PRK Dun Kajang: Umno Ketakutan Hadapi Anwar,Mais & Jais Jadi Senjata!!

Isnin 02 Rabiulakhir 1435  / 03 Februari 2014

 

Editor  by Wilhelmina

FortunaMedia.com | PRK Dun Kajang: Umno Ketakutan Hadapi Anwar,Mais & Jais Jadi Senjata!!

Dalam kesibukan orang ramai membahaskan tindakan betul atau salah Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi DUN Kajang, terdengar amaran keras dari dalam Umno.

Umno dan kononnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO ) memulakan kempen mereka untuk menyekat Anwar daripada mendapat akses kepada para pengundi – bukti yang menunjukkan kebimbangan mereka yang sangat nyata.

“Orang-rang yang berdosa, nanti akan ditimpa kehinaan di sisi Allah Ta’ala dan seksa yang keras disebabkan mereka selalu membuat tipu daya” [Terj; AlQuran surah al-An’am(6):124]

Dari Perlis ke Johor, setiap muslihat telah dijalankan terhadap pembangkang. Pada masa tertentu, pengaruh istana digunakan dan kadang- kala bekerjasama dengan pihak berkuasa agama.Bagaimanapun,  taktik undang-undang yang sering digunakan oleh Umno.

 

Justeru, ini yang nampaknya terjadi kepada kejadian di Kajang di mana Anwar dihalang daripada memberi tazkirah di sebuah masjid di Impian Saujana, Kajang yang dikatakan atas arahan daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

 

 

Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya memberikan tazkirah sebelum Jumaat manakala Ketua Peneraangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty sepatutnya memberi khutbah Jumaat.

 

 

“Tetapi selepas solat subuh pada 30 Januari, pihak masjid memberitahu kami bahawa mereka telah ditekan oleh Mais untuk menghentikan acara tersebut. Justeru, ahli jawatankuasa masjid tidak berani untuk meneruskan perancangan awal itu.

 

 

“Jadi kami terpaksa cepat mencari masjid lain,” kata sumber itu, yang juga adalah sebahagian daripada pasukan Anwar, menjelaskan bagaimana program ini kemudiannya berpindah dari masjid Impian Saujana ke masjid kariah di Batu 10 Cheras, yang merupakan sebahagian daripada kawasan Kajang.

 

 

Ini  juga bagaimanapun turut disekat oleh Mais di saat-saat akhir.Sumber itu berkata, Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengancam untuk menangkap Anwar jika beliau menyampaikan tazkirah sambil menekankan bahawa beliau tidak mempunyai tauliah untuk memberi kan ceramah atau khutbah di masjid-masjid di Selangor.

Tetapi jelas menunjukkan ia hanya terpakai kepada pihak atau mereka yang tidak diingini.Ini juga telah berlaku kepada pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain dan pendakwah atau pensyarah yang tidak selari dengan Umno atau kumpulannya yang sekali gus mencerminkan betapa penghormatan diinstitusikan dan feudal  dicemari oleh sebuah parti nasionalis Melayu yang sangat sekuler.

 

 

Apapun, ia terpulang kepada DSAnwar Ibrahim dan sekutunya yang mengatakan pencalonan beliau adalah bagi menghalang senario tersebut daripada berlaku – bahawa semua agensi dan jabatan akan digunakan oleh Umno untuk menawan semula negeri terkaya di Malaysia daripada Pakatan Rakyat.

 

 

Dalam erti kata lain, ia adalah tindakan bahawa kerajaan Selangor diancam dan beberapa jabatan bertindak tepat apabila mereka bertindak tidak selari dengan kerajaan negeri.

 

 

Dan ia menjelaskan mengapa banyak agensi dan jabatan yang menegaskan bahawa mereka bebas daripada mana-mana pihak politik, sebenarnya melakukan yang sebaliknya sehingga menjejaskan pihak lain dan juga rakyat Selangor khususnya.

 

 

Keadaan tidak mudah bagi Anwar atau pembangkang tetapi  pihak berkuasa terbabit perlu tahu bahawa tindakan mereka hanya akan membuatkan masyarakat menyalahkan Umno dan menyokong pihak Pakatan Rakyat.

 

Sememangnya ia suatu kedegilan dan kebodohan nyata, begitu juga pihak berkuasa apabila mereka mengabaikan kebebasan mereka dan bertindak menentang rakyat marhaen amnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s