuka-depan kedai/restoran juga berlaku di jalan Raja Laut-Chowkit Road serta beberapa kawasan perniagaan cina di Bukit Bintang  Kuala lumpur

Kembali ke laptop.

Namun dibalik cerita saya diatas ada sesuatu cerita yang menimbulkan idea cerita “saging salai babi’ itu tentang kisah  seorang petani tua di China mengendarai “babi kelas jumbo” saat pergi jalan-jalan atau ke pekan. Cara ini ditempuh sebab petani tua ini mengalami “sakit kaki’ ketika melangkah dan tak diberitahu secara detail penyakit petani tersebut   dan dia sudah melakukan( mengenderai) babi  ini selama tiga dekad.

Akhbar Daily Mail melaporkan, Ahad (16/3), lelaki 68 tahun tidak disebutkan namanya itu mengendarai babinya seberat 250 kilogram.

 

Bangsa China terkenal sekali pengkonsumsi babi paling besar sejagat. Hampir 480 juta orang makan haiwan ini. Bahkan syarikat  Amerika Syarikat tertarik  menceburi pengolahan kusus  daging babi sampai membeli syarikat  China hingga berbilion dolar $USD.

Saban hari babi itu mengantar sang petani tua- pemiliknya dengan berbekal dedaun salad  di tempatkan di depan wajahnya. Meski berjalan perlahan namun pasti dan tentunya ‘kendaraan’ ini sangat ramah lingkungan (?)
Sumber:
merdeka.com/dunia/ibid

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s