#ISU KALIMAH ALLAH;Dicemari Provokasi Gelar Umat Islam ‘Lembu’-

Rabu 3 Jamadilawal 1435 / 5 Mac 2014
Editor by Wilhelmina

FortunaMedia.com |#ISU KALIMAH ALLAH;Dicemari Provokasi Gelar Umat Islam ‘Lembu’-

Ratusan hadirin dilihat berkumpul di hadapan Istana Kehakiman di sini pada awal pagi (5/3/2014) bagi menantikan keputusan Mahkamah Tinggi Putrajaya –  mahkamah sivil tertinggi di Malaysia berhubung kes rayuan penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katolik.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/sidang-keputusan-kalimah-allah-dicemari-provokasi-memanggil-umat-islam-lembu-31273?cpPutrajaya – tempat Mahkamah Sivil tertinggi di Malaysia – bagi menanti dengan debaran berhubung kes rayuan penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katolik.

Gereja berharap diberikan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan kontroversi Mahkamah Rayuan Oktober lalu yang melarang mereka menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan bahasa Malaysia mingguan The Herald.

Gereja membangkitkan 26 persoalan yang boleh disimpulkan dalam tiga kategori, iaitu:

Persoalan perlembagaan Perkara 3 berhubung kedudukan Islam, Perkara 11 berhubung kebebasan beragama dan Perkara 12 yang membenarkan setiap agama menguruskan hal ehwal masing-masing.[1]

Sesungguhnya isu “kalimah Allah” bukan saja berkobar-kobar di Malaysia-malah telah tersebar kemerata benua hingga ada seorang paderi atau  Pendeta bernama Dr. Jakoeb Soelistyo dari Indonesia bersedia membantu pihak yang menentang pihak Gereja katolik kerana bersikeras mahu menggunakan kalimah Allah dalam misi dakwah Kriatianisasi mereka
Anda baca selengkapnya disini :

https://helmysyamza.wordpress.com/2013/10/28/pendeta-dr-jakoeb-soelistyo-allah-memang-hanya-untuk-muslim/

     (Seorang pensyarah warga asing ajak paderi berdebat
                                         Image by antarapos.com)

Sementara itu suasana di dalam Mahkamah Persekutuan tiba-tiba kecoh seketika apabila seorang warga asing yang mendakwa dirinya seorang pensyarah kolej asing, mencabar paderi untuk berdebat.

Bagaimanapun wakil dua paderi Gereja Katolik itu berlalu pergi dan tidak melayan terjahan pensyarah berkenaan.[2]


Pelbagai kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) Islam telah berada di perkarangan mahkamah seawal jam 7 pagi untuk memberikan sokongan terhadap penggunaan kalimah ‘Allah’ yang dieksklusifkan kepada umat Islam sahaja.

Ada antara ahli-ahli NGO ini seperti PERKASA, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Jalur Tiga (JATI), Persatuan Mukabuku dan Pertubuhan Islam Gabungan Amal (PETIGA) tiba dari pelbagai negeri seperti Pulau Pinang.

Mereka melaungkan slogan-slogan sokongan terhadap Islam termasuk juga mengadakan sholat hajat dengan harapan agar panel hakim yang juga terdiri daripada Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Zainun Ali dan Datuk Jeffrey Tan Kok Hwa akan kekal dengan keputusan Mahkamah Rayuan iaitu memberikan hak eksklusif dalam penggunaan kalimah Allah.

Terdapat sedikit kekecohan berlaku dalam perhimpunan tersebut dimana seorang peguam telah muncul sambil membawa bunga dan mendakwa tidak semua orang Melayu beragama Islam yang mempunyai pemikiran yang serupa seperti PERKASA dan ISMA.

Dalam ucapan ringkas itu juga, beliau turut membuat provokasi dengan memanggil orang Islam yang berkumpul disitu sebagai ‘lembu’ kerana senang dipengaruhi oleh sesetengah pihak.

Ternyata, ucapannya itu telah menimbulkan kemarahan sesetengah pihak dan pihak keselamatan yang bertugas terpaksa menenangkan seorang ketua NGO yang cuba bersemuka dengannya.

Gereja melalui peguamnya mengemukakan 26 soalan tentang Perlembagaan, undang-undang tadbir dan kuasa mahkamah untuk membenarkan menteri dalam negeri mengharamkan sesuatu perkataan keagamaan.

Pada 14 Oktober tahun lalu, Mahkamah Rayuan yang terdiri oleh panel tiga hakim termasuk Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali telah  membenarkan rayuan kerajaan untuk melarang penerbitan mingguan Katolik, Herald, daripada menggunakan kalimah Allah[3]

Mahkamah Rayuan juga menegaskan bahawa Menteri Dalam Negeri mengambil tindakan tepat melarang penggunaan perkataan itu dalam Herald untuk melindungi keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Penganut Islam merangkumi 60 peratus manakala Kristian merangkumi kira-kira sembilan peratus daripada 30 juta penduduk Malaysia.

Kita perlu waspada dan selalu berhati-hati dengan langkah step by step pihak Gereja Katolik untuk menguasai/mempengaruhi  kerajaan Malaysia  melalui kuasa politik dan ekonomi contoh terbaik yang perlu diteladani adalah dari dua negara jiran kita Singapura dan Indonesia.

Di Singapura pihak semua pengurus masjid diberi amaran keras agar tidak menggunakan loud speaker ketika azan lagi kecuali satu masjid di Arab Street yang dapat pengecualian diperbolehkan guna  loudspeaker ketika azan.

Dan di Indonesia kini pihak Gereja Kharismatik dengan sokongan konlomerat Cina kafir berusaha keras untuk rencana jangka panjang untuk menjadikan Indonesia negara Kristian melalui kuasa politik pada Pilihan Raya Umum Pemilihan Presiden/Timbalan Presiden 2014 ini.

Untuk lebih jelas Anda baca di artikel ini;

https://helmysyamza.wordpress.com/2014/02/26/gereja-kharismatik-dan-gerakan-politik-cina-menguasai-indonesia/

   Pustaka ;
[1]  MalaysiaKini.com
[2] Antarapos.com.
[3]   astroawani.com/news         

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s