Sistem Zalim:”Putrajaya Arahan Berbentuk Ugutan”

(Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming)

Ahad 22 Rabiulakhir 1435/23 Februari 2014
Editor by Wilhelmina

FortunaMedia.com |Sistem Zalim:”Putrajaya Arahan Berbentuk Ugutan”

KUALA LUMPUR, 22 FEB – Pengerusi NGO Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) Cikgu Mohd Nor Izzat Mohd Johari telah diberikan notis perpindahan 24 jam ke sebuah sekolah di pedalaman di Jerantut, Pahang dipercayai lantaran kelantangan beliau membantah sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


Pengerusi NGO Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) Cikgu Mohd Nor Izzat Mohd Johar

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming dalam kenyataan medianya hari ini mengecam tindakan Kementerian Pendidikan yang menurut beliau seharusnya mendengar maklumbalas yang diberikan SGMM, ketimbang mengeluarkan arahan berbentuk ugutan seperti yang terjadi kepada Cikgu Izzat.

“Walaupun falsafah di sebalik PBS itu mungkin bagus, tetapi sepertimana banyak lagi perkara lain di Malaysia, pelaksanaannya sangat buruk dari awal lagi,” ujar beliau lagi.

“Saya telah mendengar keluhan bagaimana para guru terpaksa berjaga sehingga jam dua atau tiga pagi hanya untuk memasukkan gred ke dalam sistem kerana sistem tersebut tidak sesak pada waktu-waktu tersebut,” tambahnya.

“Malah ada juga guru yang mengadu data yang mereka masukkan hilang,” kata beliau.

Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan dilaporkan turut menghadapi kesukaran menggunakan sistem SPPBS dengan memerlukan dua minit untuk memasukkan data seorang murid.

“Mengandaikan sistem tersebut tidak ‘sangkut’ seorang guru dengan murid seramai 30 orang untuk satu matapelajaran memerlukan tiga jam seminggu (minima) hanya untuk memasukkan data gred tersebut,” tambah Kian Ming yang juga Strategis Pilihanraya DAP.

Beliau turut menggesa pihak Kementerian supaya segera menghentikan sistem terbabit buat masa ini dan membatalkan arahan perpindahan Cikgu Izzat.

“Kementerian harus menunjukkan bahawa mereka bukan hanya tahu menghukum pihak yang berani memberi kritikan tetapi Kementerian harus sedia mendengar pandangan mereka dan bekerjasama,” kata Kian Ming. – Roketkini.com.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s