My Sacrifice by Creed : Tribute to Anwar Ibrahim


Sabtu 6 Jamadilawal 1435 / 8 Mac 2014
Written by Wilhelmina

FortunaMedia.com |My Sacrifice by Creed : Tribute to Anwar Ibrahim

Sejak era reformasi 1998,sehingga ke hari ini,kita rakyat Malaysia dan dunia umum nya telah didoktrin dengan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim,yang tiada berkesudahan,liwat telah di manfaat kan semaksima mungkin untuk meraih sokongan .
Jentera-jentera juak-juak kumpulan pro The Godfathertangan-tangan kejam  dibelakang tabir politik Malaysiadigerakkan begitu rupa hingga perancangan taktik kotor lagi menjijikkan berjaya mengekalkan kekuasaan demi  kelangsungan hirarki politik mereka

Para penjilat.pengampu kekuasaan dan kekayaan dan Maestro The Godfather berjaya menutupi pelbagai kemelesetan dan kemelaratan rakyat marhaen  dalam menghadapi hidup,yang saban tahun terpaksa berdepan dengan pelbagai kepayahan,yang  tidak pernah berkurang.
Pelbagai isu rakyat marhaen jadi terpinggir kerana doktrin  liwat yang keterlaluan diberi fokus -modus operandi oleh mereka-kebanyakan ahli politik,peminat politik dan pengkagum sosok Maestro The Godfather.

Kini kearah tamadun yang bagaimana sebenar nya negara ini dipacu?
Kearah gaya pemikiran bagaimana kah negara ini dibentuk oleh ahli ahli politik yang sanggup tunduk-sujud kepada kehendak sosok Maestro The Godfather,!

Kita semakin keliru,panik.stress  bila memikirkan nasib-masa depan anak-cucu bangsa kita sudah bertahun lamanya  di doktrin dengan bentuk pemikiran mereka  yang tamak kuasa dan kotor pemikirannya na’uzubillah,!

Entah sampai bila budaya retorik dan persepsi ini harus mengisi ruang -pangsa minda kita  juga anak-cucu kita,untuk entah berapa lama lagi?

Entah berapa lama lagi kita harus berfikir akan kerisauan  masa depan negara,?! Bila mana ahli-ahli  politik malaysia  begitu fokus menumpukan masa dan tenaga,dan juga mengerahkan seluruh rakyat juga berbuat hal yang sama pada satu perkara,iaitu LIWAT.

Rakyat terus disumbat dangan ideologi politik usang lagi kuno yang berpusing bagaikan litar perlumbaan -hingga muncul dipermukaan sirkit kemelut berpanjangan.
Jika bukan liwat sudah pasti doktrin kominis,agama atau doktrin rasis perkauman jadi senjata politik kotor mereka.
Sementara itu rakyat akan tetap menghadapi keperitan hidup yang berkepanjangan dan tak pernah  berkurangan   atau sesekali rakyat disumbat mulutnya agar diam dengan sogokan br1m dan sebagainya.

* Hanya iringan Doa dan sebuah puisi ini yang dapat kupersembahkan sebagai rasa simpati dan ikut berduka atas ujian Allah Ta’ala yang begitu berat ini menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga beliau,

Wallahu Musta’an..
______________________

PUISI; Penghormatan kepada Anwar Ibrahim

Kini,

Adakah semua telah hancur,

bagai besi-besi yang terbakar menyala dan melebur.

Mungkinkah semua telah sirna,

lalu kita harus kemana?

Esok

Mungkinkah sebuah acungan tangan dan teriakan

akan kembali kalian lihat bergema membahana.

atau kalian hanya tidur manja  menunggu  dipembaringan..

Akhirnya kalian tak mau lagi dengar suara penebar kebangkitan,

Terkurung terpenjara jasadnya

Hingga  kalian mengira laungan perjuangan  ini sebuah tebusan?

Terkapar  dalam perjuangan….!

Reformasi.!

Reformasi,!

Reformasi,!

Lawan Tetap Lawan,!

Allahu Akbar,!

Sahabat,

Teruskan perjuangan,Belajarlah untuk sebuah kemenangan,

Ketika nanti datang kemuliaan,

Kau jabarkan doa-doamu,

Sebelum kau putuskan

Untuk diam dalam ketidakpastian
Ini…

 

* Nukilan Duka sang pejuang,
oleh WilhelminaSabtu 6 Jamadilawal 1435/8 Mac 2014-
11.am (waktu malaysia barat)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s