Taib Mahmud bakal Gabenor Sarawak


Tan Sri Adenan Satem (baju biru)

Khamis 12 Rabiulakhir 1435 / 13 Februari 2014

Written by Wilhelmina

 

FortunaMedia.com | Taib Mahmud bakal Gabenor Sarawak

Tahta @Jawatan Gabenor akan jadi rebutan sengit di Amerika Syarikat dan juga negara Indonesia yang kini amalkan demokrasi ala Amerika

Bahkan beberapa orang mantan Presiden Amerika yang lepas seperti Ronald Reagan.G.Bush Jr pernah menduduki kerusi Gabenor sebelum   menduduki tahta White House.Begitu juga kini di Indonesia Gabenor Daerah Khusus Ibukota(DKI)Jakarta-Jokowi Widodo tengah berjuang untuk merebut kerusi kePresidenan 2014 ini.

 

Tetapi kita di Malaysia tentu agak asing mendengar jawatan Gabenor kecuali pada zaman penjajahan imperialis British atau sebagai jawatan Bank Negara sahaja.

Disebabkan tidak lazimnya gelaran Gabenor kita guna lagi,maka jawatan TYT  Yang di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tiada tahta Sultan atau Raja agak terlepas dari ruangan bicara politik kita-padahal Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri ataupun dahulunya dikenali sebagai Gabenor sebelum tahun kemerdekaan 1957 bagi Negeri-negeri Selat, merupakan ketua negeri di 4 negeri di Malaysia iaitu Melaka, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang[1]

 

Kenapa saya menimbulkan persoalan Gabenor diatas,kerana jawatan inilah yang sekarang sedang diintai-direncanakan untuk diambik alih demi kelangsungan kuasa-pemerintahan dibelakang tabirnya yaitu Ketua Mentri Sarawak Taib Mahmud.

 

Taib yang telah berada ditampuk kuasa selama 33 tahun juga difahamkan akan bertemu Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng  untuk menyerahkan surat perletakan jawatan.

Taib Mahmud, 78 tahun meletakkan jawatan dan melantik bekas adik ipar beliau, Adenan Satem, yang berusia 70 tahun, bagi menggantikannya sebagai Ketua Menteri Sarawak.

 

Namun untuk terus menanjak kejawatan tertinggi Presiden seperti di Amerika dan Indonesia ,atau di Malaysia sebagai Perdana Menteri tidak mungkin,pertama faktor usia Taib Mahmud dan akan jadi fenomena baru diMalaysia jika Ketua Menteri atau Gabenor Sarawak dan Sabah dilantik jadi Perdana Menteri Malaysia-mungkin dibeberapa generasi masa depan berkemungkinan agaknya.

 

Bekas adik ipar Taib Mahmud bakal Ketua Menteri Sarawak[2]


Sehubungan  itu
Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud hari ini telah mengesahkan perletakkan jawatannya dan akan menyerahkan mandat kepada bekas adik iparnya iaitu Tan Sri Adenan Satem selepas 28 Februari ini.

 

Mengulas perletakan jawatan tersebut, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, “Taib Mahmud sudah dijangka akan dilantik sebagai TYT yang baru pada 28 Februari, dan perlu meletak jawatan sebagai ADUN Balingian.

 

“Siapa nak bertaruh, tarikh pilihanraya kecil Balingian akan juga diadakan pada 23 Mar 2014?” ujarnya melalui laman sosial Facebook rasminya.

Profesor Sains Politik Monash Universiti Australia kampus Malaysia, James Chin berkata, pengunduran Taib itu tidak bermakna beliau benar-benar, malah menjadikannya lebih berkuasa apabila bergelar Gabenor.

“Ia adalah satu tanggapan yang salah untuk berfikir bahawa Taib benar-benar bersara. Apabila bergelar Gabenor tentunya beliau akan bertambah kuat.

 

“Perkara-perkara tertentu memerlukan tandatangannya, Ketua Menteri beliau lantik dan semua pajakan perlombongan juga ditandatangani olehnya,” katanya pada Bloomberg News.

 

Menyokong kenyataan itu, Penganalisa Politik Merdeka Center, Ibrahim Suffian menegaskan, Taib jelas tidak berundur tapi mengawal selia politik dari belakang tabir.

“Taib tidak berundur dari politik Sarawak tapi beliau akan memainkan peranan penting dibelakang tabir sebagai Gabenor baru termasuk pengendalian isu-isu ekonomi,” ujarnya.

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Ketua Menteri, Taib telah diselubungi dengan pelbagai kegiatan salah laku.

Antara salah laku itu merangkumi pendedahan Bruno Manser Fund berhubung keluarganya menerima peratusan besar kontrak balak, kelapa sawit komersial, harta kekayaan yang tidak diketahui nilainya dan perusahaan besar diluar negara menggunakan wang negeri.

Dasar Akta Pelantikan

Namun ada yang membimbangkan dan syak-wasangka kita terhadap pelantikan TYT atau Gabenor tersebut adakah atas sebenar dasar demokrasi yang kita amalkan di Malaysia,! Atau mampukah rakyat Sarawak   membantah atau menolak Taib Mahmud sebagai calon TYT yang baru yang  disandang Tun Abang Muhammad Salahuddin dari tahun 2001 – sekarang.

 

Kenapa kita berkata demikian, mengikut lunas undang-undang yang berlaku dan saya petik [3] “Yang di-Pertua Negeri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Ketua Menteri kerana negeri-negeri ini tidak mempunyai Sultan. Yang di-Pertua Negeri dilantik selama sepenggal atau empat (4) tahun dan boleh dipanjangkan mengikut kesesuaian. Beliau tidak dibenarkan memiliki perniagaan atau keuntungan dan tidak dibenarkan juga bergiat aktif didalam mana-mana aktiviti komersial”

 

Walhasil adakah pada akta yang termaktub diperenggan terakhir tersebut diatas dapat dipatuhi oleh Taib Mahmud,!
Wallahua’lam

Pustaka;
[1] http://ms.wikipedia.org
[2] roketkini.com
[3] http://ms.wikipedia.org/wiki/Yang_di-Pertua_Negeri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s