Satira‘Onederful Malaysia’: Tindakan MCA rugikan Malaysia & etnikCina


(Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang)

Sabtu 14 Rabiulakhir 1435/15 Februari 2014

Editor by Wilhelmina

FortunaMedia.com | Satira ‘Onederful Malaysia’: Tindakan MCA rugikan Malaysia dan masyarakat Cina – Kit Siang

KUALA LUMPUR, Pimpinan baru MCA yang diterajui Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Wee Ka Siong membuat tindakan paling merugikan negara serta masyarakat Cina apabila terbabit memperkukuh persepsi bahawa Melayu dan Islam terancam berikutan video satira politik ‘Onederful Malaysia’ Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim.

 

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata sehingga kini Liow dan Wee tidak menyatakan bahawa video itu bersifat anti-Melayu dan anti-Islam, namun tidak berani menyangkal menteri UMNO yang membuat serangan sedemikian.

“Saya ingin bertanya, adakah mereka berdua setuju bahawa Melayu dan Islam di negara ini sedang diancam dan satu daripada sebabnya adalah video itu? Jika tidak, mengapa mereka membiarkan pembohongan iaitu sejak pilihan raya umum lalu, ada konfrontasi antara dua kaum di Malaysia?

“Sampai sekarang, mereka tidak sanggup menyatakan video itu anti-Melayu dan anti-Islam. Pada masa sama, mereka tidak berani menyatakan pimpinan UMNO dapat maklumat salah sehingga percaya (dan membuat serangan) bahawa ia bersifat demikian,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Gelang Patah itu meminta Liow dan Wee mengisytiharkan video itu tiada membawa sebarang unsur permusuhan kaum dan agama, kecuali jika benar-benar dapat membuktikannya.

Namun, Wee dalam reaksinya gagal melakukan kedua-duanya, sebaliknya hanya menghentam DAP kerana menyalahkan partinya serta mendakwa pimpinan UMNO membuat serangan berdasarkan sarikata bahasai Inggeris pada video itu.

Menurut Kit Siang lagi, jika pimpinan MCA tidak bertanggungjawab menimbulkan salah faham kepada UMNO mengenai video itu, tiada sebab mereka terus membisu dan tidak menyatakan pendirian bahawa tindakan UMNO menyerang Teresa Kok adalah salah.

“Pemimpin UMNO pasti akan dikecam sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak layak menjadi menteri kerana tiada bahagian dalam sarikata yang menunjukkannya sebagai anti-Melayu dan anti-Islam.

Sehubungan itu, beliau menggesa MCA agar tidak berdiam diri ketika rakannya dalam BN terus bermain politik perkauman dan tidak bertanggungjawab.

“Pemimpin MCA harus sedar, berdiam diri ketika BN bermain politik perkauman yang bahaya dan tidak bertanggungjawab adalah sama bersetuju dengannya.

“Bilakah mereke akan menyangkal secara terbuka dan menjauhkan diri daripada pandangan melampau kelompok yang cuba menggambarkan Melayu dan Islam terancan di Malaysia selepas pilihan raya umum lalu?” katanya lagi. -Roketkini.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s