Video‘One-derfulMalaysia’Teresa Akan Minta Maaf!

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang

Isnin 9 Rabiulakhir 1435.

FortunaMedia.com | Kit Siang akan minta Teresa minta maaf jika terbukti video ‘One-derful Malaysia’ anti-Melayu dan Islam,
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, beliau sendiri akan meminta Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok memohon maaf, jika ada pihak dapat membuktikan memang ada kandungan berbau anti-Melayu atau anti-Islam dalam video satira ‘One-derful Malaysia’.

Katanya, beliau sudah berulang kali menonton video itu dengan penuh penumpuan, namun tidak menemui mana-mana bahagian yang bersifat sedemikian, melainkan kritikan pedas berhubung kegagalan kerajaan menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda negara seperti kenaikan harga barang dan kadar jenayah.

“Kita boleh setuju atau tidak setuju sama ada video itu bagus, tidak bagus, malah teruk atau tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen. Namun apa yang tidak boleh diterima adalah penipuan dengan menuduh video itu anti-Melayu dan anti-Islam.

“Saya akan meminta Teresa menarik balik dan memohon maaf jika sesiapa dapat membuktikan klip video itu bersifat sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan, semalam
.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, DAP adalah sebuah parti berteraskan Malaysia untuk semua dan sama sekali tidak akan membiarkan mana-mana tindakan yang bersifat ‘anti’ kepada mana-mana kaum dan agama, kerana ia hanya langkah ke belakang menuju ‘Impian Malaysia’.

Pemimpin UMNO dan BN mengambil peluang mengkritik video yang dihasilkan sempena Sambutan Tahun Baru Cina itu, termasuk Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal, walaupun pada masa sama mengatakan ‘tiada masa’ untuk menontonnya.

Sehubungan itu, Kit Siang berkata, kegemparan yang terjadi berhubung video itu menunjukkan betapa terdesak sesetengah pihak untuk meraih keuntungan politik.

Selain pimpinan UMNO, katanya lagi, ia juga menunjukkan sikap ‘menangguk di air keruh’ pimpinan parti komponen BN seperti MCA, Gerakan dan Parti Liberal Demokratik (LDP).

“Mereka bersedia menyatakan penipuan dan kepalsuan untuk meyakinkan pemimpin UMNO bahawa dialog Mandarin dan Kantonis dalam video itu anti-Melayu dan anti-Islam, walaupun tidak benar sama sekali.

“Adakah ada sesiapa dalam pimpinan tertinggi MCA, Gerakan dan LDP yang bersedia berkata benar bahawa tuduhan terhadap video Teresa adalah tidak berasas?” katanya lagi.

Sebelum ini, Ketua Biro Aduan MCA, Jason Teoh mendesak Teresa memohon maaf kerana video itu kononnya mengapi-apikan sentimen kaum, sementara Pengerusi Biro Kebajikan Pemuda Gerakan, J Puspanathan membuat laporan polis 4 Februari lalu.

Sumber ;Roketkini.com
Editor by Wilhelmina

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s