4 Anak Pasangan Malaysia Selamat Tiba di Tanah Air


Empat beradik, anak kepada pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden atas kesalahan memukul tangan seorang anaknya kerana enggan bersholat.

Sabtu 30 Rabiulawal 1435 / 01Februari  2014
Editor by Wilhelmina

FortunaMedia.com | 4 Anak Pasangan Malaysia Selamat Tiba di Tanah Air
“Kami berasa sungguh gembira berada di sini, kami masih belum tahu ke mana kami mahu pergi selepas ini,” kata Aishah Azizul Raheem, anak sulung pasangan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden.

Itu reaksinya ketika ditanya perasaannya dan tiga adiknya sebaik tiba di tanah air.


Aishah, 14, dan adik-adiknya Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, tiba kira-kira 7.04 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang dari Stockholm menaiki pesawat Malaysia Airlines.

Keempat-empat beradik itu ditemani Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, seorang pegawai khas beliau serta seorang saudara keluarga itu.

 

Bapa mereka Azizul Raheem Awalludin, pegawai Tourism Malaysia dan ibu mereka Shalwati Norshal, guru yang bercuti tanpa gaji, masih direman pihak berkuasa Sweden selepas ditahan pada 18 Disember lepas kerana didakwa memukul tangan seorang daripada anak lelaki mereka yang enggan solat.

 

Empat beradik itu kemudiannya dibawa untuk bertemu isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor di kediamannya di Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi ini.

 

Dua hari lepas, empat beradik itu diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di Stockholm oleh pihak berkuasa Sweden dalam satu majlis di pejabat kedutaan dan kemudian diserah kepada seorang pegawai kedutaan yang merupakan keluarga angkat Islam Malaysia baharu mereka.

 

Sebelum ini, empat beradik itu ditempatkan bersama keluarga angkat bukan Islam berikutan penahanan ibu dan bapa mereka.

 

Tahanan reman Azizul Raheem dan Shalwati telah dilanjutkan tiga kali sejak mereka ditahan pada 18 Disember lepas.

Tiada had penahanan reman di Sweden. –
Bernama/TMI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s