“Carut-Marut Angkuh” Associate Professor Bicara Hudud![1]


Illustrasi

Isnin 1 Jamadilawal 1435 / 3 Mac 2014

Written by Wilhelmina

FortunaMedia.com |”Carut Marut Angkuh” Bila Associate Professor Bicara Hukum Hudud bukan bidangnya,!

Alhamdulillah berkat adanya usaha para pemimpin Malaysia tempo dulu mewujudkan Rancangan Dasar Ekonomi Baru(DEB) dan
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia,maka dinegara tercinta ini kini ramai lahir para cendekiawan,cerdikpandai Melayu yang menguasai bidang masing-masing dengan membawa titel yang sangat membanggakan (seperti; Doktor,Profesor dsbnya)


(Style Prof Tocang berfikiran kiri dan liberal
Image by theunspinners.blogspot)

Mukadimah:

Tetapi maaf sahabat pembaca blog ini.Saya pada edisi ini bukan mahu membahas persoalan DEB dan Artikel 153 soal kejayaan dan kegagalan dua subjek itu adalah lumrah belaka.

Sebab semuanya adalah rekaan manusia belaka semestinya ada cacat-celanya hanya Allah Ta’ala sahaja yang Maha Suci dari yang bersifat baharu.

Yang akan saya share disini kepada Anda adalah sesuatu yang sangat-sangat membimbangkan kita ketika ini tentang ramainya cendekiawan melayu yang bergelar profesor-doktor dalam bidang akademik atau kepakaran bidang masing-masing dan berbicara hukum diluar skop kepakaran mereka yaitu tentang ilmu syariat Islam- Hukum-hakam dalam AlQuran dan AlHadist

Kita tidak persoalkan mereka bicara bidang akademik kepakaran mereka untuk kemashalatan ummat tentunya.

Justru bila kini mereka berani secara sinis  dan sewenang-wenangnya memberikan argumen/pendapat Hukum-hakam syariat islam seperti Hudud sudah pastinya akan membawa kecelaruan pemikiran umat Islam Malaysia khususnya yang awam ilmu agamanya.


Sekadar contoh yang pernah saya sentuh diartikel yang lalu bagaimana beberapa invidu profesor memberikan argumen secara halus menyokong  ajaran sesat Syiah yang sangat mengelirukan fakta dan data sebenar.

Sahabat baca kembali disini :

Tajuk persoalan;

“Pelaksanaan hudud Brunei tidak mungkin ditiru di Malaysia, kata pensyarah” diberitakan themalaysianinsider.com March 02, 2014[1]

Pensyarah yang dimaksud website tersebut adalah Pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Prof Madya Dr Azmi Sharom, seorang yang terkenal selama ini bicara vokal-lantang semaunya,!

Jika beliau sebelum ini pernah menemplak Tun Mahathir sekitar tahun 2010 (maaf jika saya silap tolong betulkan) dengan berkata kononnya Dr Mahathir berfikiran tidak civilised.serta mengecam DEB dan Artikel 153 dan anggap Dr Mahathir sebagai tidak matang [2]

Bagi kita itu tidak jadi masalah kerana bersesuaian dengan bidang kepakaranya di Majlis Civil Societies  sesuai dengan specialisationnya tentang Environmental Law.

Tetapi bila beliau bersyarah pada sentuhan argumen yang membingungkan umat Islam khususnya  seperti yang dltulis website tersebut;

i- beliau berkata:”Bagi saya, ia (baca;Hudud) adalah hidayah daripada segelintir sarjana Islam pada masa lampau, dan adalah sedikit angkuh untuk mengaku menerima hidayah daripada Tuhan.

ii- Azmi, yang tidak setuju dengan tuntutan bagi pelaksanaan hudud, berkata sistem perundangan hudud juga bakal terdedah kepada salah guna kuasa seperti sistem lain, cuma bezanya ialah ia akan dilakukan atas nama agama. “Sikap munafik dalam sebarang sistem perundangan adalah sesuatu yang buruk. Tetapi apabila ada sebuah sistem perundangan yang kononnya dibina atas asas agama, sikap munafik ini menjengkelkan.

“Kita harus berterus terang, mereka yang kaya dan berkuasa, golongan ini tidak akan terikat dengan perkara seumpama ini. Yang akan kena adalah rakyat biasa,” katanya.

iii- Azmi berkata, adalah mundur untuk menggunakan pendekatan hudud dalam menangani isu jenayah, dan semua orang berhak berhujah mengenainya, termasuk bukan Islam.

“Brunei  bukan sebuah demokrasi, tetapi kita, secara teorinya, masih negara demokrasi. Justeru apa-apa tuntutan untuk mengubah sistem perundangan mesti dilakukan di lapangan awam. Ia mesti dilakukan secara bebas dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang mahu bercakap mengenainya.

iv- “Kalau anda hendak memperkenalkan hudud, teruskan. Sekiranya itu yang memuaskan diri anda, bercakaplah mengenainya, berkempenlah, itu hak anda. Tetapi mereka yang tidak setuju, sama ada Islam atau bukan Islam, juga punya hak untuk memberikan pandangan. Kita harus berbincang dengan penuh terbuka,” katanya

_______________________________
-Mengingat artikel ini terlalu panjang dan untuk tidak membosankan sahabat pembaca ,maka saya nukilkan kepada beberapa bahagian InsyaAllah.

Dan pada bahagian selanjutnya saya share Anda dengan beserta jawaban persoalan ini semampu ilmu  yang Allah Ta’ala anugerahkan.

Mohon pembetulan-koreksi , kepada yang lebih ‘Alim Mursyid dan paraAsatidz pembina.Jika didapati ada kesalahan atau kesilapan atas perbahasan ini.

Wallahumusta’an.
Bersambung,

Pustaka;

[1] themalaysianinsider.com
[2] http://theunspinners.blogspot.com

Terimakasih kerana membaca artikel ini,!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s