Rekonsiliasi-Muhibbah Nasional Tempo Dulu dan Kini


Rafizi Ramli  “arkitek”strategi politik PKR

Sabtu 30 Rabiulawal 1435 / 01 Februari  2014
Written by Wilhelmina

FortunaMedia.com | Rekonsiliasi-Muhibbah Nasional Tempo Dulu dan Kini

Perbincangan rekonsiliasi atau Tawaran pendamaian Pakatan Rakyat (PR) dengan saingannya Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan masalah perkauman dan ekonomi juga dapat membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada musuh dalamannya yang mahu menyingkirkannya.

Pemimpin kanan PR membuat spekulasi tawaran berunding bagi mencari persamaan berhubung isu peningkatan kadar inflasi, jenayah dan rusuhan kaum membantu Najib menangani puak ultra Melayu yang wujud di dalam Umno.

Pada masa sama, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menyifatkan percaturan di Kajang meskipun tidak popular dapat mengukuhkan kebolehan Najib memulakan rundingan pendamaian dengan PR.[1]

 


Rekonsiliasi nasional membayangkan Malaysia menuju ke arah demokrasi, kata Datuk Saifuddin Abdullah. Gambar fail TMI

 

Apa itu Rekonsiliasi-Muhibbah Nasional?

Sebahagian Anda tentu sudah memahami tentang isu Rekonsiliasi Nasional atau dengan bahasa mudah ‘Perbincangan Tawaran pendamaian’ antara parti pemerintah Barisan nasional dengan parti oposisi Pakatan Rakyat.

Sebelumnya saya akan membawa Anda sebentar kemasa silam tentang sejarah tanah air kita yang ada kaitan dengan Rekonsiliasi tersebut.

Bermula dengan tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969 Perpaduan anak-bangsa agak mula terkoyak dengan peristiwa tersebut.
Dan
beberapa tahun sebelum peristiwa itu kita menghadapi
konflik dengan Indonesia

 

Presiden Sukarno waktu itu telah melancarkan kempen ‘Ganyang Malaysia’ pada awal 1963.Dalam usaha Sukarno yang menentang penubuhan negara Malaysia, beliau juga telah memulaukan Laporan Suruhanjaya Cobbold yang ditugaskan pada tahun 1962 yang bertujuan untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap penubuhan Malaysia.[2]

Akhrnya Perdana Menteri Tun Abdul Razak waktu itu menubuhkan unit gerak kerja dibawah Kementerian Penerangan Malaysia untuk turun keakar-umbi rakyat marhaen untuk memulihkan semangat perpaduan anak-bangsa Malaysia dengan slogan ‘Muhibbah'[3]

Maka ketika itu bergemalah dipelosok tanah air melalui radio RTM nyanyian-slogan Muhibbah dan mendapat kerjasama juga dari phak JKKK di setiap daerah itu.Namun usaha murni perpaduan anak-bangsa Malaysia itu terhenti seketika kerana kepergian kerahmatullah Allahyarham Tun Razak.

Dan gerak kerja Muhibbah ini diteruskan oleh Tun Mahathir .namun diambil alih oleh Biro Tata Negara(BTN) dibawah payung Kementerian Dalam negeri(KDN),Sudah jadi Sunnatullah lain yang memimpin lain cara pendekatan sesuatu isu itu walau bertujuan sama atas nama perpaduan kaum/anakbangsa Malaysia.

Di era Mahathir Muhibbah diperkasakan bukan setakat untuk perpaduan kaum,tapi sebuah metode untuk mencintai Malaysia (baca; Barisan nasioanal) doktrin Muhibbah Mahathir mengarah untuk memulihkan pencitraan Umno/Barisan Nasonal.

Dan Kementrian Penerangan (baca; RTM) dibawah Menteri Penerangannya Allahyarham Datuk Mohamat Rahmat waktu itu, secara tidak langsung masih meneruskan doktrin Muhibbah namun kini mengarah lebih kepada rancangan Muhibbah kepada Indonesia antara RTM dengan Radio/TVRI
maka dua-dua stesyen radio/TV dua negara serumpun ini kembali memulihkan hubungan baik serantau-bilateral dengan slogan Muhibbah tersebut.[4]

Dan kita kembali soal Rekonsiliasi-Muhibbah Nasional masa kini,Rafizi Ramli  “arkitek” dalam pencaturan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kajang bagi membolehkan ketua pembangkang itu dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor berkata ; “Anwar konsisten sejak awal lagi (berhubung rekonsiliasi). Bukannya kerajaan perpaduan. Biarkan pendekatan politik yang menentukan.

“Tetapi di sana ada kebuntuan. Najib melengahkannya dan menunggu keadaan yang sesuai. Saya berani mengatakan percaturan di Kajang memberi peluang kepada Najib untuk melihat perubahan”[5]

 

Maka disinilah terjadi konflik kepentingan antara PR dan BN.Anwar sanggup berunding/bekerjasama  demi kepentingan anak-bangsa baik soal isu semasa agama-etnik dsbnya,dengan mengenepikan soal politiking.Namun dipihak BN-Umno  khususnya Rekonsiliasi-Muhibbah Nasional diterjemahkan sebagai Parti-Parti dalam Pakatan Rakyat harus melebur diri-bergabung kedalam Umno seperti PAS atau Parti Keadilan Rakyat khususnya.

 

Inilah  hambatan besar dalam perpaduan anak-bangsa Malaysia bila Umno/BN hanya melihat dan guna neraca politik kepentingannya – ukurannya hanya untuk usaha kelangsungan ‘hierarchy-political’ mereka sahaja.

Yang lebih menakutkan kita  sejak pilihan raya umum lalu, doktrin Umno yang lebih mengutamakan sokongan Melayu Islam telah mengenepikan suara pengukuhan etnik dan kerajaan pelbagai kaum.

Ini berlaku sejak banyak kerusi yang dimenangi Umno di kawasan majoriti Melayu di kawasan pedalaman negara.Wallahua’lam.

 Pustaka ;

[1/5] themalaysianinsider.com/bahasa/article/perbincangan-rekonsiliasi-selamatkan-najib.
[2] Wikipedia-bebas
[3] http://aspanaliasnet.blogspot.com/2014/02/rokonsilisasi-nasional
[4] ibid,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s