DAP: Kerajaan beku kenaikan tol kerana PRK Kajang

Barisan Nasional pasti akan tetap menaikkan kadar tol pada tahun depan, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

FortunaMedia.com | DAP: Kerajaan beku kenaikan tol kerana PRK Kajang

Tindakan kerajaan membekukan kenaikan tol bagi 2014 semalam merupakan satu taktik oportunis dan sebagai usaha untuk memenangi hati pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan berlangsung pada 23 Mac ini walaupun terpaksa membayar RM400 juta kepada syarikat konsesi, kata Lim Guan Eng.

Setiausaha agung DAP itu berkata, Barisan Nasional (BN) hanya berubah nada, namun tidak pada kata-katanya dalam hal pembekuan kenaikan kadar tol selama setahun walaupun pernah berjanji untuk mengurangkan kadar tol di antara bandar dalam manifesto mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

 

“Pengumuman yang dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin bahawa Kabinet tidak akan mengenakan sebarang kenaikan tol pada 2014 adalah satu taktik oportunis yang jelas digunakan oleh BN untuk menyenangkan hati pengundi BN di Kajang pada 23 Mac 2014.

“Walaupun mereka berjanji dalam manifesto PRU13 untuk mengurangkan kadar tol antara bandar, kerajaan persekutuan BN mengumumkan akan terdapat banyak kenaikan kadar tol pada tahun ini.

 

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar malah memberitahu bahawa mereka yang tidak bersetuju dengan kenaikan kadar tol boleh menggunakan jalan alternatif yang tidak bertol, meskipun tidak ada sebarang jalan alternatif untuk sesetengah laluan,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

 

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, tindakan kerajaan semalam hanyalah penyelesaian jangka pendek kerana kadar tol pasti akan naik juga pada 2015.

“Langkah taktikal demi pilihan raya kecil Kajang ini menunjukkan bahawa BN sudah terlupa bagaimana untuk mentadbir dan hanya melakukan pendekatan memerintah sehari demi sehari hanya berdasarkan ketergesaan politik dan bukan prinsip kepentingan umum,” katanya

Khamis 5 Rabiulakhir 1435/6 Februari 2014
Editor by Wilhelmina

Sumber;themalaysianinsider.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s