Spekulasi PendakwaanTerpilih Kes Mantan S/U Politik Umno

Isnin 02 Rabiulakhir 1435  / 03 Februari 2014

Editor  by Wilhelmina

 

FortunaMedia.com | Spekulasi PendakwaanTerpilih Kes Mantan S/U  Politik Umno,

Spekulasi semakin memuncak menyatakan wujud campur tangan politik atau pendakwaan terpilih yang menyebabkan tuduhan terhadap bekas setiausaha politik Umno lewat dijalankan selepas ditangkap Isnin lalu berikutan penyalahgunaan RM1.1 juta daripada tiga yayasan.

*Datuk Suhaimi Ibrahim mengakui disiasat SPRM tetapi menyatakan tidak semua yang dilaporkan dalam blog berkaitan perkara itu adalah benar. Gambar fail.

Sumber berkata, bekas setiausaha politik dan pengarah salah satu yayasan itu dikaitkan dengan siasatan kerana dikatakan menggunakan wang yayasan yang sepatutnya digunakan untuk membantu golongan miskin itu bagi kegunaan politik.

“Ia siasatan yang besar dan apa yang dilihat hanya di permukaan sahaja. Terdapat beberapa pihak dalam Umno yang tidak mahu kes ini dibawa ke mahkamah,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Beliau merujuk kepada kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu yang berkata mereka menahan dua lelaki, termasuk seorang bekas setiausaha politik dengan gelaran datuk, dan dijangka mendakwa mereka pada Selasa lalu.

 

Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, SPRM berkata terdapat kesilapan dan individu berkenaan akan didakwa pada tarikh yang belum ditentukan. Kedua-duana dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000.

 

“Kuasa pendakwaan terletak pada Pejabat Peguam Negara dan apa-apa kenyataan SPRM hanya dikeluarkan selepas mereka bersetuju.

 

“SPRM sudah bersedia tetapi tiada siapa tahu mengapa ada kelewatan. Ia mungkin berlaku minggu ini tetapi tiada siapa tahu,” kata satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.

 

Menurut kenyataan SPRM yang dikeluarkan oleh Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, kedua-dua lelaki berusia antara 30-an dan 50-an itu akan didakwa mengikut Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Selasa lalu atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang RM1.1 juta dan penipuan membabitkan RM1 juta.

 

Menurut kenyataan itu, bekas setiausaha politik dan pengarah berkenaan ditahan pada pagi dan pada petang 27 Januari itu dibebaskan dengan wang jaminan.

 

Katanya, ketiga-tiga yayasan yang terlibat dalam kes itu ditubuhkan pada 1980-an tetapi didaftarkan sebagai syarikat berhad dan bukan sebagai badan kebajikan.

 

Kedua-dua individu berkenaan adalah pengarah dan pemegang amanah salah satu yayasan dan SPRM difahamkan cara wang itu dikeluarkan bertentangan dengan objektif yayasan.

 

Menurut kenyataan itu, seorang pengarah bergelar Datuk turut ditahan bagi kesalahan di bawah Akta Syarikat dalam  siasatan berkaitan dengan yayasan.

 

Beberapa sumber dalaman Putrajaya berkata, Pejabat Peguam Negara mesti bertindak segera untuk menghapuskan tanggapan bahawa berlakunya pendakwaan terpilih dalam kes berprofil tinggi, merujuk kepada aduan bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik bulan lalu.

 

“Orang ramai memerhati kerajaan. Mereka mestilah adil dan mendakwa semua, bukan mereka yang berada di luar Umno sahaja,” kata sumber dalaman.

 

Difahamkan kes itu berkaitan dengan penahanan Datuk Suhaimi Ibrahim, bekas setiausaha politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang disahkan September 2013 lalu ditahan bagi membantu siasatan SPRM.

 

Suhaimi berkata, beliau disiasat atas dakwaan penyalahgunaan dana untuk golongan miskin di bawah program 1AZAM, bersama sekurang-kurangnya tujuh pegawai kementerian lain yang turut dipanggil.

 

“Saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan. Ya, saya ditahan tetapi maklumat yang diterbitkan dalam blog dan portal online tidak sepenuhnya benar,” katanya.

 

Laporan menyatakan SPRM merampas kira-kira 10 kenderaan mewah daripada Suhaimi, tetapi menafikan ia adalah miliknya.

 

“Kenderaan itu bukan milik saya,” kata ahli perniagaan berusia 54 tahun itu.

 

“Sekiranya terdapat persoalan mengenai kekayaan dan rumah saya sebagaimana yang dinyatakan dalam blog, ia semua adalah hasil titik peluh saya. Saya seorang ahli perniagaan sejak 1995 dan wang yang ada datang daripada itu,” katanya yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Benta, Pahang.

 

Program 1AZAM adalah inisiatif kerajaan di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

 

Ia diperkenalkan pada Januari 2010 untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar dalam sektor perniagaan, perkhidmatan dan pertanian.

Jabatan Kebajikan Masyarakat membelanjakan RM1.35 bilion setakat ini untuk menyediakan bantuan kepada 473,928 penerima di seluruh negara.(TMI)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s