Analisa Isu MoU Air Selangor dan Putra Jaya


(MoU Selangor dan Putrajaya)

Ahad 29 Rabiulakhir 1435/2 Mac 2014

Written by Wilhelmina

FortunaMedia.com |Analisa Sepintas Isu MoU Air Selangor dan Putra Jaya.

ADA kumpulan yang PRO dan KONTRA  bila memorandum persefahaman (MoU) bagi penstrukturan semula industri air di Selangor mencapai kata sepakat antara Putrajaya.dan Shah Alam minggu lalu

Polemik bermula muncul bila DS Anwar Ibrahim dalam sebuah pertemuan dengan media pada hari MoU ditandatangani beliau lebih kurang berkata ” beliau belum tahu apa-apa isi kandungan MoU tersebut kerana belum membacanya” dan sementara itu YB Azmin Ali berkata ‘akan bertemu dengan MB Khalid tentang isu MoU itu”


Maka berteriak-teriaklah juak-juak umno dan macai-macainya yang sentiasa mencari peluang “dirty political attacks” terhadap pemimpin-pemimpin Selangor atau seperti pepatah lama minangkabau seperti ” mencari lantai tajungkek”(terjongket)
Begitulah politik demokrasi semua keputusan dinisbahkan kepada margin-keuntungan kepada pihak yang berkepentingan.

Dan juga publik bertanya,mengapa mega-projek Langat -2 menjadi pasword MoU tersebut.Memang wajar rakyat Malaysia dan rakyat Selangor khususnya bertanya?Kerana salah-satu halangan persetujuan penyerahan ‘kuasa’ mengurus air kepada kerajaan Selangor-baca; Pakatan Rakyat  selama ini adalah Kerajaan Selangor tidak bersetuju kerajaan BN meneruskan mega-projek Langat-2[1]

Justru disinilah keyword persefahaman antara Putrajaya dan Shah Alam yang membuat solusi ;win-win solution.

Apa agenda dibalik kemelut selama ini,!?

Jika anda perasan beberapa stesyen TV Swasta beberapa hari sebelum MoU ditandatangani-hari-hari siang dan malam menyiarkan berita gambar bersama menteri yang melawat kawasan tadahan air yang surut berkurangan  dan akan mengadakan “catuan air”

Begitulah taktik  pihak kerajaan terus cuba menakut-nakutkan rakyat Selangor dengan mendakwa Lembah Klang bakal mengalami krisis air sekiranya “masalah” ini tidak diselesaikan dengan segera dengan harapan ia akan menimbulkan rasa panik di kalangan rakyat.

Di pihak kerajaan negeri Selangor pula, mereka cuba melakukan pelbagai usaha untuk menangkis segala permainan politik kotor UMNO itu sambil mengusulkan agar syarikat-syarikat konsesi air Selangor diambil alih oleh kerajaan negeri, dengan harapan dapat “merakyatkan bekalan air” untuk semua.

Di antara syarikat konsesi air di Selangor yang dimaksudkan adalah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium ABASS. Pada ketika ini, kesemua syarikat-syarikat tersebut di bawah pengurusan ‘orang-orang pro-UMNO’.


Perebutan hak menguruskan air di Selangor ini boleh dikatakan kini telah menjurus kepada penyelesaian dengan kaedah “win-win solution” ,Justru sudah tentu korporat-korporat pro  BN kini tertawa lebar dengan berhasilnya mereka” meloby” untuk meneruskan mega-projek Langat-2 tersebut.

Pengurusan bekalan air ini tidak seharusnya dijadikan isu untuk menjatuhkan antara satu sama lain. Pihak yang memulakan isu ini sebenarnya adalah pengkhianat sebenar kepada rakyat. Air adalah sumber kehidupan yang harus dikongsi bersama sambil diagih dan diuruskan oleh Negara. Ia harus bebas daripada sebarang permainan politik. Rakyat mesti diutamakan.

Walaupun kerajaan negeri Selangor di bawah teraju Tan Sri Khalid telah memberikan bekalan air sebanyak 20 meter padu secara percuma kepada rakyat, ia sebenarnya masih belum mencukupi. Apa yang harus dilaksanakan adalah, air mesti diberikan kepada rakyat secara percuma. Sesebuah kerajaan yang memerintah mesti menampung kos pengurusan perbekalan dan bukan menjadikan urusan membekalkan air itu sebagai satu perniagaan.

‘Menjual Air’ adalah satu perniagaan yang menguntungkan kerana ia adalah perniagaan yang sudah dijamin ada pelanggan. Jika bukan perniagaan, mana mungkin ada keuntungan. Jadi, tidak hairanlah jika berlaku rebutan di dalam hal menguruskan bekalan air di Selangor selama ini..

Di dalam Islam; Air, bahan api dan tanah merupakan hak milik awam yang perlu dikongsikan oleh semua umat sebagaimana sabda Rasulullah daripada Ibnu Abbas r.a, bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

“Kaum Muslimin bersyarikat (berkongsi) dalam tiga perkara iaitu air, padang ragut dan api”
[HR Abu Daud].

Anas r.a pula meriwayatkan Hadis dari Ibnu Abbas r.a tersebut dengan tambahan,

“wa tsamanuhu haram” (“dan harganya adalah haram”).

Ibnu Majah juga meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

“Tiga hal yang tidak akan pernah dilarang (dari manusia memanfaatkannya) adalah air, padang ragut dan api”
[HR Ibnu Majah] [2]

 

Bekalan berterusan

Pada masa sama, Langat 2 akan diteruskan dan wakil kerajaan negeri perlu ada dalam jawatankuasa yang merancang pembangunannya, seperti terkandung dalam MoU.

“Pertimbangan kami selalu mengutamakan nilai terhadap wang dengan teknologi terbaik. Kami berhasrat untuk memenuhi janji.

“Kami akan memantau setiap langkah projek sehingga ke akhirnya,” kata Khalid.

Sumber industri yang terbabit dalam projek Langat 2 berkata, proses tender terbuka telus dan tiada percanggahan dalam kosnya.

Langat 2 yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun akan menyediakan 1,130 juta liter air terawat setiap hari.

Apabila projek itu siap kelak dan kos pembinaannya diserahkan kepada Selangor, kerajaan negeri akan menyerahkannya kepada pengguna dalam bentuk peningkatan tarif.

Dengan mengawal industri air secara teorinya membolehkan peningkatan tarif diminimakan, menurut sumber kerajaan negeri Selangor.

Manakala dengan mengawal industri air, kadar NRW ( ‘non revenue water’)juga dapat dikurangkan dan lebih banyak air terawat dapat diagihkan kepada pengguna.

Khalid mensasarkan pengurangan NRW daripada 34% kepada 20%.

Ahli PAM, Mansor Abdul Ghani, berkata pengurangan itu bersamaan 600 juta liter lebihan air sehari [3]

———————————————-
Pustaka :

[1] ibid
[2] HTM.com
[3] themalaysianinsider.com

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s