PRK Kajang;Jadikan Selangor Negeri Contoh Pakatan Rakyat

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Foto oleh The MalaysianInsider

FortunaMedia.com |PRK Kajang;Jadikan Selangor Negeri Contoh Pakatan Rakyat

Pilihan raya kecil di Kajang adalah untuk membenarkan Pakatan Rakyat (PR) menjadikan Selangor sebagai negeri contoh dengan pembangunan ekonomi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

Tetapi ketua pembangkang itu terus menafikan tujuan beliau bertanding di
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang itu untuk mengambil alih jawatan menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Disebabkan serangan berterusan, kami fikir sudah sampai masanya pemimpin tertinggi PR bersatu untuk selesaikan isu ini,” kata Anwar pada majlis pelancaran jentera PKR dalam dewan yang dipenuhi penyokong parti tersebut merujuk kepada krisis umat Islam dan bukan Islam berhubung isu kalimah Allah.

“Juga menjadikan Selangor yang sudah menjadi negeri contoh dengan pembangunan ekonomi sebagai model yang mepertahankan hak setiap warga Selangor,” katanya.

Ketua umum PKR itu turut menafikan wujudnya rundingan antara dirinya dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Lee Chin Cheh untuk mengosongkan kerusi berkenaan bagi membolehkan beliau bertanding di kawasan tersebut

Anwar berkata, tiada rundingan berlaku antara dirinya dan Lee memandangkan beliau hanya berjumpanya dalam tempoh yang singkat sebelum penyerahan surat peletakan jawatan kepada Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh.

“Tiada langsung rundingan antara saya dan Lee, saya berjumpa dengan beliau dua tiga jam sebelum surat sampai ke Speaker Hannah Yeoh,” katanya ketika menjelaskan rasional beliau bertanding kerusi DUN Kajang.

Beliau berkata, penjelasan yang dilakukannya dibuat berikutan bekas Adun Kajang itu dicemuh banyak pihak apabila berita berkenaan perkara itu tersebar.

“Saya bukan orang Umno yang boleh buang dan beli orang sesuka hati. Sejak peletakan jawatan Lee, ramai yang mengeluarkan tohmahan kepada beliau.

“Maka saya di sini ingin mempertahankan imej dan integriti dan meminta semua menghormati keputusan beliau,” katanya.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebelum ini mengakui terdapat rundingan bagi Anwar menggantikan Lee selepas mantan Adun Kajang itu meletak jawatan secara mengejut minggu lalu.

Pengakuan yang dilakukan Azmin pada Jumaat lalu, mendedahkan pentadbiran Selangor dapat diperkuatkan dengan kehadiran Anwar.

“Ia merupakan strategi taktikal mengosongkan kerusi DUN Kajang untuk meletakkan pemimpin bertaraf negara. Kita perlukan seseorang seperti Anwar,” kata Azmin.

Pelancaran jentera Pilihan Raya Kecil DUN Kajang PKR malam tadi berlangsung dengan meriah dengan kehadiran ratusan rakyat yang memenuhi Dewan Komuniti Taman Mesra Kajang.

Pelancaran itu turut dihadiri oleh beberapa pemimpin PKR seperti Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang; Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan bekas Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Program yang dimulakan kira-kira jam 9.00 malam itu hangat apabila Anwar tiba bersama Azmin dan  Abdul Khalid.

Anwar dalam ucapannya turut menyentuh mengenai cadangan Barisan Nasional (BN) untuk meletakkan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei bagi menentang beliau di kerusi tersebut.

“Saya merupakan peminat beliau, sekiranya beliau bertanding maka awal-awal lagi saya sudah kalah.

“Tapi saya kalah dalam perlawanan badminton, dan saya yakin beliau juga turut mendoakan kemenangan saya,” katanya disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh.

Terdahulu Abdul Khalid semasa memberikan ucapan dengan jujurnya mengakui sifat kedekutnya.

“Saya orang kata boleh kira duit namun bila orang minta duit pada saya, saya akan kata tidak ada duit,” katanya yang disambut dengan gelak ketawa.

“Namun bagi saudara Anwar Ibrahim itu bukan jawapannya kerana beliau seorang pemimpin yang akan berusaha untuk memenuhi permintaan rakyat.

“Itu bezanya tapi saya tidak malu menyatakan perbezaan tersebut kerana akhirnya tanggungjawab saya sebagai pemimpin adalah memastikan reformasi berhasil,” katanya

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemimpin PKR di majlis pelancaran jentera PKR Kajang di Dewan Orang Ramai Taman Mesra, Kajang, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 4 Februari,
2014.

 

MB Selangor
Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim menunjukkan tanda bagus di majlis pelancaran jentera PKR Kajang, malam tadi.

Selasa 03Rabiulakhir 1435/04Februari 2014

 Editor by Wilhelmina

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s