Hukuman Politik atas Karpal Kerajaan Ikrar Janji Kosong

(Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh)

 

Sabtu 21 Rabiulakhir 1435 /22 Februari 2014
Editor by Wilhelmina

 

FortunaMedia.com |Hukuman Politik atas Karpal Kerajaan Ikrar Janji Kosong

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh bersalah kerana kenyataannya berhubung rampasan kuasa BN di Perak pada 2008 membuktikan kerajaan kembali bersikap autoritarian dan menjalankan hukuman politik.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen berkata, keputusan itu mengesahkan ikrar transformasi kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya janji kosong.

“Beberapa langkah demokratik Najib akhirnya menjadi ‘penjenamaan semula’ dan palsu. Keputusan ini mengesahkannya, kerana Najib bukan sahaja mungkir janji untuk menghapuskan Akta Hasutan, malah menambahkan salah guna akta itu kepada pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis, antaranya Tian Chua, Haris Ibrahim dan Hishamuddin Rais,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, membuat kenyataan kritis dan politik bukanlah jenayah, terutama bagi kes Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu yang hanya memberi pendirian undang-undang berhubung krisis yang berlaku.

“Tiada sebab ia boleh dianggap menghasut. Benar, kebebasan bersuara bukanlah mutlak dan ada had – seperti membangkitkan keganasan dan kebencian, namun aras untuk kebebasan bersuara mesti tinggi,” katanya lagi.

 

Pagi tadi, Karpal didapati bersalah mengikut Akta Hasutan 1948, berikutan kenyataannya berhubung rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat pada 2008.

Beliau yang juga peguam terkenal pada 6 Februari 2009 menyatakan, keputusan Sultan Perak menggugurkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar boleh dipertikai di mahkamah.

Paulsen juga menyifatkan, akta ‘hasutan’ adalah amalan kuno dan tidak demokratik, malah kebanyakan negara moden tidak menggunakannya lagi dan menghapuskannya.

“Ia tiada tempat di negara Malaysia yang moden dan demokratik yang kita impikan,” katanya lagi.

Mengikut akta itu Karpal boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah menetapkan 7 Mac ini untuk menentukan hukuman dan mitigasi bagi meringankan hukuman.

Karpal terima keputusan mahkamah, akan fail rayuan,

 

Karpal ketika ditemui selepas itu berkata, beliau menghormarti kuasa hakim dan menerima keputusan itu.

“Itu adalah hak hakim. Saya menerima keputusan itu dan akan kemukakan rayuan. Ini bukan kali pertama saya didapati bersalah,” kata ahli politik veteran itu.

Kira-kira 20 penyokong hadir memberi sokongan serta menyambut ketibaan beliau di hadapan pintu masuk Kompleks Mahkamah, Jalan Duta.

Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang turut hadir adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta beberapa Ahli Parlimen DAP

-Roketkini.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s