#PrayForMH370;Pentagon ada”petunjuk” pesawat ada di Lautan Hindi


#Flight MH370: possibly further than expected/Image by engtechmag.wordpress.com

Jum’at 12 Jamadilawal 1435 / 14 Mac 2014
Editor by Wilhelmina

FortunaMedia.com|#PrayForMH370;Pentagon ada”petunjuk” pesawat ada di Lautan Hindi

KUALA LUMPUR: Pegawai Amerika Syarikat mendedahkan ada “petunjuk” pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac lalu mungkin terhempas di Lautan Hindi dan sedang menggerakkan kapal USS Kidd ke kawasan untuk mencarinya, lapor stesen televisyen ABC News.

Pegawai kanan Pentagon itu memberitahu ABC News, pihaknya memerlukan masa 24 jam untuk menggerakkan kapalnya ke kawasan itu.

“Kami ada petunjuk pesawat itu terhempas di Lautan Hindi,” kata pegawai kanan berkenaan.

Jelas pegawai itu, mereka ada petunjuk pesawat itu terbang empat atau lima jam selepas hilang daripada radar dan mereka percaya ia terhempas ke dalam laut.

Amerika Syarikat mempunyai pangkalan tentera di Diego Garcia yang terletak di Lautan Hindi.

                                                      #Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain


Mantan  juruterbang berpengalaman Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain sebelum ini berkata Lautan Hindi adalah kawasan laut yang paling bergelora kerana kawasan perairannya yang luas dan tidak dihimpit oleh daratan, berbanding kawasan laut lain.

“Ini adalah kawasan yang paling sunyi di dunia. Sangat sedikit kapal dan pesawat yang lalu di situ. Ombaknya kuat dan angin kencang. Sekiranya pesawat hilang di situ, peluang untuk menemuinya sangat tipis,” katanya.

Sumber;
astroawani.com/news/mh370

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s