AHLI PARLIMEN UMNO@TIMBALAN MENTERI” HARGA BARANG NAIK HANYA PERSEPSI BUKAN REALITI”


Keratan akhbar Sinar Harian

 

Khamis 5 Rabiulakhir 1435/6 Februari 2014
Written by Wilhelmina

FortunaMedia.com | AHLI PARLIMEN UMNO@TIMBALAN MENTERI” HARGA BARANG NAIK HANYA PERSEPSI BUKAN REALITI”

Saya teringat akan kata-kata pesanan-hikmah seorang Ustaz pada saya suatu ketika dahulu-lebih kurang katanya “Bila nak tahu suatu kampung itu penduduknya kuat ikatan kesatuan silaturahminya-lihat susunan saf shalat jamaah masjid atau suraunya.Jika rapat-rapat safnya tandanya bagus hubungan sesama penduduknya,justru jika susunan saf shalat jamaah penduduknya jarang-jarang macam isi jagung tua-tandanya penduduknya berpecah-belah sesama sendiri.

Begitu juga bila Anda ingin melihat serta menilai sebuah parti atau pemerintahan, Anda perhatikan cara ucapan dan tingkah laku anggota parti atau pemimpin-pemimpin mereka dari neraca agama dan moral seterusnya akan melambangkan tingkat IQ-akal budi mereka sebagai pemimpin.

 

 

Perumpamaan yang saya nukilkan diatas makin terserlah hari-demi hari disekitar kita khususnya sikap dan tingkah laku -serta ucapan-ucapan pemimpin UBN yang membuat rakyat Malaysia semakin meluat dibuatnya.

 

Terbaru bertambah satu lagi senarai Menteri Kabinet Malaysia yang bercakap ‘membuka pekung atas kebodohan sendiri’ yaitu
ahli parlimen dari Maran merangkap Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abdul Mutalib. 

 

Beliau bercakap yang disiarkan akhbar Sinar Harian-Rabu 5 februari kemaren menyatakan “Fakta kenaikkan harga barang termasuk tarif elektrik, tol, gula, petrol RON95, Diesel, ayam, daging, ikan, udang, ketam, sayur-sayuran hanyalah persepsi bukannya realiti”.(ibid)

 

 

Dan beliau berkata lagi dengan ‘menyalahkan sikap pengguna yang masih membeli barangan tersebut walau penjual meletakkan harga tinggi”

 

Disini jelas sikap pemimpin UBN serta anggota kabinet dan para pengampu dan penjilat parti -hanya menjadikan rakyat sebagai pengguna dan para peniaga sebagai ‘kambing hitam’ dari setiap isu  yang dibangkitkan rakyat yang begitu terhimpit kehidupan mereka atas kelemahan.ketirisan,politiking berlebihan para pemimpin Umno/BN ini

Data dan latar belakang:

Berusia 57 tahun, ahli parlimen Maran, YB Dato’ Haji Ismail Haji Abd Mutalib sudah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Pemegang ijazah sarjana B.A. (Hons) dari Universiti Kebangsaan Malaysia ini  dilahirkan pada 1 Januari 1954 di Kampung Pantai Cenor, Maran, Pahang. 


Di masa lapang, YB Dato’ Haji Ismail gemar membaca, berpersatuan dan memburu. Sementara di rumah pula, beliau memelihara ayam kampung kerana seronok melihat keunikan haiwan itu.


Pustaka;
SinarHarian/bloggermarhaen

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s