Mejar Zaidi: Terpaksa bayar harga mahal kerana bercakap benar


#‎SolidaritiMejarZaidi‬ seorang juruterbang F18 Hornet yang mungkin didakwa kerana melaporkan dakwat tak kekal.

Sabtu 14 Rabiulakhir 1435 / 15 Februari 2014

Editor by Wilhelmina


FortunaMedia.com | Mejar Zaidi: Terpaksa bayar harga mahal kerana bercakap benar


Rakyat disarankan terus bersatu dan berani mempertahankan kebenaran seperti dilakukan bekas Pegawai Pemerintah Skuadron 12 Pengkalan Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Butterworth, Mejar Zaidi Ahmad.

Bekas Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenavasan, berkata Mejar Ahmad membuat laporan polis berikutan dakwat kekal dicalitkan dijarinya ketika mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke 13 lalu didakwa didapati boleh ditanggalkan.

Mejar Zaidi “Dia dikenakan tujuh tuduhan oleh Mahkamah Tentera” –  Lelaki ini dihukum kerana bercakap benar. Kita mesti berdiri bersama beliau dengan nyatakan sepenuh sokongan kepada beliau kerana dia adalah hero Malaysia.

“Begini cara menentang pembohongan dengan menyatakan kebenaran. ‘Tribute’ untuk Mejar Zaidi dan tanpa ragu-ragu sila batalkan tuduhan ke atas beliau,” kata Ambiga.

Beliau berkata demikian di Forum Legasi Tunku Abd Rahman yang diadakan di Auditorium Kolej Universiti New Era baru-baru ini sempena memperingati ulang tahun yang ke0111 kelahiran Tunku Abdul Rahman pada 8 Februari lalu.

Kata Ambiga, keberanian yang ditunjukkan Mejar Zaidi itu melambangkan semangat patriotik yang ada pada anggota tentera itu sama seperti mana yang ada pada Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman.

Mejar Zaidi didakwa atas tujuh tuduhan di Mahkamah Tentera, Kompleks Mahkamah TUDM Pangkalan Udara Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu.

Lima daripada pertuduhan berkenaan di bawah Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972 sementara dua lagi membabitkan Seksyen 51 akta sama.

Seksyen 50(2) adalah membabitkan kesalahan tidak patuh kepada pegawai atasan yang boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, manakala Seksyen 51 pula tidak patuh kepada perintah tetap yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau hukuman ringan lain.

EZY/http://malaysianreview.com

*****

Harakahdaily: Ada ‘tangan’ lain mahu Mejar Zaidi didakwa – NGO-Kerabat

KUALA LUMPUR: Pendakwaan yang dikenakan ke atas juruterbang Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad dianggap sebagai penganiayaan terhadap pegawai kanan tentera, dan anggota lainnya.

Presiden Sekretariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (Kerabat), Leftenan Kolonel TUDM (B) Mohd Nazari Mokhtar (gambar) berkata, tindakan pendakwaan itu juga bertujuan menakutkan pegawai-pegawai lain dari menyatakan kebenaran.

“Pendakwaan yang dikenakan ke atas Mejar Zaidi itu hakikatnya atas hak beliau menyatakan rasa tidak puas hati beliau berhubung penggunaan dakwat kekal. Bukannya beliau melanggar disiplin pentadbiran.

“Sayangnya, seolah-olah ada ‘tangan’ lain yang mengkehendakkan Zaidi diambil tindakan,” tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa terhadap Kementerian Pertahanan kerana dirasakan tidak sensitif dengan perkembangan semasa politik Malaysia.

Nazari berpendapat pendedahan Mejar Zaidi berkaitan penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) seharusnya disokong panglima-panglima lain di angkatan tentera.

“Bagaimanapun, akibat takut sangat dengan ahli politik tertentu dan terlalu menjaga periuk nasi, maka Mejar Zaidi tidak menerima sokongan secara terbuka oleh pegawai yang lebih atas dari beliau,” kata Nazari.

Nazari, yang mewakili lebih 42,000 keanggotaan di dalam Kerabat turut merakamkan sokongan penuh atas tindakan Mejar Zaidi, yang disifatnya lebih berani dari pihak atasan lain di dalam tentera.

7 Feb lalu, Mejar Zaidi (gambar) mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau ekoran pendedahan mengenai dakwat kekal yang digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan itu di hadapan Yang Dipertua Mahkamah Tentera di Pengkalan TUDM, Sungai Besi.

Lima daripada pertuduhan berkenaan di bawah Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972, sementara dua lagi membabitkan Seksyen 51 akta sama.

Seksyen 50(2) adalah membabitkan kesalahan tidak patuh kepada pegawai atasan yang boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, manakala Seksyen 51 pula tidak patuh kepada perintah tetap yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau hukuman ringan lain.

Semua pertuduhan berkenaan merujuk pada tarikh 1 Mei 2013 di dua lokasi berbeza iaitu perkarangan Balai Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kepala Batas dan Pangkalan Udara Butterworth.

Hakim menetapkan 8 hingga 10 April depan untuk perbicaraan kes tersebut.

Sementara itu, satu halaman di laman sosial Facebook diwujudkan bagi orang ramai mengikuti kes membabitkan Mejar Zaidi, selain isu-isu semasa yang turut dimuatkan.

Sehingga kini, bilangan orang yang menyukai halaman yang dinamakan Sokong Mejar Zaidi TUDM itu sudah mencecah 8201 sejak ditubuhkan pada 31 Dis tahun lalu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s