“Aktiviti Haram” Warga Filipina di Malaysia[02]

Mangkui alias HERMOSA Mansio,60


KERATAN Kosmo! 11 Julai 2009.

 

Selasa 17 Rabiulakhir 1435/18 Februari 2014
Written by Wilhemina

FortunaMedia.com | “Aktiviti Haram” Warga Filipina di Malaysia[02]

Menyingkapi dan membongkar kegiatan tak bermoral pendatang warga Filipina di Malaysia dari tahun 90an tak pernah usai dan redanya hingga kini dengan kebanjiran kedatangan mereka beriringan dengan Tahun Selamat Melawat Malaysia pada tahun-tahun tersebut.

( Klik baca :https://helmysyamza.wordpress.com/2014/02/18/aktiviti-haram-warga-filipina-di-malaysia01/)

Akhbar-akhbar tempatan heboh memberitakan ketika itu  kegiatan partime-pelacuran warga pembantu rumah Filipina .Dan selainnya adalah yang menarik perhatian saya yaitu ramainya warga Filipina yang berpasport Filipina dan berwarganegara Malaysia dengan kad pengenalan keluaran Sabah melakukan aktiviti seluk saku -penyeluk saku secara ramai-ramai dianggotai sekurangnya lima(5) hingga belasan orang.

Namun beberapa kumpulan tersebut sudah diberkas seperti yang dilaporkan  akhbar Kosmo:

Ketua Geng Mangkui yang aktif dalam jenayah menyeluk saku di ibu negara ditahan bersama enam anggotanya termasuk tiga wanita ketika bersembunyi di Skudai, Johor Jumaat lalu.(Wednesday, July 22, 2009)

 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, kesemua anggota kumpulan penjenayah warga Filipina yang berumur 30 hingga 60 tahun ditahan ketika mereka sedang tidur di dua buah hotel.

“Mangkui atau nama sebenarnya Hermosa Mansio, 60, dan anggotanya dipercayai sedang bersembunyi di situ selepas mereka menjadi buruan polis,” kata beliau selepas merasmikan Program Pencegahan Jenayah peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di Stesen LRT Pasar Seni di sini semalam.

Menurut beliau, polis merampas dua jam tangan, sebuah kamera digital, satu dompet berisi wang tunai RM700, satu beg pinggang dan beberapa telefon bimbit dalam serbuan di kedua-dua hotel itu.

Pengalaman di basmini,

Pada artikel ini saya bukan mau bahas soal kejayaan polis atas penangkapan mereka tersebut .Justru  saya ingin share cerita pada Anda pembaca setia blog FortunaMedia.com atas pengalaman pribadi  waktu itu semasa ulang-alik bekerja di Kuala Lumpur yang lebih kerap guna transport bas mini untuk pergi bekerja-kerana basmini cepat dan murah perkhidmatannya.

Bayangkan dengan kesesakan penumpang bas mini-waktu time pergi dan pulang bekerja itulah penyeluk saku Filipina beraksi umumnya target besar mangsa mereka yang terutama warga pendatang asing  yang ramai waktu itu menaiki bas mini seperti warga Bangladesh,India,Indonesia.

Dan target mangsa rakyat tempatan biasanyanya warga-warga emas terdiri warga cina dan melayu atau kaum wanita yang leka dan terlengah.

Dan yang membuat mereka begitu berani ‘beraksi’ di perkhidmatan basmini zaman itu .Dan hingga kini  ada di bas-bas Metro dan bas RapidKL transport LRT dan Monorel yang lebih besar membuat mereka begitu selesa beraksi.Penyebabnya  adalah berpunca kurangnya keprihatinan rakyat tempatan yang membantu ‘mangsa kejadian’ saat berlaku kejadian -berkemungkinan  penumpang-penumpang rakyat tempatan yang memang sibuk mahu ketempat kerja masing-masing.

Pernah berlaku saya terpaksa membantu kerana penumpang tempatan lainnya waktu itu tak mahu membantu malah lari turun ,saya terpaksa memegang-menjaga pintu basmini waktu itu ,kerana konduktor basmini tersebut sedang bergelut menangkap seorang ‘penyeluk saku’ Filipina yang beraksi seorang saja.dan memang sungguh cekap penyeluk saku tersebut dia dapat mengoyak dan mengambil bungkusan uang seorang warga Indonesia yang baru menukar uang ringgit ke rupiah-padahal warga Indonesia itu duduk disebelahnya dan uang tersebut diletakkan dipoket belakang sebelah kiri.

Dalam pergelutan tersebut duit warga Indonesia yang diseluknya   dapat kami rampas balik dan kami serahkan padanya.rupanya warga Indonesia itu sungguh terkejut sambil berkata pada kami ” Terimaksih Pak ..Wahh gak nyangka saya di Malaysia ada pencopet jugak”dia berkata jujur.

 

Sewaktu dalam perjalanan kepusat bandar berhampiran pasaraya Kotaraya  yang sedang sesak waktu itu .penyeluk saku itu nekad melompat melalui tingkap basmini yang memang sentiasa terbuka.Dan kami berhasil rampas juga beg-sandangnya dan didalamnya berisi ‘fail barang-barang elektrik” mungkin sebagai topeng jika ada operasi polis ‘mengaku sebagai ‘salesman’-Dan  sebuah cutter-pemotong kecil yang sangat tajam serta photostat pasportnya yang saya lihat dipenuhi cop-cop Visa Imigrasi Kuala Lumpur dan beberapa negara Arab.

Dan beberapa hari kemudian saya berjumpa konduktor basmini itu ,beliau mengatakan telah buat report di Balai Polis Stadium Merdeka.dan dia menunjukkan beberapa gambar-gambar penyeluk saku Filipina yang terpampang di balai polis itu dan kini sedang diburu polis termasuk gambar Hermosa Mansio, diatas.

Dan tujuan artikel ini saya tulis bukanlah untuk memaparkan tidak nyaman dan amannya perkhidmatan bas-basa awam LRT/Monorel di Malaysia.

Justru tujuan saya menulis artikel ini untuk sekadar sumbangan khidmat sosial saya sebagai penulis/blogger yang menyaksikan dan mengalami sendiri bagaimana kejam dan ganasnya para penyeluk saku warga Filipina beraksi di Malaysia dari era basmini hingga kini-walau dengan modus-operandi berbeda.

Sekali saya tekankan perkhidmatan bas-bas awam.LRT/Monorel sangat nyaman dan aman kini berbanding zaman basmini yang penuh sesak dan membuat kumpulan pencopet terdiri warga Filipina,Indonesia malah warga tempatan sendiri sangat senang dan mudah beraksi.

Dibalik kenyamanan dan keamanan yang diprakarsai pihak berkuasa seperti PDRM .Kita jangan leka dan terlengah jika Anda menggunakan perkhidmatan awam.Kerana menurut kawan saya yang bekerja di bas RapidKL –pencopet-pencopet warga Filipina yang dulu beraksi sekitar tahun 2000an (zaman basmini ditamatkan) telah beraksi kembali (mungkin telah bebas dari penjara) telah kelihatan muncul dan nampak  berdiri menunggu mangsa diperhentian-bastop K.Lumpur sekitar Kawasan Sogo-Bukit Bintang-jalan Pudu-Kotaraya hingga jalan Brickfield/Bangsar.

Mungkin saja dengan berkurangnya warga pendatang asing  Anda/keluarga kita rakyat Malaysia akan jadi mangsa-mangsa penyeluk saku -pencopet atau apasaja gelarannya  seperti gambar dibawah;

Bersambung,

-Penyeluk Saku Profesional Warga Asing | Kelihatan tiga orang wanita yang sangat profesional dalam bidang menyeluk saku. Seorang nenek telah menjadi mangsa kekejaman mereka Anda boleh lihat sendiri bagaimana ketiga-tiga gadis ini memainkan peranan masing-masing bagi mengaburi mata nenek tersebut– Image byceritaapakah.com)

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s