Sungai Berwarna Jingga di Yorkshire Britain


(Air sungai berwarna jingga)

Rabu 18 Rabiulakhir 1435/19 Februari 2014
  Editor by Wilhemina

FortunaMedia.com |Sungai Berwarna Jingga di Yorkshire Britain

YORKSHIRE – Sebatang sungai di Yorkshire Barat di Britain bertukar menjadi warna jingga selepas banjir melanda kawasan berkenaan baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mirror semalam.

 

Agensi Alam Sekitar Britain memberitahu, fenomena yang berlaku di Sungai Holme itu berpunca daripada satu bahan semula jadi yang terdapat di sebuah lombong lama sebelum mengalir ke dalam sungai berkenaan.

 

Bahan semula jadi yang dikenali sebagai ferum oksida itu bercampur dengan mineral lain di dalam air sungai menyebabkan ia bertukar menjadi jingga.

 

Bagaimanapun, perubahan warna akibat campuran mineral berkenaan tidak memberi kesan kepada alam sekitar dan hidupan di dalam sungai tersebut.

 

Hujan lebat di kawasan berbukit menyebabkan air banjir mengalir melalui sebuah lombong dan masuk ke dalam sungai.

 

Lombong lama tersebut sering menjadi punca kepada masalah banjir di kawasan perkampungan Jackson Bridge di sini.

Kejadian seperti itu bukan yang pertama kali berlaku kerana sungai tersebut pernah bertukar warna menjadi coklat pada Oktober tahun lalu. – Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s